Pengambilalihan 4 Lebuhraya Bertol untungkan rakyat

Siaran Media
Kementerian Kewangan Malaysia

Pengambilalihan 4 Lebuhraya Bertol Merupakan Langkah Pertama Untuk Mengurangkan Beban Pengguna Dan Merealisasikan Janji Pakatan Harapan

Pada 23 Februari 2019, YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan cadangan untuk mengambil alih empat konsesi lebuhraya bertol di mana syarikat Gamuda Berhad (Gamuda) berkepentingan. Empat lebuhraya yang terbabit ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART (SMART).

Hasil daripada usaha rundingan dengan pihak Gamuda, sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah memberikan tawaran rasmi pada 21 Jun 2019 kepada keempat-empat syarikat konsesi tersebut dengan harga ‘enterprise value’ seperti berikut:

Kejayaan tawaran ini adalah tertakluk kepada ketekunan wajar (due diligence), sokongan pemegang saham dan pemiutang syarikat konsesi yang mencukupi serta kelulusan Jemaah Menteri yang muktamad.

Jika proses pengambilalihan lebuhraya bertol ini berjalan secara lancar, Kerajaan, melalui sebuah syarikat tujuan khas (special purpose vehicle – SPV) anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), akan mengambil alih lebuhraya-lebuhraya tersebut pada 31 Disember 2019.

Pengambilalihan 4 lebuhraya bertol ini merupakan langkah pertama untuk mengurangkan beban pengguna lebuhraya dan merealisasikan janji Pakatan Harapan.

Penjimatan RM180 juta setahun kepada pengguna

Dengan sistem caj kesesakan baharu seperti yang telah diumumkan sebelum ini, pengguna empat lebuhraya ini akan menikmati penjimatan sehingga RM180 juta setahun. Penjimatan ini bermakna pendapatan boleh guna isi rumah rakyat Malaysia akan bertambah dengan jumlah yang sama.

Caj kesesakan adalah caj boleh ubah yang bergantung kepada masa penggunaan. Kerajaan secara prinsipnya akan memberikan diskaun sehingga 30% pada waktu luar puncak dan kadar percuma pada waktu bukan puncak. Di samping itu, bagi tidak membebankan rakyat, Kerajaan akan mengekalkan caj kesesakan maksimum pada waktu puncak pada kadar tol sedia ada. Struktur akhir caj kesesakan akan dikaji secara terperinci dan diperhalusi sebelum ia dilaksanakan pada 1 Januari 2020 kelak.

Penjimatan pampasan RM5.3 bilion kepada pihak konsesi

Di samping itu, pengambilalihan keempat-empat lebuhraya ini akan secara langsung menjimatkan pembayar cukai sekurang-kurangnya RM5.3 bilion dalam bentuk bayaran pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi untuk membekukan kadar tol di lebuhraya berkenaan sehingga akhir hayat konsesi. Pampasan ini tidak perlu lagi dibayar selepas lebuhraya-lebuhraya ini diambil alih oleh Kerajaan.

Ini bermaksud bahawa Kerajaan akan mampu memperuntukkan perbelanjaan tambahan melebihi RM5.3 bilion untuk membantu rakyat seluruh Malaysia pada tahun-tahun yang akan datang. Ertinya, bukan sahaja pengguna lebuhraya bertol akan menerima penjimatan besar dalam langkah ini, rakyat seluruh negara juga akan menikmati manfaat.

Fakta-fakta ini dengan secara langsung membuktikan bahawa model konsesi lebuhraya bertol di bawah kerajaan Barisan Nasional hanya menguntungkan pihak konsesi dan tidak mengutamakan rakyat jelata.

Tiada beban kewangan kepada Kerajaan

Pihak Kerajaan telah berunding dengan pihak konsesi dengan bersungguh-sungguh untuk membuat nilai tawaran pengambilalihan yang paling wajar supaya ia bukan sahaja dapat memaksimumkan pulangan kepada rakyat, tetapi juga tidak akan mengakibatkan sebarang beban kewangan kepada Kerajaan.

Pihak SPV akan membiayai harga tawaran sebanyak RM6.2 bilion dengan penerbitan bon. Kutipan caj kesesakan adalah mencukupi untuk membiayai bayaran balik hutang, segala kos operasi serta penyenggaraan lebuhraya tanpa memerlukan peruntukan daripada Kementerian Kewangan. Dengan kata lain, kos pengambilalihan tersebut akan dibayar balik dengan sendirinya daripada kutipan caj kesesakan tanpa melibatkan sebarang perbelanjaan Kerajaan.

