Kad permainan EcoweCo. dari PGC beri kesedaran mesra alam sekitar

Kenyataan media oleh YB Phee Boon Poh, Exco Alam Sekitar dan Kebajikan Pulau Pinang merangkap Naib Pengerusi Penang Green Council pada 2 Mac 2021:

EcoweCo. : Kad Permainan Alam Sekitar Pertama dari PGC Untuk Anda, Rakan-Rakan
dan Seisi Keluarga

EcoweCo. adalah sebuah kad permainan interaktif yang direka bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kaedah dan alternatif mesra alam sekitar dengan cara yang lebih menyeronokkan. Kad permainan ini akan berfungsi untuk mendidik dan mendorong teknik pemikiran yang berbeza dalam pendidikan alam sekitar di kalangan generasi muda. Bukan itu sahaja, kad ini juga turut membantu pemain meningkatkan kefahaman mereka tentang konsep alam sekitar sambil bermain.

Nama EcoweCo. direka selari dengan objektif kad permainan ini. “weCo.” bermaksud we Collaborate, Cooperate, Contribute and Coexist. Keempat-empat elemen ini adalah prinsip utama yang penting untuk menangani isu alam sekitar dan krisis iklim. Malaysia kaya dengan kepelbagaian kumpulan etnik dan masyarakat berbilang bangsa yang tinggal di bawah satu bumbung yang sama secara harmoni. Kita memikul tanggungjawab yang penting untuk menerapkan semangat kebersamaan dan kepentingan bersatu padu kepada generasi muda tanpa mengira perbezaan di antara kita. Ciri tambahan lain pada kad permainan ini selain daripada yang telah dinyatakan adalah untuk memberi pendedahan kepada generasi muda tentang kepelbagaian dan keunikan etnik di negara kita.

Terdapat dua jenis kad di dalam setiap kotak kad permainan ini iaitu Reading Cards dan Picture Cards. Picture Cards misalnya mempunyai pelbagai ilustrasi kumpulan etnik di Malaysia seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan Punjabi. Semua ilustrasi ini adalah lukisan tangan daripada Hattori Komako, seorang pelukis dari Jepun yang kini menetap di Malaysia. Sementara itu, Reading Cards pula menyediakan pelbagai fakta menarik berkenaan alam sekitar kepada para pemain.

Pendidikan harus diwujudkan dalam semua bentuk – termasuklah melalui permainan. Ia tidak sewajarnya terbatas pada cara tradisional seperti yang kita sedia maklum. Kad permainan ini akan memberi peluang kepada semua peringkat umur untuk mengambil bahagian dan mempelajari sesuatu yang baru dalam masa yang sama. Oleh itu, pemain adalah digalakkan untuk bermain bersama keluarga dan rakan-rakan bagi meluangkan masa dengan berkualiti bersama.

Orang awam yang berminat untuk mendapatkan kad permainan ini boleh berbuat demikian melalui e-store PGC dengan harga RM30.00 sahaja.


槟州环境与福利委员会兼槟城绿色机构副主席彭文宝于 2021 年 3 月 2 日发布文告:

EcoweCo. : 槟州绿色机构推出首个适合亲子的互动环保桌游卡

EcoweCo.是一款具互动性的环保桌游卡,旨在通过有趣的玩乐方式来宣导有关生活中的环保方法与常识。这款环保桌游卡扮演着教育年轻一代与提倡多元思维的角色。此外,它也能够帮助灌输并加强玩家们对于环境的概念,并通过游戏来更深入了解环境课题。

顾名思义, EcoweCo.环保桌游卡名称中的 Eco 代表了环保教育,而“weCo.”则代表着人类和环境之间的协作,合作,贡献和共存(we Collaborate, Cooperate, Contribute and Coexist.),这是解决环境和气候危机中最重要的四个主要原则。这款桌游卡的另一个特色便是卡片上的多元种族代表人物,因为马来西亚是个多元种族的国家,不同种族同居一屋檐下也能够和谐共处,而我们的责任就是培育下一代的团结精神,提倡团结的重要性。

每套桌游卡包含两种片卡,即“文字卡”和“图像卡”。 “图像卡”上绘有马来人、华人、印度人、卡达山人、伊班人以及旁遮普人等一些民族的插图,由居马的日本插画家手 Hattori Komako 亲自手绘,而“文字卡”则提供玩家们有关环境的一些有趣知识,让玩家从中做出配对。

教育的形式无限,游戏也可以是教育的一种,因此我们不该以传统的模式来限定教育方法。这款环保桌游卡将会提供亲子们互动与学习的好机会,所以建议大家和亲友一同玩乐,共度闲暇好时光。

想要拥有这一套环保桌游卡的人,今天起可到槟州绿色机构的网店购买,一套只售RM30.00 而已哦!


Press statement by YB Phee Boon Poh, Penang State EXCO Member for Environment and Welfare cum Vice-Chairman of Penang Green Council on 2nd March 2021:

EcoweCo. : First Environmental Card Game by PGC For Your Family

EcoweCo. is an interactive card game aimed to spread awareness of eco-friendly methods and alternatives in a fun way. These card games will serve to educate and encourage divergent thinking in environmental education among the younger generations. Not only that, the card games can also assist players to expand their environmental concept and forms a deeper understanding as they play.

The EcoweCo. name was created to signify the objective of this card game. The “weCo.” is actually stands for we Collaborate, Cooperate, Contribute and Coexist. These are the four main principles that are vital in tackling issues within the environment and climate crisis. Malaysia is rich with various ethnic groups and multiracial society living under the same roof harmoniously. The responsibility to instill the spirit of togetherness and importance of unity to the younger generations despite the differences that we had lies in our hand. The added feature of the card games other than mentioned is to get them to know about the various ethnic groups in our country.

There are two types of cards in each set of the card game box which are the Reading Cards and Snapping Cards. For instance, the Snapping Cards are illustrated with some parts of the ethnic groups like Malay, Chinese, Indian, Kadazan, Iban as well as Punjabi and it is all hand-drawn by a Japanese illustrator who is residing in Malaysia, Hattori Komako. Reading Cards on the other hand will have some interesting facts about the environment provided for players.

Education should be in all forms – including games. It should not be limited to only traditional ways like we used to. These card games will allow everyone to participate and learn something new at the same time. Therefore, it is recommended to play this card game with your family and friends for some quality time.

Those who are interested to get your hands on these fun cards can do so via our PGC online store for RM30 per box.

To access e-store:

Video on how to play EcoweCo:

Scroll to Top
Scroll to Top