Ucapan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng Menyokong Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (2023-2025) Atau RMK 12 Dalam Dewan Rakyat Pada 13 September 2023.
Naikkan gaji minima bulanan ke RM2,000 dan kurangkan cukai korporat kepada 20% menjelang 2030.
Saya bangun untuk menyokong usul kajian separuh penggal RMK 12(2023-2025) yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri yang mengutamakan kestabilan ekonomi demi mencapai pertumbuhan mampan yang memajukan negara dan memakmurkan rakyat. Penekanan diberikan kepada menaikkan siling dalam memperkukuh kemampanan menerusi peningkatan daya saing dan menerima pakai ESG(Environmental Social And Corporate Governance) dan lantai demi pembangunan inklusif serta melancarkan industri “High Growth High Value atau HGHV“ ke arah negara berpendapatan tinggi.
Usaha ini harus disokong oleh semua bukan sahaja untuk melepaskan diri daripada perangkap pendapatan sederhana atau middle-income trap tetapi untuk mengangkat golongan B40 dengan menghapuskan kemiskinan tegar dan memartabatkan golongan M40 dengan menaikkan upah bulanan median daripada RM2,600 pada Mac 2023 kepada RM4510 menjelang 2030. Cabaran yang dihadapi selepas kerajaan lepas membazirkan perbelanjaan fiskal dan bukan fiskal sebanyak RM530 bilion tanpa menstabilkan ekonomi amat rumit.
• Indeks Kerumitan Ekonomi (yang dikaitkan dengan tahap pembangunan dan pertumbuhan negara) menunjukkan bahawa Malaysia tidak bergerak dari tahun 2014 hingga 2020, manakala Korea Selatan dan Singapura terus maju ke hadapan. Negara seperti Filipina dan Thailand juga sedang meningkat pesat.
• Produktiviti buruh di Malaysia dahulunya melebihi Filipina dan Vietnam dalam tempoh 1985-1990, tetapi telah jatuh di bawah mereka dan Thailand pada tempoh 2015-2018.
• Indeks Inovasi Global juga menunjukkan Malaysia mencatatkan markah yang lebih rendah pada 2022 (38.7) daripada 2013 (46.9).
• Pekerjaan dibawah kelayakan yang sebenar (underemployment) berkaitan kemahiran terus meningkat sebanyak 6.9% setiap tahun dari 2017 hingga 2022.
• Dari segi pelaburan langsung asing, negara jiran kita Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam telah mengatasi Malaysia pada tahun 2021.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan Malaysia adalah termasuk pergantungan yang berpanjangan kepada pekerja berkemahiran rendah, prestasi inovasi yang rendah, ketidakpadanan kemahiran buruh dan kekurangan bakat. Sungguhpun Malaysia memiliki sumber semulajadi yang kaya hanya dengan memaksimumkan sumber manusia barulah kita boleh menjaminkan pembangunan lestari. Kekalkan pekerja asing yang mahir jangan hanya angkat pekerja asing yang tidak mahir langsung.
Saya ingin mencadangkan lantai dinaikkan untuk mencapai upah median bulanan sebanyak RM4,510 dengan menaikkan gaji minima kepada RM2,000 pada 2030, menaikkan siling dengan memotong cukai korporat kepada 20% dan untuk industri kecil dan sederhana kenakan keuntungan bercukai pertama sebanyak RM1 juta pada tahap 15% sahaja, membersihkan proses pengambilan pekerja asing agar menjadi telus menerusi on-line, levi pelbagai peringkat tanpa had tenaga kerja dengan levi yang lebih tinggi untuk bilangan pekerja asing yang melebihi 100 orang.
Kerajaan harus menggalakkan industri yang menggunakan konsep circular economy yang bukan sahaja tidak membazirkan sumber mentah dalam pengeluaran produk tetapi juga jaga alam sekitar. Industri yang mengamalkan konsep circular economy harus diberikan tambahan insentif cukai serta potongan cukai korporat 5% lebih rendah daripada biasa iaitu sekiranya cukai korporat ialah 20% maka mereka hanya dikenakan 15% sahaja.
