KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN PADA 5 APRIL 2022:
PAKATAN HARAPAN BERI KOMITMEN PENUH UNTUK LULUSKAN RUU PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN (ANTI LOMPAT PARTI)
Pimpinan utama Pakatan Harapan telah mengadakan satu pertemuan bersama Perdana Menteri pagi ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung status pembentangan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan (Anti Lompat Parti) yang dijadualkan pada 11 April 2022.
Perdana Menteri telah memberi komitmen bahawa tidak ada perubahan kepada notis mesyuarat persidangan khas Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 11 April 2022 sepertimana yang telah diedarkan kepada Ahli-Ahli Parlimen.
Majlis Presiden Pakatan Harapan memberi komitmen penuh bahawa kesemua Ahli Parlimen Pakatan Harapan akan memberi sokongan bagi tujuan meluluskan Pindaan Perlembagaan ini.
Ketua Pembangkang juga telah membangkitkan isu MySejahtera yang dimiliki sebuah syarikat negara asing. Isu ini perlu diberi penjelasan penuh kepada Dewan Rakyat.
DS Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
Anthony Loke
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
DSP Madius Tangau
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)

希望联盟主席理事会媒体文告 (2022年4月5日):
希望联盟致力于通过联邦宪法修正案(反跳槽法)
希望联盟主要领导层今日上午会见首相,并要求首相交代将于2022年4月11日提呈联邦宪法修正案(反跳槽法)的进展。
首相承诺,如同全体国会议员所接到的通知,择定于2022年4月11日召开特别国会会议的通告不变。
希望联盟主席理事会全面承诺,所有希望联盟国会议员将支持这项联邦宪法修正案。
反对党领袖也将提出吾安(MySejahtera)属于外国公司的课题,并要求向国会下议院交代清楚。