Kenyataan Media Joshua Woo Sze Zeng, Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang, bertarikh 11 Jun 2025
Kenyataan terkini daripada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marsuki, yang menggesa Kerajaan Persekutuan membatalkan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang amat mengecewakan.
(https://harakahdaily.net/2025/06/naik-taraf-jrtb-lebih-berbaloi-dari-lrt-pulau-pinang/)
Hanya semalam, Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke telah mengumumkan bahawa kerja fizikal pembinaan projek LRT Pulau Pinang akan bermula dalam tempoh dua bulan akan datang. Selain itu, MRT Corp juga sedang menjalankan proses pengambilan jurutera hujung minggu ini, menandakan kemajuan yang memberangsangkan dan konkrit di lapangan.
Ketika Pulau Pinang sedang melangkah ke hadapan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam dan merangsang pertumbuhan ekonomi, PAS pula berterusan cuba menghalang pembangunan negeri ini.
Adalah wajar untuk mengingatkan pemimpin PAS agar memberi tumpuan kepada usaha membangunkan negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka sendiri, dan bukannya menyekat kemajuan negeri lain. Pada tahun 2023, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita bagi negeri-negeri yang ditadbir PAS jauh ketinggalan:
• Kelantan: RM16,836
• Perlis: RM24,004
• Kedah: RM26,353
• Terengganu: RM31,111
Sebaliknya, Pulau Pinang mencatatkan KDNK per kapita sebanyak RM72,586 — lebih dua kali ganda berbanding Terengganu dan lebih empat kali ganda berbanding Kelantan.
Kami dalam Kerajaan Perpaduan kekal teguh dengan misi untuk membina Malaysia yang lebih baik. Justeru, walaupun di negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS, Kerajaan Persekutuan tetap meneruskan projek pembangunan yang relevan.
Sebagai contoh, di Kedah, Kementerian Pengangkutan telah memperuntukkan dana bagi melancarkan inisiatif bas awam “BAS.MY”. Program ini telah mula beroperasi di Alor Setar pada 1 Jun 2025, dengan 44 hentian bas yang meliputi kawasan-kawasan utama bandar. Inisiatif ini memberikan pilihan pengangkutan awam yang lebih mudah dan mampu milik, terutama kepada warga emas, orang kurang upaya (OKU), dan pelajar yang layak untuk menaiki bas secara percuma.
Selain itu, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencapai kemajuan sebanyak 82.45% setakat April 2025, dan kerja-kerja pembinaannya sedang berjalan lancar.
Kami dalam Kerajaan Perpaduan tidak pernah menentang projek-projek ini yang memanfaatkan negeri di bawah kerajaan PAS. Sebaliknya, Kerajaan Perpaduan berusaha kuat menyokong projek ini kerana kami percaya semua rakyat berhak menikmati kemudahan dan manfaat ekonomi daripada infrastruktur pengangkutan moden.
Projek LRT Pulau Pinang bukan sekadar tentang pengangkutan. Ia akan mewujudkan ribuan peluang pekerjaan, membantu mengekalkan bakat tempatan, merangsang limpahan ekonomi merentasi pelbagai sektor, dan yang paling penting, menyediakan penyelesaian mampan kepada kesesakan lalu lintas yang semakin buruk di negeri ini yang sedang membangun pesat.
Daripada terus membuat bantahan yang tidak berasas, pemimpin PAS sepatutnya memberi tumpuan kepada keperluan sebenar rakyat di negeri mereka sendiri. Biarlah Pulau Pinang terus mara dengan infrastruktur dan kemajuan yang sewajarnya untuk rakyatnya.
-TAMAT-
PAS Should Focus on Developing Their Own States, Not Obstruct Penang’s LRT Project
The recent statement from PAS National Committee member Mohd Zuhdi Marsuki, urging the Federal Government to cancel the Penang Light Rail Transit (LRT) project, is disappointing.
(https://harakahdaily.net/2025/06/naik-taraf-jrtb-lebih-berbaloi-dari-lrt-pulau-pinang/)
Just yesterday, Transport Minister YB Anthony Loke announced that physical construction of the Penang LRT will begin within the next two months. Additionally, MRT Corp is already conducting recruitment for engineers this weekend, marking real and tangible progress on the ground.
While Penang is taking bold steps forward to improve public transportation and spur economic growth, PAS continues to attempt to derail the state’s development.
It is worth reminding PAS leaders to focus on uplifting their own states instead of obstructing progress elsewhere. In 2023, the GDP per capita in states governed by PAS lags significantly behind:
- Kelantan: RM16,836
- Kedah: RM26,353
- Perlis: RM24,004
- Terengganu: RM31,111
In contrast, Penang recorded a GDP per capita of RM72,586 — more than double that of Terengganu and over four times higher than Kelantan.
We in the Unity Government remains steadfast in our mission to build a better Malaysia. That is why, even in states governed by PAS, the Federal Government continues to push forward relevant development projects.
For example, in Kedah, the Ministry of Transport has allocated funds to launch the “BAS.MY” public bus initiative. It officially began operating in Alor Setar on June 1, with 44 bus stops covering key parts of the city. This initiative provides a more convenient and affordable public transport option for the public, especially benefiting senior citizens, persons with disabilities, and students who are eligible to ride for free.
In addition, the East Coast Rail Link (ECRL) project has reached 82.45% completion as of April, and construction is progressing steadily.
We in the Unity Government have never opposed development projects in PAS-led states. On the contrary, we have strongly supported those projects because the people in those states also deserve the convenience and economic benefits that come with modern transportation infrastructure.
The Penang LRT project is not merely about transportation. It will create thousands of jobs, help retain local talent, spur economic spillovers across multiple sectors, and most importantly, provide a sustainable solution to worsening traffic congestion in our growing state.
Rather than making baseless objections, PAS leaders should turn their attention to the real needs of their own constituents. Let Penang move forward with the infrastructure and progress its people deserve.
-END-