Di samping itu HGHV harus ditambah High Growth High Value High Innovation(HGHVHI) demi menggalakkan penguasaan teknologi baru, khususnya digital, dan juga memupuk semangat keusahawanan. Kejayaan negara maju bukan berdasarkan penguasaan teknologi sahaja tetapi juga kerana mereka adalah “entrepreneurial state”. Tak guna anda mengeluarkan barangan yang paling baik sekiranya anda tidak pandai memasarkannya.
Di sini saya ingin bertanyakan apakah perlindungan alam sekitar untuk pemprosesan nadir bumi sekiranya eksport nadir bumi mentah tidak dibenarkan. Adakah segala kawalan alam sekitar dapat menjaminkan keselamatan alam sekitar khususnya sumber air mentah? Malah perlombongan nadir bumi untuk dieksport sahaja telah mencemarkan alam sekitar sehingga ikan berhampiran didapati mati apatah lagi bila pemprosesan nadir bumi menimbulkan kesan yang lebih mudarat lagi.
Sekiranya pemprosesan nadir bumi yang dianggap lebih toksid, mencabar dan mudarat daripada tenaga nuklear adakah Kerajaan mempunyai rancangan baru untuk menerima tenaga nuklear? Saya harap perundingan dan perbincangan yang teliti boleh diadakan dengan semua pihak dan pemegang taruh dalam perkara penting yang melibatkan keselamatan negara dan kesihatan rakyat.
Saya hendak merujuk Kajian Separuh Penggal RMK12 dalam konteks Pulau Pinang. Sebagai Ahli Parlimen Bagan saya memang mengalu-alukan 2 projek yang lama ditunggu oleh rakyat Pulau Pinang iaitu menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan LRT Pulau Pinang. Saya ingin memohon agar feri yang boleh mengangkut kereta dipulihkan semula agar feri ikonik ini boleh kembali bukan kerana perasaan nostalgia tetapi kerana ia adalah warisan negara yang tidak boleh diganti dengan wang. Malah YAB Perdana Menteri juga rindu kat feri yang boleh membawa kereta.
Saya juga ingin memohon agar Kerajaan mempertimbangkan Zon Kewangan Khas di Pulau Pinang sama seperti dengan apa yang diumumkan di Johor Bahru Kalau boleh satu untuk Selatan dan satu untuk kawasan utara. Memandangkan Pulau Pinang kini mempunyai critical mass dengan asas industri pembuatan yang matang, ini akan memacu pembangunan dan merancakkan pertumbuhan sektor perkhidmatan bukan sahaja di wilayah utara tetapi untuk seluruh negara. Dengan cukai 15% dan juga visa “multtple entry” ia akan menarik pekerja berpakaran tinggi dan juga menyekat aliran keluar rakyat Malaysia yang berbakat tinggi.
Terdapat juga kekurangan ketelitian yang jelas untuk mewujudkan ekosistem yang mampan untuk memupuk inovasi terutamanya dalam mata pelajaran Sains Teknologi Engineering dan Matematik(STEM). Contohnya Penang Skills Development Centre (PSDC) akan menjadi penanda aras bagi program pembesaran TVET, namun kerajaan tidak seharusnya berpuas hati dengan itu, sebaliknya harus membangunkan PSDC menjadi sebuah institusi pengajian tinggi berasaskan penyelidikan dan industri yang mantap yang akan melatih inovator, jurutera dan juruteknik untuk negara.
Pernah dilapurkan Pulau Pinang memberikan sumbangan cukai negeri kepada hasil persekutuan adalah kira-kira RM10 bilion setahun.[1] Sebanyak 436 projek bernilai RM22.17 bilion telah diluluskan bagi negeri Kelantan[2] dan 511 projek dengan kos RM29.5 bilion telah diluluskan di Pahang.[3] Kita harus membantu semua negeri, dan Kerajaan Persekutuan juga sepatutnya memberi perhatian dan sokongan kepada pembangunan di Pulau Pinang memandangkan negeri ini adalah penyumbang eksport terbesar negara.[4] Terdapat tiga lagi projek penting yang harus disokong di bawah RMK-12:
• Pembinaan lebuhraya Pan Island Link 1 sebagai laluan utama alternatif untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang.
• Memeteraikan perjanjian penjualan air Sungai Perak kepada Pulau Pinang dengan negeri Perak demi menjaminkan permintaan dan keperluan air menjelang 2030.
