Penubuhan Pejabat Pengurusan Hutang (PPH) untuk memantapkan sistem kewangan & kedudukan fiskal kerajaan

SIARAN MEDIA
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

Seperti yang diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2019 pada 2 November 2018, Kerajaan akan mewujudkan Pejabat Pengurusan Hutang (PPH) yang bertanggungjawab untuk menyemak dan menguruskan hutang dan liabiliti Kerajaan.
PPH akan memantau penerbitan hutang dan mencadangkan penstrukturan oleh Kerajaan Persekutuan, badan berkanun dan Syarikat Tujuan Khas (SPV) secara holistik. Kerajaan berhasrat untuk mengelakkan berlakunya bayaran khidmat hutang yang lebih tinggi dan tidak bertanggungjawab akibat kelemahan koordinasi dalam penerbitan pinjaman.

PPH ditubuhkan sebagai salah satu langkah dalam usaha berterusan Kerajaan untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah hutang dan liabiliti kerajaan yang disembunyikan yang telah mencecah RM1 trilion sejak 2017. PPH adalah di antara reformasi institusi yang akan memantapkan sistem kewangan dan fiskal kerajaan yang dilihat sebagai penting oleh syarikat penarafan kredit antarabangsa. PPH akan menjalankan langkah-langkah berikut:

• Menjadualkan terbitan bon dan pinjaman kerajaan, syarikat-syarikat milik kerajaan dan badan-badan berkanun secara teratur untuk memastikan kadar kupon dan faedah yang paling rendah;
• Menstruktur semula bon-bon dan pinjaman di mana kos pembiayaan dapat dikurangkan untuk menjimatkan peruntukan pembayaran balik hutang;
• Merancang strategi-strategi untuk mengurangkan beban hutang kerajaan pada masa akan datang

PPH bertujuan untuk mengawal hutang kerajaan agar tidak terus hilang kawalan dan juga memastikan pinjaman hutang secara sesuka hati tanpa sebab munasabah tidak berulang lagi. PPH dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YB Tuan Lim Guan Eng dan telahpun dipersetujui Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir Mohamad. Anggota PPH adalah seperti berikut:

• Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bin Hj Bakar
• Ketua Setiausaha Perbendahaaran, Datuk Ahmad Badri Bin Mohd Zahir;
• Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Saiful Anuar Bin Lebai Hussen;
• Governor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus;
• Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Syed Zaid Albar;
• Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz;
• Akauntan Negara Malaysia, Datuk Saat Bin Esa;
• Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia, Dato’ Mohammad Faiz Azmi; dan
• Penasihat Ekonomi Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dr Muhammad Bin Abdul Khalid.

PPH akan berkuatkuasa serta-merta bagi membolehkan strategi untuk mengurangkan hutang negara dapat dirangka dan pelan tindakan dilaksana. Strategi dan pelan yang dirangka akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Dasar Fiskal yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Bin Mohamad.

Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
15 Mei 2019


马来西亚财政部文告

成立债务管理署 (Pejabat Pengurusan Hutang, PPH) 以稳定财政系统与政府财政地位

就如于 2018 年 11 月 2 日的 2019 年财政预算案所宣布,政府将成立债务管理署(简称债管署)负责审阅及管理政府的债务与负资产。 债管署将监督债务发行及为联邦政府、官联机构及特殊目的公司(SPV) 应如何债务重组提供全面建议。政府致力杜绝因举债时低落的协调能力,导致再度发生状况需偿还不负责任的高昂巨债。

成立债管署是政府的其中一个步骤, 以作为解决 2017 年至今隐藏在政府庞大体系下的1 兆令吉债务与负资产。 债管署也是制度改革的其中一项步骤,以稳定财政系统及政府财政地位,因为上述因素都是国际评级机构看重的衡量标准。 债管署将采取的步骤如下:

