Pemuda PH Tanjong cadang 3 perkara percepatkan proses vaksinasi

Kenyataan Media Ketua Pemuda Pakatan Harapan Tanjong merangkap Ketua Pemuda DAPSY Tanjong Benji Ang pada 16 Jun 2021:

Kerajaan PN harus membantu dan bukan menyusahkan rakyat yang ingin menerima suntikan vaksin.

Berdasarkan pengalaman Pemuda Pakatan Harapan dan DAPSY dalam menggerakkan program pendaftaran vaksin terutamanya di pasar, dewan komuniti dan perumahan PPR kerajaan sebelum PKP 3.0, kami telah mendapati bahawa masih ramai yang hadapi masalah pengunaan alat digital dalam semakan temu janji vaksin.

Justeru, kerajaan PN tidak harus menerima cadangan Menteri Kementerian Kesihatan UMNO mengenakan kompaun kepada individu yang gagal hadir temu janji vaksinasi ataupun Ketua Penerangan PPBM untuk menetapkan tarikh tutup pendaftaran vaksinasi.

Malah, Pemuda Pakatan Harapan Tanjong ingin mencadangkan 3 perkara bagi mempercepatkan proses vaksinasi untuk mencapai sasaran imuniti berkelompok di Malaysia, antaranya:

  1. Menyediakan penghantaran percuma kepada golongan warga emas dan OKU.
  2. Stadium dan Universiti dicadangkan untuk menjadi Pusat Vaksinasi.
  3. “FAST LANE” diberikan kepada orang yang mendaftar untuk mendapatkan imunisasi lebih awal.

Dengan ini, saya harap agar 3 cadangan di atas diberikan pertimbangan sewajarnya supaya Malaysia dapat bebas daripada pandemik Covid-19 akhir tahun ini.

Scroll to Top
Scroll to Top