Pembayaran Fasa Ke-3 Bantuan Sara Hidup mulai 28 Ogos

Siaran Media
Kementerian Kewangan Malaysia

PEMBAYARAN FASA KETIGA BANTUAN SARA HIDUP 2019 MULAI 28 OGOS 2019

Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dikreditkan terus ke akaun bank dengan menggunakan maklumat akaun bank yang digunakan semasa pembayaran fasa kedua BSH 2019, mulai 28 Ogos 2019 (Rabu). Peruntukan yang terlibat adalah sebanyak RM1.23 bilion dan memanfaatkan hampir 3.6 juta penerima BSH. Perincian nilai BSH 2019 yang diterima oleh isi rumah yang diluluskan mengikut pendapatan bulanannya adalah seperti berikut:

Sejumlah RM2.85 bilion juga telah disalurkan bagi bayaran fasa pertama (Januari 2019) dan kedua (Mei 2019) BSH 2019 kepada isi rumah yang diluluskan, termasuk bayaran kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak tanggungan terhad kepada maksima 4 orang anak. Anak tanggungan merujuk kepada anak berumur 18 tahun dan ke bawah dan juga anak OKU tanpa had umur.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my.

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
26 Ogos 2019

Kenyataan media daripada laman rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://is.gd/6J4BPE

Scroll to Top
Scroll to Top