PAC sah wang bayaran balik GST yang gagal dikembalikan diguna bagi tujuan lain

SIARAN MEDIA
MENTERI KEWANGAN MALAYSIA

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Mengesahkan Undang-Undang GST Telah Dilanggar & Wang Bayaran Balik GST yang Gagal Dikembalikan kepada Para Pembayar Cukai Telah Digunakan Untuk Tujuan Lain

Pada awal bulan Ogos 2018 apabila saya buat pertama kalinya memberitahu Dewan Rakyat bahawa terdapat tunggakan bayaran balik GST sebanyak RM19.4 bilion setakat 31 Mei 2018, ramai para pembayar cukai terperanjat bahawa Akaun Amanah Bayaran Balik GST hanya mengandungi RM150 juta untuk melunaskan segala tunggakan bayaran balik GST. Tunggakan bayaran balik GST yang berjumlah RM19.4 bilion ini melibatkan 121,429 syarikat yang antaranya adalah kumpulan korporat terbesar di Malaysia seperti Petronas, Shell dan Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Apabila GST diperkenalkan pada bulan April 2015, semua pembayar cukai telah dimaklumkan dan mempercayai bahawa Akta dan Peraturan GST jelas memperuntukkan mekanisme bayaran balik GST. Menurut mekanisme tersebut, segala kutipan GST akan dimasukkan terus ke dalam Tabung Bayaran Balik GST supaya bayaran balik dapat dilakukan oleh Kerajaan dalam masa 14 hari selepas Penyata GST (GST-03) difailkan secara elektronik (Carta 1).

Carta 1: Prosedur bayaran balik GST mengikut Akta GST 2014, di mana semua kutipan GST dimasukkan ke dalam Tabung Bayaran Balik GST terlebih dahulu agar hasil kutipan tidak disalahgunakan untuk tujuan lain.

Malangnya, kutipan GST tidak dimasukkan terus ke dalam Tabung Bayaran Balik GST, dan ini menyebabkan bayaran balik tersebut hanya dilakukan lebih daripada setahun kemudian. Sememangnya, wang bayaran balik GST yang dimasukkan terus ke dalam Akaun Hasil Disatukan telah digunakan untuk tujuan lain oleh kerajaan terdahulu. Kelewatan pembayaran balik GST ini telah mengakibatkan para pembayar cukai mengalami kesulitan kewangan.

PAC dalam laporannya telah mengesahkan bahawa terdapat beberapa ketidakpatuhan dalam bayaran balik GST:

i) Adalah amat jelas, Akta GST telah dilanggar seperti yang dimaklumkan oleh Peguam Negara kepada pihak PAC. Akta GST memerlukan kutipan GST dimasukkan ke dalam Akaun Bayaran Balik GST bagi membolehkan bayaran balik GST dibuat dalam masa 14 hari bekerja. Akan tetapi, ini telah gagal dilakukan seperti yang diperuntukkan oleh Akta GST. Sebaliknya, kutipan GST telah dimasukkan terus ke dalam Akaun Hasil Disatukan. Peguam Negara menyatakan amalan ini menyalahi prinsip asas undang-undang amanah dan keperluan perakaunan amanah, serta tidak selaras dengan peruntukan Seksyen 54(2) dan Seksyen 54(5) Akta GST 2014 (Carta 2).

Carta 2: Prosedur yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu yang melanggari undang-undang di mana kutipan GST dimasukkan terus ke dalam Akaun Hasil Disatukan dan tidak disalurkan ke dalam Tabung Bayaran Balik GST

ii) Kutipan GST milik pembayar cukai yang dimasukkan terus ke dalam Akaun Hasil Disatukan telah digunakan oleh Kerajaan terdahulu untuk tujuan lain, dan seterusnya mengakibatkan kelewatan dalam membayar balik bayaran balik GST. Hanya sebahagian daripada kutipan GST (kira-kira 35% daripada jumlah kutipan GST) telah dipindahkan ke Tabung Bayaran Balik GST.

Rumusan laporan PAC menunjukkan bahawa Kerajaan terdahulu telah menggunakan kutipan GST untuk tujuan lain, dan seterusnya menyebabkan kekurangan dana sebanyak RM19.25 bilion. Ini kerana Tabung Bayaran Balik GST setakat 31 Mei 2018 hanya mempunyai RM150 juta. Seperti yang dinyatakan oleh Jabatan Akauntan Negara dalam laporan PAC, RM19.4 bilion yang sepatutnya digunakan untuk membuat pembayaran balik GST telah dibelanjakan untuk membiayai perbelanjaan mengurus dan pembangunan, sedangkan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia mengakui bahawa RM19.4 bilion masih lagi tidak dibayar akibat dana yang tidak mencukupi dalam Tabung Bayaran Balik GST.

