Kenyataan Media Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng
9 Januari 2025
Pulau Tikus merupakan pintu masuk utama yang menghubungkan kawasan barat laut Pulau Pinang dengan George Town serta kawasan timur dan tenggara pulau ini.
Setiap hari, enam jalan utama—Jalan Kelawai, Jalan Utama, Persiaran Gurney, Jalan Mount Erskine, Jalan Gottlieb, dan Jalan Burma—mengalami kesesakan yang teruk. Keadaan ini bukan sahaja membazirkan masa tetapi juga menghalang pertumbuhan ekonomi dan menjejaskan kualiti hidup penduduk.
Projek Pan-Island Link 1 (PIL1) menawarkan penyelesaian efektif kepada masalah ini. Dengan pembinaan laluan baharu bermula dari Jalan Gottlieb melalui enam persimpangan strategik menuju kawasan tenggara, aliran trafik dapat diagihkan dengan lebih baik di seluruh pulau.
Projek ini tidak hanya memberi manfaat kepada Pulau Tikus tetapi turut membantu mengurangkan kesesakan di George Town, Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, sehingga ke Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas.
Cadangan PIL1 oleh Kementerian Ekonomi datang pada masa yang sangat tepat. Jika diluluskan, pelaksanaannya mesti melibatkan penilaian alam sekitar yang menyeluruh serta langkah mitigasi yang sewajarnya. Matlamat utama adalah untuk memastikan impak positif terhadap ekosistem dan masyarakat dioptimumkan, sambil meminimumkan sebarang kesan negatif.
Apa yang menjadikan PIL1 unik adalah potensinya sebagai projek infrastruktur hijau. Lorong khas boleh dibina untuk bas dan penunggang basikal, menjadikan ia sebuah koridor pengangkutan pelbagai mod yang memberi manfaat kepada seluruh penduduk Pulau Pinang.
Dengan penggunaan bas elektrik atau hidrogen, kita dapat mengurangkan pelepasan karbon secara signifikan sambil menyelesaikan masalah kesesakan. Malah, pengurangan masa dalam kesesakan akan terus mengurangkan pelepasan karbon akibat kenderaan yang tidak bergerak.
Bagi memastikan kelestarian jangka panjang, satu model pembiayaan hijau seperti “insentif iklim” untuk pengguna PIL1 boleh dipertimbangkan. Dana ini boleh digunakan untuk menyokong operasi bas mesra alam serta penyelenggaraan lorong khas bas dan basikal. PIL1 boleh menjadi penyelesaian pengangkutan lestari yang menyeluruh.
Kesesakan lalu lintas yang semakin buruk di Pulau Pinang memerlukan tindakan segera dan menyeluruh. PIL1 adalah langkah proaktif ke arah penyelesaian yang mampan.
Pulau Tikus dan Pulau Pinang secara keseluruhannya berhak memiliki infrastruktur yang bukan sahaja menyelesaikan kesesakan lalu lintas tetapi juga memacu transformasi ke arah masa depan yang lebih hijau dan lestari.
TAMAT
PAN-ISLAND LINK 1: A GREEN SOLUTION TO TRAFFIC CONGESTION
Pulau Tikus serves as a vital gateway connecting the northwest of Penang Island to George Town and the eastern and southeastern regions of the island.
Anyone who has traveled through our constituency knows the daily struggle: six major arteries—Jalan Kelawai, Jalan Utama, Persiaran Gurney, Jalan Mount Erskine, Jalan Gottlieb, and Jalan Burma—are paralyzed by congestion virtually every day of the year. This gridlock doesn’t just waste time; it stifles our economy and diminishes our quality of life.
The Pan-Island Link 1 (PIL1) project offers a compelling solution. By creating a new thoroughfare from Jalan Gottlieb through six strategic interchanges to the southeast, we can effectively redistribute traffic flow across the island.
This won’t just benefit Pulau Tikus; it will ease congestion throughout George Town and along Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, extending all the way to the Bayan Lepas Free Industrial Zone.
The Economy Ministry’s consideration of PIL1 comes at a crucial time. If approves, we must ensure its implementation includes thorough environmental assessments and proper mitigation measures. Our goal is to maximize positive ecological and social impacts while minimizing any potential drawbacks.
But what makes PIL1 truly innovative is its potential as a green infrastructure project. We envision dedicated lanes for buses and cyclists, creating a multi-modal transportation corridor that serves all Penangites.
By incorporating electric and hydrogen-powered buses, we can significantly reduce carbon emissions while simultaneously addressing our traffic problems. Consider this: less time spent in traffic means fewer idling vehicles, directly translating to reduced carbon emissions.
To ensure long-term sustainability, implementing a climate fee for PIL1 users can also be considered. This green financing model is an investment in our future, funding both the operation of eco-friendly buses and the maintenance of dedicated cycling and bus lanes. The PIL1 can be a comprehensive sustainable transportation solution.
The worsening traffic congestion on Penang Island requires immediate and decisive action. PIL1 presents a viable solution to this pressing issue as a green infrastructure project.
Pulau Tikus and the wider Penang Island deserve an infrastructure that not only resolves traffic congestion but also paves the way for a greener future.
END
第一泛槟岛大道:有效解决交通拥堵的绿色方案
浮罗池滑是连接槟岛西北部与乔治市及东南部的重要枢纽,经过或行驶于区内的人都应深刻体会到交通堵塞的困境。
这里的六条主要道路——加拉歪路(Jalan Kelawai)、西方路(Jalan Utama)、葛尼湾(Persiaran Gurney)、白云山路(Jalan Mount Erskine)、哥德路(Jalan Gottlieb)和车水路(Jalan Burma),几乎全年都处于拥堵状态。
这种交通瘫痪不仅浪费时间,也限制了本地经济发展,并影响了民众的生活质量。
长期面对这种交通问题,第一泛槟岛大道(PIL1)计划提供了一个可行的解决方案。该项目提议,从哥德路设立六个可直通槟岛东南部的交通道,以有效地分散岛内的交通流量。这不仅能改善浮罗池滑的交通状况,也有助缓解乔治市及林苍佑大道的交通压力,并进一步优化通往峇六拜自由工业区的路况。
经济部早前宣布将第一泛槟岛大道纳入考量范围,而这个好消息来得正是时候。
即便该计划获得批准,我们也必须对其发展过程进行全面的环境评估,并采取适当的缓解措施,以实现最大的生态及社会效益,同时将潜在的负面影响降至最低。
第一泛槟岛大道的过人之处在于该项目作为绿色基础设施项目的潜力。政府计划设立专用车道,优先提供公共巴士和自行车特别车道,为槟城居民打造一个多模式交通走廊。
若能够采用电动和氢能公交系统,我们不仅能为环境保护尽一份力,同时也能解决当前的交通问题。想象一下,倘若公路使用者能减少在交通堵塞中浪费的时间,碳排放量也会随之减少,既省时又环保,一举多得。
此外,政府可以考虑通过这项计划实施“可持续费用”,以推动长期发展。这种绿色融资模式不仅能为环保公交运营提供经济上的支持,同时也可用于维修自行车专用道和公共交通基础设施,让该大道成为一个更全面的可持续交通方案。
槟岛日益恶化的交通问题迫切需要舒缓和改善,而第一泛槟岛大道作为一个绿色基础设施项目,为当前的交通困境提供了可行的解决方案。
浮罗池滑乃至整个槟岛,都值得拥有一个能解决交通堵塞问题,同时也能开创绿色未来的基础设施计划。
-完-