Langkah pertama

Untuk makluman semua, tanpa mengambil kira kumpulan PLUS, keempat-empat lebuhraya ini menguasai 48% daripada jumlah pendapatan lebuhraya-lebuhraya bertol di bandar. Ini meliputi sebahagian besar daripada lebuhraya dalam bandar dan menunjukkan kesungguhan dan komitmen Kerajaan dalam langkah pertama memenuhi manifesto pilihanraya kami. Sekiranya model pengambilalihan ini berjaya, Kerajaan akan terus menjadikannya sebagai asas untuk pengambilalihan konsesi lebuh raya bertol lain, termasuk lebuhraya antara bandar, pada masa hadapan.

Kesimpulannya, tawaran pengambilalihan lebuhraya ini adalah penyelesaian “win-win-win” untuk semua pihak yang terlibat:

  1. Kerajaan dan pembayar cukai akan jimat RM5.3 bilion dalam bentuk pembayaran pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi akibat pembekuan kadar tol;
  2. pengguna lebuhraya akan menikmati penjimatan sehingga RM180 juta setahun dan juga pengurangan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak; dan
  3. sebarang lebihan kutipan caj kesesakan akan disalurkan kepada pembangunan dan penyenggaraan sistem pengangkutan awam Malaysia.

Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
22 Jun 2019


Media Release
Ministry of Finance Malaysia

The Acquisition Of 4 Tolled Highways Represents The First Steps In Reducing The Burden Of Highway Users And Fulfilling Pakatan Harapan’s Promise

On 23 February 2019, YAB Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad announced the proposed acquisition of four highway concessions in which Gamuda Berhad (Gamuda) has a significant stake. The four highways involved are Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) and SMART Tunnel (SMART).

As a result of negotiations with Gamuda, MOF is pleased to announce that offer letters have been formally handed over to the four concessionaires on 21 June 2019 with the enterprise value offer prices as below:

The completion of this offer is subject to due diligence, the requisite shareholders’ and creditors’ approval for each concessionaire and the final approval by the Cabinet.

If the acquisition process of these highways is successful, the Government will acquire the highway concessionaires on 31 December 2019 through a special purpose vehicle (SPV) wholly-owned by the Minister of Finance (Incorporated).

The acquisition of these 4 tolled highways represents the first steps in reducing the burden of highway users and fulfilling Pakatan Harapan’s promise.

Savings of RM180 million per annum for commuters

Under the new congestion charge system that was previously announced, commuters using these four highways will save as much as RM180 million per annum, and these savings will go straight into the disposable income of Malaysian households.

The congestion charge model follows a variable pricing structure which depends on the time of the day. In principle, the Government will give discounts of up to 30% for hours outside of peak periods and free travel during off-peak periods. In addition, the maximum congestion charge will be capped at the current toll rate in order to not cause further burden to the commuters. The final structure of the congestion charge will be studied and refined in further detail before being implemented on 1 January 2020.

Savings of RM5.3 billion in compensation to toll concessionaires

In addition, the acquisition of these four highways will also directly save taxpayers from having to pay compensations of more than RM5.3 billion to toll concessionaires in order to freeze toll rate hikes until the end of the respective concession periods. The Government will no longer require to pay such compensations after acquiring these four highways.

These figures directly prove that the highway toll concession model under the Barisan Nasional government had only profited private concessionaires and did not prioritise the people’s best interest.

No financial burden for the Government

The Government had negotiated earnestly with the concessionaires to make a fair acquisition offer such that it not only maximises the returns for the people, and not result in any financial burden for the Government at the same time.

The SPV will finance the offer of RM6.2 billion by way of bond issuance. The collection of congestion charge will be sufficient to service the debt, as well as to finance the operation and maintenance costs of the highways without requiring additional budget allocation by MOF. In other words, the acquisition cost will be self-financing through the collection of congestion charge and will not require any government expenditure.

First steps

As a percentage of the urban toll roads market (which excludes the PLUS group), the market share of these four highways based on the toll revenue collected is around 48%. This represents a significant share of the intra-city highways and indicates the Government’s seriousness and commitment to fulfil our election manifesto. If this acquisition model is successful, then the Government will apply the same model to acquire the concessions of other tolled highways in the future, including inter-city highways.

In conclusion, the acquisition offer for these highways is a win-win-win solution for all involved:

  1. the Government / taxpayers save RM5.3 billion in compensation to the toll concessionaires to continue freezing toll rate hikes;
  2. commuters save up to RM180 million per annum with reduced traffic jam during peak hours; and
  3. any surplus collection goes towards financing the upgrade and maintenance of our public transport system

Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Minister of Finance
Ministry of Finance Malaysia
Putrajaya
22 June 2019

Scroll to Top
Scroll to Top