PH harus kekal teguh & bersatu di antara koalisi demi pembangunan Malaysia Baharu: Senator Hui Ying

KENYATAAN MEDIA SENATOR LIM HUI YING, TARIKH 31 OKTOBER 2019:

PAKATAN HARAPAN (PH) HARUS KEKAL TEGUH DAN BERSATU DI ANTARA KOALISI PH DEMI MEMBANGUNKAN MALAYSIA BAHARU

Selepas 17 bulan Kerajaan PH mentadbir Putrajaya, kita telah digegarkan dengan beberapa kontroversi sesama koalisi sejak beberapa bulan yang lalu.

Persoalan saya, bilakah kita akan menghentikan perkara-perkara sedemikian dan menumpukan sepenuh perhatian dalam membangunkan negara bersama?

Politik sebegini amat membazirkan masa, tenaga dan menggangu kerja-kerja pemimpin demi berbaktikan semula kepada negara Malaysia.

Kita perlu sering kali bertanya kepada diri sendiri, adakah kita akan terus memberi tumpuan kepada isu-isu yang digunakan oleh pihak pembangkang untuk mencetuskan perbalahan di antara kolisi PH?

Tanpa menyedari, perkara sebegini mampu membuatkan kita kehilangan perhatian kepada perkara yang terpenting sekali, iaitu membangunkan negara untuk kemakmuran bersama.

Semua pemimpin PH perlu mengambil iktibar daripada kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada semua parti komponen PH – bahawa jika kita kehilangan kuasa, kita hanya akan diukur dengan seberapa banyak yang telah kita capai dalam memenuhi tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan kepada kita.

Justeru, saya ingin memberi peringatan mesra kepada wakil-wakil rakyat PH bahawa kita telah diberi mandat oleh rakyat jelata untuk memajukan negara serta membetulkan kesilapan pentadbiran kerajaan BN sebelum ini, bukannya untuk mencetuskan isu-isu yang tidak relevan.

Saya juga ingin menyeru kepada pemuda-pemuda dalam koalisi PH untuk tidak mengeluarkan kenyataan tanpa berbincang diantara satu sama lain. Kita tidak harus memberi ruang kepada golongan yang hanya tahu memainkan isu-isu perkauman dan agama untuk memecahbelahkan koalisi kita.

Fokus PH adalah hanya satu sahaja, iaitu untuk membawa kemakmuran bersama dalam Malaysia Baharu. Jangan sekali kita lupa atau dialihkan perhatian daripada misi ini.

LIM HUI YING


马来西亚国会上议员林慧英于2019年10月31日发表的文告:

为建构新马来西亚,希盟政府即各友党之间须保持坚强及团结

自希盟在17个月前执政布城后,一些关于希盟内部的议题让大家感到震惊。

我的疑问是,到底我们什么时候才能停止这些争议,而把精力集中在一同重新建立这个国家。

这样的政治斗争无疑是浪费时间、精力及扰乱领袖们重建国家的工作。

我们必须经常问问自己,我们是否要专注于反对党所制造的课题并随着他们的节奏起舞,让他们促成更多希盟政府内的纷争?

若没意识到这一点,我们很容易让这种纷争导致我们忽略了创建国家的未来,全民共享繁荣等这些更重要的议程。

首相敦马哈迪曾向希盟各友党提及-倘若我们失去了权位,人民只会以你在位期间履行的责任及成就来衡量你。

有鉴于此,我想提醒各位希盟的人民代议士,人民给予的委托是要我们把国家带到更好的方向以及改善国阵统治时期所犯下的种种错误,而不是为了引发与这毫无相关的议题。

我也想呼吁各希盟成员的青年团在还未与各友党之间协商前就随意发出对希盟团结不利的文告。我们不应该让有心玩弄种族及宗教课题的有心人士来分裂我们。

希盟政府的目标只有一个,那就是努力创建新马来西亚,让全民共享繁荣。让我们谨记于心,别让其它课题试图模糊我们达成目标的决心。

林慧英

Scroll to Top
Scroll to Top