Pembayaran BSH fasa ke-2 28 Mei ini

Kementerian Kewangan mengumumkan pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) fasa kedua akan dilaksanakan mulai 28 Mei ini.

Menteri Kewangan, Sdr Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, pembayaran itu berdasarkan kategori BSH 2019 merangkumi bilangan anak tanggungan dan nilai yang akan diterima.

Sdr Lim berkata, pembayaran fasa kedua melibatkan hampir 3.6 juta penerima BSH dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.42 bilion. Kadar BSH yang akan diterima mengambil kira 3.23 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.

Beliau juga berkata, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembukaan akaun bank pemohon secara automatik akan dilakukan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan persetujuan dan akuan pemohon yang terdapat pada borang permohonan BSH 2019.

Artikel penuh pada: https://www.sinarharian.com.my/article/29738/BERITA/Nasional/Bayaran-BSH-fasa-kedua-28-Mei-ini

Scroll to Top