ADUN Komtar Sdr Teh Lai Heng:
Ahli Exco Kerajaan Pulau Pinang Sdr Jagdeep Singh Deo telah melawat ke Projek Pemasangan Kanopi di Chowrasta pagi tadi untuk melihat status terkini projek. Beliau turut mengumumkan bahawa solar panel akan dipasang di atas kanopi pada bulan Ogos, dan dijangka akan siap pada bulan Oktober.
Kerja pemasangan solar panel yang sejumlah kos RM 180,000 ini dapat membekalkan elekrik kepada Pasar Chowrasta serta akan mengurangkan kos elektrik sebanyak RM 3,000 sebulan.
槟州地方政府委员会主席佳日星同志今早到访, 视察吉灵万山建设遮棚工程, 并宣布下个月起将会为遮棚装上太阳能板, 并预计在10月完成安装工作.
耗资18万令吉的安装太阳能板的工作, 往后将可为吉灵万山供电, 预计每月可以节省3000令吉的电费.
郑来兴同志面子书更新: https://www.facebook.com/547953758582907/posts/2572135182831411/
Pasar Chowrasta, di sini menjadi pasar pertama dalam negara yang menerima pengiktirafan melalui Pensijilan Indeks Bangunan Hijau (GBI).
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, Sdr Jagdeep Singh Deo memberitahu perkara itu kepada pemberita semasa mengadakan lawatan ke pasar berkenaan, pagi ini.
Menurut Sdr Jagdeep, pencapaian tersebut adalah selaras dengan pelaksanaan agenda hijau yang diperkenalkan Kerajaan Negeri dalam usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri hijau, sihat dan selamat.
“Lawatan hari ini adalah untuk melihat status pemasangan kanopi yang mana saya diberitahu telah siap sepenuhnya pada Jun lalu dengan kos berjumlah RM2.5 juta melalui peruntukan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
“Seterusnya, pihak MBPP akan meneruskan projek pemasangan panel solar di atas kanopi-kanopi ini dengan kos kira-kira RM180,000,” jelasnya.
Berita penuh pada Buletin Mutiara: