Pemimpin DAP tak payah layan pembohongan Najib berkaitan isu terowong: Guan Eng

KENYATAAN MEDIA DARIPADA SETIAUSAHA AGUNG DAP DAN AHLI PARLIMEN BAGAN YB LIM GUAN ENG DI KUALA LUMPUR PADA 27 MEI 2019

Para pemimpin DAP seharusnya tidak melayan pembohongan daripada mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana aksi penipuan tersebut hanya memberikan peluang untuk beliau mengalihkan perhatian dunia daripada perbicaraan kes rasuah dan kleptokrasi terbesar dalam sejarah. Saya telah diajukan banyak permintaan daripada pemimpin DAP untuk membalas pembohongan beliau, yang terkini berkenaan terowong bawah laut Penang yang dicadangkan yang beliau dakwa mempunyai kos sebanyak RM6.3 bilion, di mana hakikat sebenarnya ialah ia dianugerahkan melalui tender terbuka dengan nilai RM3.6 bilion.

Media arus perdana yang dikawal BN dan media sosial mereka akan mencanangkan pembohongan beliau. Apa gunanya membalas pembohongan seseorang yang begitu tanpa moral dan tanpa etika sehingga dia langsung tidak berasa malu apabila puluhan bilion ringgit daripada khazanah negara telah dirompak melalui 1MDB? Sebaliknya dia masih mampu bangga dengan gelarannya, “Malu apa bossku?”

Tidak pernah Najib menjelaskan sepenuhnya skandal 1MDB, wang berbilion ringgit dalam akaun bank peribadi beliau sehingga menyebabkan pendakwaan rasuah terhadap beliau, dan juga laporan akhbar yang melaporkan bahawa beliau telah dikenakan penilaian cukai individu yang terbesar dalam sejarah Malaysia. Najib juga tidak pernah memberi penjelasan mengapa beliau meluluskan pembayaran RM8.3 bilion atau 88% untuk 2 kontrak saluran paip bernilai sebanyak RM9.4 bilion, sedangkan hanya 13% kerja telah dilakukan. Lebih parah lagi, 13% kerja yang dikatakan telah dilakukan masih belum dapat disahkan atau diaudit.

Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah melempar serangan berbentuk rasis dan ekstremis terhadap pemimpin PH, khususnya terhadap DAP yang merupakan sasaran lembut kegemaran beliau, untuk melaga-lagakan orang Melayu dengan bukan Melayu, atau Muslim dengan non-Muslim. Dengan membalas kepada semua pembohongan ini, kita hanya akan tergelincir ke dalam perangkap beliau supaya beliau dapat berlakon menjadi mangsa yang sedang diserang oleh semua pihak.

Apabila pembohongan ini didedahkan, beliau akan membuat acuh tak acuh atau mengabaikan sahaja tanpa segan silu dan terus melemparkan pembohongan yang seterusnya. Kita harus menerima hakikat bahawa Najib terus menarik perhatian awam kerana dia telah menjadi suatu keganjilan sama seperti mana-mana kemalangan jalan raya, perkara ngeri, atau tragedi.

Jangan kita lupa bahawa jumlah penyokong yang hadir di perbicaraan rasuah beliau lebih kecil berbanding yang hadir menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jangan lupa jua yang Najib dapat menarik perhatian ramai apabila dia berkempen untuk calon PBS dalam pilihan raya kecil Sandakan baru-baru ini, akan tetapi calon DAP, Vivian Wong, menang dengan majoriti lebih besar daripada Pilihanraya Umum 2018.

Tak perlulah kita membuang masa dengan memberi perhatian kepada Najib apabila sejarah dan rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-14 telah membuat keputusan tentang beliau. Sebaliknya, kita harus gandakan usaha kita untuk membawa perubahan yang positif kepada negara, dan membawa kemakmuran supaya Malaysia dapat mengaum semula sebagai seekor Harimau Ekonomi Asia. Marilah kita menumpukan perhatian kita kepada rakyat, dengan meningkatkan taraf hidup, menaikkan kuasa pembelian dan kemakmuran untuk semua rakyat Malaysia, serta menjayakan reformasi institusi yang membawa kebebasan, keadilan, kedaulatan undang-undang, dan integriti awam yang dapat mengembalikan maruah dan kehormatan kepada rakyat Malaysia.

Manakala buat Najib pula, biarlah mahkamah yang menentukan. Biarlah fakta dan angka buktikan bahawa apa yang Malaysia telah hilang sewaktu pemerintahan beliau lebih teruk daripada kekayaan yang dirompak oleh mantan Presiden Filipina Marcos, dan bahawa ribuan pasangan kasut milik Imelda Marcos tidak dapat dibandingkan dengan ratusan beg tangan mewah yang telah dirampas oleh pihak berkuasa.