Dalam hal ini, PAC telah mengesyorkan dua langkah berkaitan:

i) Pentadbiran Kerajaan perlu memastikan pematuhan penuh undang-undang negara khasnya dalam pelaksanaan tatacara kewangan supaya sistem pentadbiran kewangan lebih teratur dan berakauntabiliti.

ii) Pegawai-pegawai Kerajaan yang telah diamanahkan perlu sentiasa menasihati pentadbiran Kerajaan tentang undang-undang, prosedur dan maklumat perangkaan tanpa perlu ada rasa gentar atau pilih kasih (without fear or favour), terutamanya dalam mengamalkan perancangan aliran tunai dan disiplin kewangan yang lebih berakauntabiliti.

Kementerian Kewangan akan menghormati kedua-dua syor utama PAC ini bagi memastikan segala pelanggaran undang-undang dan ketidakpatuhan peraturan kewangan mengenai wang bayaran balik GST oleh kerajaan terdahulu tidak akan berulang lagi.

Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
16 Julai 2019


马来西亚财政部长发表文告

公账会确认前政府触犯 GST 法令,因为 GST 退款没有退还给纳税人反而挪作其它用途

我于 2018 年 8 月初在国会首度提呈揭示截至 2018 年 5 月 31 日尚有 194 亿令吉 GST 退款尚未退还,当时大马纳税者皆为政府 GST 退税基金只剩下 1 亿 5000 万令吉作为退税款项感到震惊。这 194 亿令吉退税款项牵涉了 12 万 1429 家公司,当中包括了著名大集团如国油、蚬壳石油公司、国能。

当 GST 在 2015 年 4 月推行的时候,所有纳税者对 GST 法令及条文保障下的 GST 退款机制有信心。根据 GST 退款机制,所有的 GST 收款将直接存入在 GST 退款基金内,一旦 GST 退款电子收据(GST-03)建档,就必须在 14 天内,将 GST 退款退回给纳税人。 (详见图一)

图 一: 2014 年GST 法令下的 GST 退款程序,所有 GST 收款将存入 GST 退款基金,以避免 GST 收款被挪作其它目的。

很不幸的,GST 收款并没有存入 GST 退款基金内,导致 GST 退款耽误了超过一年。相反地,GST 收款被前朝政府挪作他用。消费税退款的耽误导致纳税人出现严重财务状况。

公账会报告确认 GST 退款上已经违反了数项法规:

i) 总检察长针对公账会报告表示这已经触犯 GST 法令。GST 法令要求 GST 收款必须存入 GST 退款基金,以便能在 14 个工作天内有足够资金能退款给纳税者。然而事实上前朝政府却没有依 GST 法令行事,相反的 GST 收款直接存入了统一收入账户。总检察长指出这样的操作已经抵触了基本信托法原则及信托会计要求,没有依据 2014 年 GST 法令第 52(2) 及第 54(5) 条文。 (详见图二)

图 二 : 前朝政府违反 GST 法令所适用的程序,没有将 GST 收款汇入 GST 退款基金内,而是直接存入统一收入账户。

ii) 存放在统一收入账户中的 GST 收款被前朝政府挪用作其他用途,导致没有足够的资金汇入 GST 退款基金内,进而造成 GST 退款支付的重大延误。只有部分 GST 收款(约占 GST 收款的 35%)转入 GST 退款基金内。

公账委员会的报告摘要表明,前朝政府已将 GST 收款用于其他目的,导致 GST 退款基金留下了 192 亿 5000 万令吉的缺口。这也是为什么截至 2018 年 5 月 31 日,基金内只有 1 亿 5000 万令吉而已。 正如国家会计局在公账委员会报告中指出,应该用作GST 退款的 194 亿令吉,被前朝政府挪用作行政与发展开销资金。马来西亚皇家关税 亿令吉,被前朝政府挪用作行政与发展开销资金。马来西亚皇家关税局也承认,由于 局也承认,由于 GST 退款基金内资金不足,导致尚未支付的款项达 194 亿令吉。

公账委员会做出了两项建议:

i) 政府主管部门必须完全依法行事,特别是在财务程序的实施方面,以便财务管理系统更有条理,更负责任。

ii) 负责相关职责的政府官员必须以不徇私、不畏惧的态度提醒主管部门有关法律、程序和统计信息的事项,特别是在与现金流管理和财务纪律上,更要小心翼翼,才能加强问责制。

财政部尊重报告中的两项主要建议,并确保用于 GST 退款的资金,未来不会再被违法地用来应付政府的其他支出。

我爱马来西亚!

