Pengerusi DAP Sabah telah meninggal dunia

KENYATAAN MEDIA OLEH SETIAUSAHA AGUNG DAP LIM GUAN ENG PADA 28 MAC 2018 DI KUALA LUMPUR

DAP berdukacita atas kematian secara mengejut Pengerusi DAP Sabah, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, dan ahli Parlimen Sandakan Datuk Stephen Wong pagi ini pada umur 64 tahun. Pemergian Stephen merupakan sebuah kehilangan yang besar bukan sahaja kepada keluarganya dan DAP, tetapi juga kepada Sabah dan Malaysia.

Stephen Wong adalah antara pemimpin utama DAP dan Pakatan Harapan yang mengepalai perjuangan menentang BN di Sabah sewaktu di bawah kepimpinan UMNO yang korup dan menindas. Stephen benar-benar percaya dengan agenda DAP untuk membina Malaysia pelbagai kaum dan pelbagai budaya yang menjunjung kedaulatan undang-undang, mendukung hak-hak negeri Sabah, dan meraikan kepelbagaian. Beliau menyertai DAP dengan harapan dapat menjadikan Sabah negeri yang dihormati, dan juga membantu Sabah berintegrasi dengan lebih erat dengan bangsa Malaysia.

Manfaat daripada perubahan kerajaan dapat dilihat daripada penubuhan sebuah kerajaan baharu yang bersih dan mengutamakan rakyat bukan sahaja di Sabah, tetapi juga di Malaysia. Lebih utama lagi, Sabah tidak lama lagi bakal mengembalikan statusnya sebagai salah satu dari pada 3 entiti utama yang membentuk Persekutuan Malaysia.

Sokongan Kerajaan Pakatan Harapan terhadap pindaan perlembagaan yang bersejarah minggu hadapan di Parlimen untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak merupakan antara manfaat jelas hasil perubahan kerajaan. Ini tentu merupakan satu peristiwa yang sangat membanggakan untuk ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak.

Adalah sangat menyedihkan yang Stephen tidak dapat hadir untuk bersama-sama dengan ahli-ahli Parlimen yang lain mengundi untuk menyokong pindaan perlembagaan ini dan mengembalikan status dan maruah negeri Sabah. Semoga roh beliau bersemadi dengan aman dan sumbangan-sumbangan beliau terus dikenang.

Dengan membantu usaha menyingkirkan sebuah rejim yang korup dan menindas bukan sahaja di Sabah, tetapi juga di Malaysia, Stephen antara saksi dan penggerak utama dalam sejarah untuk kedua-dua negeri dan negara. DAP menyampaikan ucap takziah yang mendalam kepada keluarga dan isteri beliau, dan berharap agar mereka dapat menghadapi kehilangan yang besar dan pedih ini dengan mengingati kejayaan-kejayaan beliau, memori-memori gembira mereka bersama, kesetiaan dan kasih sayang beliau kepada mereka.

Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP
28 Mac 2019


民主行动党秘书长林冠英于2019年3月28日在吉隆坡发表文告

惊悉民主行动党沙巴州主席,也是山打根国会议员兼沙巴州卫生及人民福祉部长的拿督黄天发同志今早骤然离去,得年64岁,民主行动党沉痛哀悼。黄天发的突然离世对其家人、民主行动党、沙巴州,甚至是马来西亚而言,都是一个巨大的损失。

黄天发是民主行动党和希望联盟的领导人之一,在巫统的腐败和压迫统治下,他在沙巴领军对抗国阵。黄天发深深相信并支持民主行动党的议程,即建立一个尊重法治、维护沙巴主权和拥抱多元种族与文化的马来西亚。他毅然加入了行动党,让沙巴获得尊重,并帮助沙巴与马来西亚更紧密地融合在一起。

改朝换代后带来的好处,对沙巴或是马来西亚来说,就是能够拥有一个清廉以及以民为本的政府。更重要的是,沙巴将很快恢复其作为构成马来西亚联邦的三个主要实体之一的地位。

下星期,希望联盟联邦政府将在国会中支持恢复沙巴州和砂拉越州的地位,这将是一个历史性的宪法修正案,也是换政府后带来的明显好处之一。对沙巴和砂拉越的国会议员来说,会是最自豪的时刻之一。

令人遗憾的是,黄天发将无法在国会里投下一票,和其他国会议员一起支持这个重要的宪法修正案,恢复沙巴的地位和尊严。愿他的灵魂得到安息,他的贡献将永远被铭记。

在黄天发的协助下,我们不只在沙巴州,甚至在马来西亚取得胜利,赶走了腐败和压迫的政权。黄天发在这场历史性的改变中,是见证者,同时也是不可或缺的重要人物。民主行动党向他的妻子及家人表示最深切的哀悼,并希望他们在艰辛时刻,能够通过记住他的成就、他们在一起的美好回忆,以及他对他们的热爱和关切,

林冠英


Press Statement By DAP Secretary-General Lim Guan Eng On 28.3.2019 In Kuala Lumpur.

DAP mourns the sudden death of DAP Sabah Chairperson, Sabah Minister for Health and People’s Wellbeing and MP for Sandakan Datuk Stephen Wong this morning at the age of 64. Stephen Wong’s passing is a huge loss not only to his family and the DAP, but also to Sabah and Malaysia.

Stephen Wong was one of the key DAP and Pakatan Harapan leaders who led the fight against BN in Sabah under the corrupt and oppressive leadership of UMNO. Stephen believed passionately in DAP’s agenda for a multi-racial and multi-cultural Malaysia that respects the rule of law, upholds Sabah rights and celebrates diversity. He joined the DAP to help Sabah to be respected and also help Sabah integrate more closely to the Malaysian nation.

The benefits of a change of government can be seen in having a new government that is clean and people-centric not just in Sabah, but also in Malaysia. More importantly Sabah will soon restore its status as one of the 3 key entities that constitute the Federation of Malaysia.

The Pakatan Harapan Federal government’s support for a historic constitutional amendment next week in Parliament to restore Sabah and Sarawak status is one of the clear benefits of a change in government. This would have been one of the proudest moment for Sabah and Sarawak MPs.

It is sad that Stephen could not make his presence count by being one of the MPs who voted to support this important constitutional amendment to restore the status and dignity of Sabah. May his soul rest in peace and his contributions shall be remembered.

By helping to remove a corrupt and oppressive regime not just in Sabah but also in Malaysia, Stephen was one the key witnesses and players of history for both state and country. DAP expresses deepest condolences to his family and wife and hope that they can face such a difficult and painful loss by remembering his achievements, their happy memories together, his devotion and love for them.

LIM GUAN ENG

Scroll to Top
Scroll to Top