Tiada pembentangan tentang Akta 342 ketika mesyuarat Jawatankuasa Khas: Setiausaha Agung DAP Guan Eng

Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP Dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 17.12.2021:

Sebagai ahli Jawatankuasa Khas Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri, kami tidak pernah membincangkan Akta 342 yang bertujuan meningkatkan denda kompaun untuk individu kepada RM100,000 dan syarikat kepada RM1 juta di samping hukuman penjara sehingga 7 tahun. Apa gunanya Jawatankuasa Khas ini jika perkara yang sepatutnya dibincangkan tersebut langsung tidak pernah dibentangkan dalam mesyuarat? Tiada sebarang kertas pembentangan tentang perkara ini di mesyuarat-mesyuarat yang lepas. Ismail sepatutnya menjelaskan kenapa perkara ini tidak dibincangkan dalam Jawatankuasa Khas terlebih dahulu sebelum dibentangkan di Parlimen.

Jelas, penangguhan untuk membahaskan Rang Undang-Undang tersebut ke hari Isnin minggu depan merupakan taktik licik untuk mengelakkan sebarang kesan politik negatif ke atas pilihan raya negeri Sarawak besok. Jika Rang Undang-Undang tersebut diluluskan oleh kerajaan semalam; maka GPS akan berdepan reaksi bantahan daripada pengundi. Selepas hari mengundi besok, kerajaan boleh menyambung semula untuk meluluskan Rang Undang-Undang yang tidak memihak kepada kepentingan rakyat.

Meningkatkan denda kompaun secara drastik sebegini ialah satu tindakan menghukum rakyat dengan amat keras sekali. Kerajaan tidak sepatutnya mengambil pendekatan menghukum untuk menangani pandemik Covid-19, sebaliknya harus melaksanakan langkah-langkah pencegahan yang bersifat rehabilitasi dan mitigasi bagi membendung Covid-19. Pendekatan menghukum rakyat ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan sedang lari dari tanggungjawab atas kegagalan menguruskan Covid-19 dengan kini meletakkan kesalahan di atas bahu rakyat. Ini bukan sahaja salah, malah menonjolkan ketidakcekapan kerajaan. Langkah memastikan pematuhan SOP yang lebih efektif ialah dengan menunjukkan kepimpinan melalui teladan dengan menghentikan dasar tunggang langgang dan u-turn dalam SOP serta menghentikan amalan antara dua darjat dan penyalahgunaan kuasa. 

DAP akan menolak Rang Undang-Undang ini pada hari Isnin agar rakyat tidak dipertanggungjawabkan dengan tidak adil dan dihukum dengan keras disebabkan kegagalan kerajaan.

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年12月17日在吉隆坡发表文告:

作为首相依斯迈沙比里所主持的“2019冠病管理特别委员会”一员,会议上我们从未讨论过342法案,即把个人罚款提高到 10 万令吉而企业组织则提高到 100 万令吉,以及监禁至 7 年一事。我们想问的是,当应该讨论的却不曾被讨论,这个特别委员会还有存在的意义吗?如前几次会议一样,会上根本没有提呈任何报告。按理,依斯迈应该解释为什么法案在提交国会之前,没有在特别委员会中先审议。

显然的,将法案辩论推迟到星期一是经过精心计算的,用以避免对明天的砂拉越州选产生任何负面的政治影响。如果政府昨天通过有关法案,那么砂拉越政党联盟可能会受到一定程度的选民反弹。然而,明天一旦投完票,政府就可以继续通过损害人民利益的法案了。

把罚金提升到天文数字,无疑是对人民的严厉惩处。政府在应对新冠疫情时委实不应采取报复性措施,而是应当采用预防性恢复和缓解措施来遏制新冠疫情。显然的,这种惩罚性的方法已经表明,政府正将责任推卸给人民,以逃避其对冠病管理不善的责任。这种做法是错误的,也是无能的。停止政策以及防疫标准作业程序的朝令夕改;结束双重的执法和滥用职权,并且好好的展示领导风范,比起严刑峻法,它更能让人遵守SOP。

民主行动党将于星期一反对这项法案,以免不公平地让人民承担责任,并因政府的失败而受到严厉惩罚。

林冠英


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 17.12.2021:

As a member of the Special Committee of COVID-19 management chaired by Prime Minister Ismail Sabri, Act 342 which intends to increase penalties for individual to RM100,000 and corporates to RM1 million as well as imprisonment to 7 years was never discussed. What then is the point of having this Special Committee when what should be discussed was never brought up? No paper was ever presented as indicated during previous meetings. By right, Ismail should explain why this was not deliberated first in the Special Committee before being tabled in Parliament.

Clearly the deferment of debating the proposed Bill to Monday is cunningly calculated to avoid any negative political impact on the Sarawak state election tomorrow. If the Bill was passed by the government yesterday; then GPS may suffer some degree of voter backlash. Once the votes are cast tomorrow the government can then proceed with passing the Bill that is detrimental to the interests of the rakyat.

By increasing the penalties astronomically this is harshly punitive on the rakyat. The government should not be retributive in dealing with the COVID-19 pandemic but should adopt preventive rehabilitative and mitigation measures to contain COVID-19. Clearly this punitive approach shows that the government is running away from its responsibility for mismanaging COVID-19 by shifting the blame on the people. This is both wrong and incompetent. Showing leadership by example stopping policy flip-flops and SOPs U-turns, as well as ending double-standards and abuses of power are more effective to ensure SOP compliance.

DAP will oppose this Bill on Monday so that the people will not unfairly shoulder the blame and be harshly penalised for the government’s failure.

LIM GUAN ENG

Scroll to Top
Scroll to Top