Peningkatan perwakilan wanita merupakan tanggungjawab semua wakil rakyat: EXCO Chong Eng

KENYATAAN MEDIA YB CHONG ENG, EXCO KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG DAN ADUN PADANG LALANG MERANGKAP KETUA WANITA KEBANGSAAN DAP (1 OKTOBER 2021)

UNDANG-UNDANG BAGI PENINGKATAN 30% PERWAKILAN WANITA MERUPAKAN TANGGUNGJAWAB SEMUA WAKIL RAKYAT

Saya menyokong kenyataan Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Surip dalam mencadangkan kuota mandatori untuk parti-parti politik mencalonkan calon wanita dalam pilihan raya bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam politik.

30% Club Malaysia telah melaporkan bahawa perwakilan wanita dalam Lembaga Pengarah di 100 syarikat Senaraian Awam (PLC) utama Malaysia kini berada pada paras 25.8 peratus. Tetapi, apakah sebab kerajaan masih belum melaksanakan kuota mandatori ini sebagai usaha untuk meningkatkan perwakilan wanita dalam bidang politik?

Saya berpendapat bahawa perwakilan wanita yang tidak mencukupi ini merupakan halangan dan cabaran untuk negara kita terus maju.

Negara kita kini menghadapi pelbagai masalah sosial antaranya kesan kemiskinan kanak-kanak, kehamilan di bawah umur, sistem sokongan untuk ibu bekerja, pendidikan awal kanak-kanak, dan tuntutan untuk golongan kurang upaya. Namun, kita hanya mempunyai 15% wakil wanita di dewan rakyat untuk mengetengahkan masalah sosial ini.

Menteri dalam kalangan wanita juga merupakan golongan minoriti dalam kabinet. Tanpa sokongan kabinet, bagaimana mereka akan memperolehi suara yang mencukupi bagi menangani masalah-masalah seperti ini?

Saya juga bersetuju dengan cadangan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah tentang perbincangan dengan semua parti politik bagi mencapai sekurang-kurangnya 30% wakil rakyat wanita di Parlimen. Saya berharap agenda ini mendapat perhatian dan sokongan penuh daripada semua parti supaya sasaran minima 30% wakil di Dewan Rakyat dapat dicapai.


民主行动党全国妇女组主席兼巴当拉浪区州议员章瑛于2021.10.1(星期五)所发表的文告:

立法增加至少30%女性代表不应只是女性领袖应承担的责任,而是所有政治议员应一起推行的议程。

槟州社会发展及非回教事务委员会主席的章瑛针对妇女、家庭及社会发展部副部长拿督西蒂再拉在国会里回答有关提问作出反应。

章瑛对公正党㐷莫区国会议员诺阿兹娜日前在国会问政府是否会立法限定政党必派遣至少30%女性上阵全国大选一事感到欣慰。

章瑛表示,立法达至最少30%女性参选,女性化国会和州议会至少30%是所有政党的妇女组及许多妇女和人权团体的诉求。这在行政部逐渐接受女性主管所带来的正面效果得以证明。

然而,在政治领域,进展非常缓慢。政治已经规定上市100强公司的董事部应有至少30%女性,但是政府并未对内阁和各州行政议会做出相同规定,同时也没规定各政党在大选时应派出至少30%女性。这个课题也一直被视为女性的课题,从诺阿兹娜在国会的提问,再到西蒂再拉的回答可看出这个议题的性别定位。

章瑛指出,从首相到部长及国会议员,他们都代表全民,包括女性。因此女性代表不足的问题不应只是女性的问题,而是全民、国家问题。

此外,社会问题例如贫穷对孩子所造成的影响,未成年怀孕生子,暴力性别化,职业母亲所需要的支持系统,幼儿教育,老化社会所需要结构性和基本设备,残障社群衣、食、住、行的需要。这些都必须受到主流社会的关注才能有效回应需求。目前国会议员和州议员会很少代表提出讨论,主要原因就是这些家庭的课题被视为女性课题,加上女性国会议员太少,只有15%。试问如何能有效的为这群人士发声?女性部长在内阁也占少数,如果没有得到大部分的部长和首相支持,如何能足够的能力和资源去处理这些错综复杂的社会问题?

章瑛同意西蒂再拉的建议,与各个政党讨论立法至少30%女性参选的议程。她希望这个议程会受到朝野各政领袖的关注并早日达到协议,在来届大选派出至少30% 具备资格的女性代表。

Scroll to Top
Scroll to Top