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼国会议员林冠英于2019年5月27日在吉隆坡发表的文告

民主行动党领袖可以不必再理会前首相拿督斯里纳吉那一大堆的谎言,因为他的目的旨在为他犯下全球恶名远播及史上最大盗贼贪污案件转移视线。很多行动党领袖要求我回应他多如牛毛的谎言,最新一个就是谎称槟城海底隧道的兴建费是63亿令吉,但事实上公开招标的海底隧道只有36亿令吉。

国阵控制的主流媒体及他们的社交媒体当然会刊登纳吉的谎言。但为何还要回应这位透过1MDB盗用了国家数百亿令吉还恬不知耻及毫无道德与操守可言的人物所撒的谎?纳吉甚至还为他那“我老板不知羞”的江湖名号又得意又沾沾自喜。

纳吉从来没有完整的解释过1MDB的丑闻,数十亿令吉的钱存放在他自己的私人户口内,不只被控以贪污罪,而且据媒体报导甚至还欠下大马史上最高的税务。纳吉也绝口不提为何他在共94亿令吉的两项天然气管计划中,在工程只进行13%之际就批准缴付83亿令吉或88%的工程费用。更糟糕的是,所谓的13%已建峻工程,根本无法鉴定与确认到底为在何处。

前首相纳吉还大玩极端种族主义的攻击,尤其是柿子挑软的吃一直针对行动党作出攻击,企图挑起马来人对非马来人,穆斯林对非穆斯林的纷争。要是回应纳吉无日无之的谎言,将会掉入他好像备受各方攻击以受害者自居的陷阱。

每当纳吉的谎言被拆穿,他就马上厚脸皮好像没事发生,不然就是态度轻蔑的转移课题,制造另一个谎言。我们必须承认纳吉现在确实引人注意,原因就像路上的车祸、恐怖的事情或任何悲剧般总是受人瞩目。

可别忘了,有别于当年拿督斯里安华受审时所获得的热烈支持,纳吉的世纪贪污案审讯,其出现的支持者只有小猫两三只。更别忘了,即便纳吉在山打根补选助选时吸引人潮,但最终行动党的黄诗怡胜选时其山打根史上最高的多数票,比2018年大选时还要高。

大家请别再浪费时间花在纳吉身上,尤其是人民在第14届大选已经对他作出历史性的审判。 相反的,我们必须要加倍努力为我们的国家带来正面的改变,让国家变得昌盛繁荣,重回亚洲经济之虎。让我们一起专注在人民身上,提升人民的生活水准、提升购买力、福泽全民,同时进行制度化改革提倡自由、正义、法治及公共廉洁,以恢复马来西亚人的骄傲与尊严。

至于纳吉,就让司法与法庭来决定,让所有发生过的事实与数据证明在他的统治下所失去的国帑,比当年菲律宾前总统马可斯的贪污案有过之而无不及,马可斯夫人伊美黛所拥有的上千双鞋子与纳吉家充公的数百个昂贵名牌包包一比,根本不值一晒。

林冠英


PRESS STATEMENT BY DAP SECRETARY-GENERAL AND MP FOR BAGAN YB LIM GUAN ENG IN KUALA LUMPUR ON 27.5 2019

DAP leaders should not engage with the lies of former Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s, because his act of subterfuge will give him the opportunity to distract global attention from the largest corruption and kleptocracy trial in history. I have received many requests from DAP leaders to respond to his outrageous lies, the latest on the proposed Penang undersea tunnel that he claimed cost RM6.3 billion, when the truth is that it was awarded by open tender for RM 3.6 billion.

The BN-controlled mainstream media and their social media will publicise his lies. What is the point of responding to the lies of a person who is so immoral and unethical that he has no sense of shame that tens of billions of ringgit of the nation’s funds were stolen through 1MDB? And yet he can be proud of his moniker, “Malu apa bossku”.

Najib has never explained fully the 1MDB scandal, the billions of ringgit in his personal bank account that led to not only corruption charges but also press reports that, reputedly, imposed upon him the largest individual tax assessment in Malaysian history. Najib has also not justified why he approved the payment of RM8.3 billion or 88% for 2 pipeline contracts amounting to RM9.4 billion, even though only 13% of the work was done. Worse, the 13% of work done remains unverified or unaudited.

Former Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has also made racist and extremist attacks against PH leaders, especially DAP being his favourite soft target, to pit Malays against non-Malays or Muslims against non-Muslims. To respond to these lies will be to fall into his trap to play the victim that he is being attacked by all.

When these lies are exposed, he will cheekily dismiss them or blithely ignore them and slickly go on to the next lie. We should accept that Najib has attracted attention because he has become an object of curiosity just like any road accident, horror or tragedy.

Do not forget that there are fewer supporters attending his corruption trial as compared to that of Datuk Seri Anwar Ibrahim. Do not forget too that Najib attracted huge public attention when he campaigned for the PBS candidate in the recent Sandakan by-election, and yet the DAP candidate Vivian Wong, won by a larger majority than the 2018 general elections.

Let us not waste time on Najib when history and the people in the 14th General Elections have already passed judgment on him. Instead we should redouble our efforts to bring positive change to the country, bring prosperity so that Malaysia can roar once again as an Asian economic tiger. Let us focus on the rakyat, by improving the standard of living, increase purchasing power and prosperity to all Malaysians as well as bring about institutional reforms promoting freedom, justice, rule of law and public integrity that can restore pride and dignity to Malaysians.

As for Najib, let the courts decide, let facts and figures prove that what Malaysia lost under his rule was worse than the wealth stolen by former Philippine President Marcos, and the thousand pairs of shoes owned by Imelda Marcos was nothing compared to the hundreds of luxury designer handbags confiscated by Malaysian authorities.

LIM GUAN ENG

Scroll to Top
Scroll to Top