Pampasan RM320 juta perlu dibayar akibat PN batalkan HSR

Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 31.3.2021:

RM320 Juta Adalah Harga Yang Perlu Dibayar PN Akibat Memungkiri Janji Untuk Meneruskan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi KL-Singapura (HSR).

Malaysia mengalami kerugian S$102.8 juta (RM320 juta) dalam bentuk pampasan yang dibayar kepada Singapura kerana membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR). Kerugian RM 320 juta ini adalah harga yang perlu dibayar kerajaan PN akibat melanggar janji untuk meneruskan HSR.

Kerajaan PN ingin membuat perubahan pada jajaran kereta api, yang tidak disetujui oleh Singapura. Pembatalan HSR dan pampasan ini juga menunjukkan Muhyiddin tiada komitmen untuk tender terbuka dan ketelusan.

Menteri Pengangkutan Singapura Ong Ye Kung mengatakan bahawa alasan utama mengapa kedua-dua negara tidak dapat mencapai kesepakatan mengenai projek HSR adalah kerana Malaysia ingin menyingkirkan syarikat aset tender bersama (AssetsCo). Ong menambah bahawa melalui tender antarabangsa yang terbuka dan telus, AssetCo dapat memastikan akauntabiliti kepada kedua-dua negara.

PH tidak mempersoalkan keperluan projek HSR tetapi mempertikaikan harga yang terlalu tinggi dan struktur kos yang dipersetujui oleh Kerajaan BN sebelum ini. Projek HSR tidak berdaya maju dari segi kewangan sekiranya jajaran kereta apinya tidak melalui Singapura. Kerajaan PN telah mengumumkan bahawa projek itu akan diteruskan dalam bentuk yang berbeza dengan berakhir di Johor Baru, bukan di Singapura.

Ini tidak dapat dilaksanakan kerana menimbulkan persoalan mengenai kesinambungan kewangan projek dan juga mengehadkan kesan ekonomi positifnya kepada negara, jika HSR tidak berakhir di Singapura. Tidak dinafikan bahawa negeri Johor akan menjadi pihak yang paling rugi dari projek HSR yang dibatalkan.

Pada masa ini, rakyat Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor masih menunggu kemajuan untuk projek alternatif.  Adakah Kerajaan PN masih berminat mentadbir kerajaan demi kepentingan rakyat atau mahu membazirkan sumber dalam perang saudara hanya demi survival politik?

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年3月31日在吉隆坡发表的文告:

国盟违反承诺,取消隆新高铁计划,为此付出3亿2000万令吉的成本。

马来西亚因取消隆新高铁计划(HSR),而需支付1亿280万新币(约3亿2000万令吉)予新加坡,作为赔偿。这3亿2000万令吉,是国盟政府违反承诺,取消隆新高铁计划而付出的成本。

国盟政府要修改高铁路线,但新加坡不同意。再者,取消隆新高铁计划和做出赔偿,凸显了慕尤丁缺乏遵照公开招标和透明度行事的决心。

新加坡交通部长王乙康指出,马新两国在隆新高铁计划合作破局的主因,乃是马来西亚要求打消成立资产管理公司(AssetsCo)的决定。王乙康表示通过公开透明的国际招标,资产管理公司将会对两国负责。

希盟并没有质疑隆新高铁计划,而是质疑其高昂价格和前朝政府国阵所同意的成本结构。如果隆新高铁计划的铁路不穿过新加坡,那么此计划在财政上并不可行。国盟政府已宣布或将以另一种形式来进行这项计划,即把终点站设在新山,而不是新加坡。

新建议并不可行,因为隆新高铁计划的终点站若不是设在新加坡内,将引发人们质疑计划的财政可持续性,及限制了其对国家经济的正面影响。而柔佛无疑将是取消隆新高铁计划的最大输家。

目前,雪兰莪、森美兰、马六甲和柔佛州的人民仍在等待替代计划的进展。国盟政府是否还有兴趣为人民服务,或者是为了政治生存而不惜参与一场自相残杀的内战?

林冠英


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 31.3.2021:

RM320 Million The Cost Of PN Breaking Its Promise To Continue The KL-Singapore High Speed Rail (HSR) Project.

Malaysia suffered a loss of S$102.8 million (RM320 million) in the form of compensation paid to Singapore for aborting the Kuala Lumpur-Singapore High-Speed Rail(HSR) project. This RM 320 million loss is the cost of the PN government breaking its public promise to continue with the HSR.

The PN government had wanted to make changes to the rail line, which was not agreed to by Singapore. Further, the termination of HSR and compensation highlights Muhyiddin’s lack of commitment towards open tender and transparency.

Singapore’s Transport Minister Ong Ye Kung said that the main reason why both countries could not reach an agreement on the HSR project was because Malaysia wanted to do away with the jointly-tendered asset company (AssetsCo). Ong added that through an open and transparent international tender, the AssetCo would have ensured accountability to both countries.

PH had not questioned the rationale for the HSR project but disputed the exorbitant pricing and the cost structure agreed to by the previous BN government. The HSR project is not financially viable if its rail line does not pass through Singapore. The PN government had announced instead that the project would continue in a different form by stopping in Johor Baru, not in Singapore.

This is not feasible as it raises questions about project’s financial sustainability as well as limiting its positive economic impact to the country, if the HSR does not stop in Singapore. There is no doubt that Johor will be the greatest loser from the cancelled HSR project.

At the moment the people of Selangor, Negeri Sembilan, Melaka and Johor are still waiting for progress on the alternative project. Is the PN government still interested in running a government for the people’s benefit or engaging in a fratricidal civil war for political survival?

LIM GUAN ENG

Scroll to Top