Niat jahat kaitkan kerajaan negeri & DAP dengan individu ditahan sebab kegiatan dadah: ADUN Lai Heng

KENYATAAN MEDIA OLEH SETIAUSAHA POLITIK KEPADA YAB KETUA MENTERI MERANGKAP AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KOMTAR, YB TEH LAI HENG DI KOMTAR, GEORGE TOWN PADA 10 FEBRUARI 2020:

NAFI SEKERAS-KERASNYA BARISAN KEPIMPINAN KERAJAAN NEGERI DAN DAP TERLIBAT DENGAN INDIVIDU DITAHAN BERKAIT KEGIATAN DADAH

Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tanpa asas kononnya barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai kaitan dengan salah seorang daripada lapan individu yang dihadapkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 30 Januari 2020 di atas kesalahan kegiatan dadah.

Berhubung dakwaan yang dipaparkan di dalam laman sosial sebagaimana di bawah:

Ketua Menteri hadir pada majlis pelancaran ibu pejabat syarikat berkaitan pada 14 September 2019 adalah sebagai jemputan daripada pihak syarikat yang berjaya menghasilkan produk eko berasaskan sisa (sekam kelapa) demi perlindungan ekologi ke arah kelestarian alam sekitar selaras dengan prinsip Kerajaan Negeri ke arah sebuah negeri ‘Hijau’.

Sebagai tambahan, individu yang dinamakan juga hanya menguasai kepentingan terbesar dalam syarikat swasta tersebut mulai 1 November 2019, iaitu kira-kira satu setengah bulan selepas majlis dihadiri Ketua Menteri bersama-sama dua pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagaimana dinyatakan. Malah, pada 1 November 2019 juga, individu berkenaan dilantik sebagai Pengarah syarikat yang tersenarai dalam BURSA KLSE.

Justeru, tindakan mengaitkan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri dan DAP dengan kegiatan individu berkenaan adalah berniat jahat sama sekali, dan ia adalah fitnah yang berniat buruk.

TEH LAI HENG

Kenyataan media di laman rasmi Facebook Ketua Menteri, Sdr Chow Kon Yeow:

KENYATAAN MEDIA OLEH SETIAUSAHA POLITIK KEPADA YAB KETUA MENTERI MERANGKAP AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KOMTAR, YB TEH LAI…

Posted by Chow Kon Yeow 曹觀友 on Monday, 10 February 2020

槟州首席部长政治秘书兼光大区州议员郑来兴于2020年2月10日,在乔治市光大发表文告:

槟州政府与行动党领导层极力否认与被捕毒枭有关

针对8名男子于2020年1月30日在危险毒品法令下被控上法庭而其中一个人被指与槟州政府领导层有关的事宜,我在此对这项不合理的指控做出强烈谴责。

有关在社交媒体上发布的指控如下:
行动党是否参与毒品密谋活动 – 拿督凯鲁丁
相关链接:https://cin-ca.blogspot.com/2020/02/adakah-dap-sekongkol-dengan-dadah.html

槟州首席部长之所以在2019年9月14日应邀请出席有关总公司的活动,是因为该公司成功生产废物转换生态产品(椰子壳),符合了槟州政府的“绿色”倡议,保护生态免受可持续性侵害。

此外,被点名者也只不过是从2019年11月1日开始,持有该公司最大股份,也就是首席部长和州政府领导层出席该项推介礼的大约一个半月以后。实际上,此人也是在2019年11月1日才被任命为BURSA KLSE上市公司的董事。

因此,将槟州政府领导及行动党与这项个人行为扯在一起的举动是不怀好意,也是恶意的诽谤。

郑来兴

在郑同志官方面子书的更新:

槟州首席部长政治秘书兼光大区州议员郑来兴2020年2月10日,在乔治市光大发表文告槟州政府与行动党领导层极力否认与被捕毒枭有关针对8名男子于2020年1月30日在危险毒品法令下被控上法庭而其中一个人被指与槟州政府领导层有关的事宜,…

Posted by Teh Lai Heng 郑来兴 on Monday, 10 February 2020
Scroll to Top
Scroll to Top