林冠英
财政部长
马来西亚财政部
布城
2019 年 7 月 16 日


MEDIA RELEASE
MINISTER OF FINANCE MALAYSIA

The Public Accounts Committee (PAC) confirms the GST law was broken and GST refunds that were not paid out to taxpayers were used for other purposes

In early August 2018 when I first tabled in Parliament that there was RM19.4 Billion worth of GST refunds left unpaid as of 31 May 2018, taxpayers in Malaysia were shocked to find out that the Government had less than RM150 million in its Fund for GST Refunds to facilitate payment for GST refunds. The unpaid refunds worth RM19.4 billion involved 121,429 companies that included among the biggest conglomerates in Malaysia, like Petronas, Shell and Tenaga Nasional Bhd (TNB).

When the GST was introduced in April 2015, all taxpayers had full confidence in the GST refund mechanism as it was well provided in the GST Act and Regulations. According to the mechanism, all GST collections should be made directly into the Fund for GST Refunds to facilitate payment of refunds within 14 working days from the receipt of GST Return (GST-03) filed electronically (Chart 1).

Unfortunately, the GST collections were not deposited directly into the Fund for GST Refunds, and this had caused delays in GST refund payments for more than a year. Instead, the GST collections that were deposited directly in the Consolidated Revenue Account were used for other purposes by the previous government. The delays in GST refunds had caused severe financial complications for the taxpayers.

Chart 1: GST refund procedure according to GST Act 2014, where all GST collections must be deposited into the Fund for GST Refunds first so that GST collections would not be used for other purposes.

The PAC in its report confirms there were several irregularities in the GST refunds:

i) There was a clear breach of the GST Act, as affirmed by the Attorney General in his view to PAC. The GST Act required GST collections to be deposited in the Fund for GST Refunds to facilitate payment for GST refunds within 14 working days. However, this was not done in accordance with the GST Act and instead, the GST collections were deposited directly into Consolidated Revenue Account. The Attorney General has stated that this practice is against the fundamental trust law principles and trust accounting requirements, and is not in line with Section 54(2) and Section 54(5) of the GST Act 2014 (Chart 2).

Chart 2: Procedure applied by the previous government that contravened the GST Act where GST collections were deposited directly into the Consolidated Revenue Account and not channelled into the Fund for GST Funds.

ii) The GST collections deposited directly into the Consolidated Revenue Account were used by the previous Government for other purposes. This resulted in insufficient funds being transferred to the Fund for GST Refunds and caused significant delays in the payment of GST refunds. Only a certain portion of the GST collections (around 35% of GST collections) were transferred to the Fund for GST Refunds.

The summary of the PAC shows that the previous Government had used the GST collections for other purposes, and left a RM19.25 billion shortfall in the Fund for GST Refunds. This was so because as of 31 May 2018, there was only RM150 million in the Fund. As stated by the Accountant General’s Department in the PAC report, the RM19.4 billion that was supposed to finance the relevant GST refunds was used by the previous government to fund its operating and development expenditures. This was despite the Royal Malaysian Customs Department admitting that RM19.4 billion had yet to the paid out due to insufficient fund in the Fund for GST Refunds.

The PAC made two recommendations:

i) The administration must fully comply with the law, especially with regards to the implementation of financial procedures so that the financial administration system is better organised and more accountable.

ii) Government officers entrusted with the relevant responsibilities must always advise the administration in matters pertaining to the law, procedure and statistical information without fear or favour, especially relating to cash flow management and financial discipline in order to achieve greater
accountability.

The Finance Ministry will respect the 2 principal recommendations in the report to ensure that the legal contraventions and financial non-compliance where monies meant for GST refunds were used for other government expenditures will not be repeated in the future.

Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Minister of Finance
Ministry of Finance Malaysia
Putrajaya
16 July 2019


Scroll to Top