• 有秩序地全盘列出所有的发行债券及政府、官联公司、官联机构的贷款,以确认最低的债务利率与利息。
• 进行债券与债务重组,以减低偿还成本,节省偿债的支出。
• 拟定各种未来策略, 减低政府的债务压力。

债管署的目的还包括控制政府债务避免失控,同时杜绝随心所欲的借贷行为再度发生。
债管署已经获得首相的同意将由财政部长林冠英作为主席。 债管署尚包括的成员如下:
• 政府首席秘书拿督斯里依斯迈巴卡(Datuk Seri Dr Ismail bin Hj Bakar)
• 财政部秘书长拿督阿末巴德利
• 经济部秘书长拿督赛夫安诺
• 国家银行行长拿督诺珊西雅
• 马来西亚证券委员会(SC)执行主席拿督赛再益
• 国家投资公司 PNB 主席丹斯里洁蒂
• 国家总会计拿督赛伊萨
• 普华永道(PwC)会计行大马分行主席拿督莫哈末法兹
• 首相经济顾问阿都卡立博士

债管署将立刻执行生效,以能尽快拟定国家减债策略并执行其行动方案。上述所拟定的策略与方案将上呈至首相敦马哈迪掌管的财政政策委员会。

我爱马来西亚!

马来西亚财政部长
林冠英
2019 年 5 月 15 日布城启


Media Release
Ministry of Finance Malaysia

The Debt Management Office established to strengthen the government’s fiscal position

As announced on 2 November 2018 during the 2019 Budget Speech, the Debt Management Office (DMO) would be set up to review and manage the Government’s debt and liabilities.

The office will oversee the issuance and propose the structure of debt belonging to the Federal Government, all statutory bodies and the Government’s special purpose vehicles (SPV) in a holistic manner. The Pakatan Harapan administration intends to cut the incidence of having expensive and irresponsible debt servicing payments arising from weaknesses in debt issuance coordination.

The establishment of the DMO is an effort by the administration to overcome and resolve the problem of hidden government debt and liabilities, which have grown in excess of RM1 trillion in 2017. The office is among the institutional reforms carried out to strengthen the government’s fiscal position that is closely monitored by international credit rating agencies. The DMO will perform the following duties:

• Schedule bond issuance and overall borrowings by the Government, statutory bodies and government-owned companies in an orderly fashion to attain the cheapest interest rates and coupon payments;
• Restructure the relevant bonds and borrowings where possible to save finance costs by reducing debt repayments;
• Formulate strategies to reduce the Government’s debt and liability burden.

The DMO is designed to keep government debt and liabilities in check by preventing it from growing out of control, while ensuring that reckless borrowing made without valid reasons will no longer occur. The establishment of the office has been agreed to by the Prime Minister, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad and it will be chaired by the Finance Minister of Malaysia, YB Tuan Lim Guan Eng.

The members of the DMO are as follows:
• Chief Secretary to the Government, Datuk Seri Dr Ismail Bin Hj Bakar;
• Treasury Secretary-General, Datuk Ahmad Badri Bin Mohd Zahir;
• Secretary-General to the Ministry of Economic Affairs, Dato’ Saiful Anuar Bin Lebai Hussen;
• Bank Negara Malaysia (BNM) Governor, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus;
• Securities Commission Malaysia (SC) Executive Chairman, Datuk Syed Zaid Albar;
• Permodalan Nasional Berhad Group Chairman, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz;
• Accountant-General of Malaysia, Datuk Saat Bin Esa;
• PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia Executive Chairman, Dato’ Mohammad Faiz Azmi; and
• Economic Advisor to the Prime Minister of Malaysia, Dr Muhammad Bin Abdul Khalid.

The DMO will come into effect immediately in order to craft the necessary strategies to reduce the country’s financial burden and put the plan into action. The formulated strategies and plans will be presented to the Fiscal Policy Committee chaired by the YAB Prime Minister.

Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Minister of Finance
Finance Ministry of Malaysia
Putrajaya
15 May 2019





Scroll to Top
Scroll to Top