PH Pulau Pinang menganjur ‘Penang Street Iftar’ pada hari Khamis minggu depan

Kenyataan Media oleh Senator Lim Hui Ying Mengenai ‘Penang Street Iftar’ Pakatan Harapan Pulau Pinang, 25 Mei 2019

Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Pulau Pinang akan menganjurkan majlis berbuka puasa ‘Penang Street Iftar’ pada 30 Mei 2019, iaitu hari Khamis, pada jam 6 petang di Jalan Buckingham (dekat Masjid Kapitan Keling).

Orang awam dijemput hadir bersama-sama dengan pimpinan Pakatan Harapan negeri Pulau Pinang dalam majlis ini.

Setiap ketua komponen parti-parti Pakatan Harapan akan hadir. Mereka terdiri daripada Pengerusi Majlis Pakatan Harapan Pulau Pinang Sdr Chow Kon Yeow dan tiga Timbalan Pengerusi, iaitu Sdr Muhd Bakhtiar Wan Chik, Sdr Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dan Sdr Senator Dato’ Haji Marzuki Yahya.

Dalam tempoh satu tahun ini, Pakatan Harapan telah diancam oleh pelbagai fitnah yang disebarkan oleh pihak Pembangkang yang bertujuan untuk memecahbelahkan gabungan politik kami.

Yang terbaru adalah berita palsu tentang tuntutan DAP untuk menggantikan Maszlee Malik dengan Teo Nie Ching sebagai Menteri Pendidikan. Pada hari ini, kami di sini yang mewakili setiap komponen Pakatan Harapan mengecam sekeras-kerasnya berita palsu tersebut.

Walaupun difitnah seteruk mana pun, kami percaya tindakan dan kerjasama diantara komponen-komponen Pakatan dapat dilihat oleh Rakyat dengan mata sendiri.

Gabungan kami teguh dan kuat, terutamanya di Pulau Pinang. Dengan hubungan yang erat ini, Pakatan Harapan akan terus memajukan Pulau Pinang dan membina Malaysia Baharu demi kebaikan dan kebajikan Rakyat.

Dalam Ramadhan ini, Pakatan Harapan Pulau Pinang ingin meraikan bulan yang penuh keberkatan ini dengan semua.

Jadi, sekali lagi, semua dijemput hadir ke Penang Street Iftar.


Berita pada Sinar Harian:

https://www.sinarharian.com.my/article/29826/EDISI/Utara/2000-kotak-makanan-disediakan-di-Penang-Street-Iftar

Scroll to Top
Scroll to Top