• Pembinaan bangunan bertingkat tempat letak kereta yang baharu di Hospital Pulau Pinang dan Klinik Kesihatan Jalan Perak. Kapasiti tempat letak kereta yang sedia ada di dua tempat ini adalah sangat berkurangan.
Satu Tahun Untuk Menyempurnakan Pemisahan Kuasa Di Antara Peguam Negara Dan Pendakwa Raya.
Akhirnya saya memohon Peguam Negara yang baru boleh menjelaskan dengan lebih lanjut dan menyeluruh tentang kemelut berkaitan dengan keputusan bersabit kes-kes berprofil tinggi kerana masih tidak memuaskan hati masyarakat sivil, termasuk Majlis Peguam Negara. Saya juga harap bahawa kerajaan boleh menetapkan tempoh setahun untuk menyempurnakan pemisahan kuasa di antara Pendakwa Raya dengan Peguam Negara. Sungguhpun dua jawatankuasa khusus telah ditubuhkan untuk tujuan ini, tempoh setahun akan menyakinkan orangramai bahawa niat dan semangat reformasi masih membara-bara lagi.
Saya juga ingin melahirkan penghargaan kepada semua ahli Kabinet yang menjalankan tugas dengan baik dalam suasana mencabar dengan permainan sentimen perkauman dan ekstremisme oleh pihak tertentu. Kepada semua ahli parlimen kerajaan perpaduan `Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali‘.
Lim Guan Eng
Ahli Parlimen Bagan
峇眼国会议员林冠英于2023年9月13日在国会发表演说,支持第十二大马计划(2023-2025年)或RMK 12中期检讨动议。
在2030 年时将每月最低薪金提高至 2000令吉,并将企业税降低至 20%。
我支持首相提出的第12大马计划(2023-2025)中期检讨建议,有关建议优先考虑经济稳定,实现可持续增长,以促进国家进步和人民繁荣。其重点是通过提高竞争力和采用ESG(环境社会和公司治理)来提升并加强可持续发展的上限,以及包容性发展的下限,并推出“高增长高价值或HGHV”产业,向高收入国家迈进。
这项努力应该得到所有人的支持,因为这不仅是为了摆脱中等收入的陷阱,同时也能消除赤贫,协助B40 群体往上迁移,并且,通过将每月薪金的中位数从 2023 年 3 月的 2600 令吉提高到2030年的 4510 令吉,以此来维护M40 群体的尊严。前任政府浪费了5300亿令吉的财政和非财政支出,却没有办法稳定住经济,其所带来的挑战是非常复杂的。
•经济复杂性指数(与一个国家的发展和增长水平相关)显示,马来西亚在2014年至2020年期间陷入停滞,而韩国和新加坡则继续前进。菲律宾与泰国等国家的数字也在上升。
•马来西亚的劳动生产率曾在1985年至1990年期间超过菲律宾和越南,但在2015年至2018年期间低于它们和泰国。
•全球创新指数还显示,马来西亚在 2022 年的得分(38.7)低于 2013 年(46.9)。
• 2017 年至 2022 年,与技能相关的就业不足每年持续增加 6.9%。
•在外国直接投资方面,我们的邻国印尼、菲律宾、泰国和越南已在2021年超越马来西亚。
影响马来西亚经济增长的因素包括长期依赖低技能工人、创新绩效低下、劳动力技能不匹配和人才短缺。虽然马来西亚拥有丰富的天然资源,但只有最大程度地发挥人力资源才能保证可持续发展。我们必须留住熟练的外国工友,而不是仅仅雇用非熟练的外国工人。
我建议,在2030年将最低薪金提高至2000令吉,以便将每月中位数薪金的下限提高到4510令吉,同时将企业税削减至20%的上限,对中小型企业征收第一应税税利润为100万令吉,税率为15%,并通过在线使雇用外劳的流程变得透明、多层次征税,无劳工限制,对外劳人数超过100人征收更高的税。
政府应该鼓励采用循环经济理念的行业,不仅在产品生产中不浪费原材料,而且保护环境。对践行循环经济理念的行业,应给予额外的税收优惠,并比平常降低5%的企业税扣除,即企业税为20%时,只需征收15%。
此外,HGHV还应增加高增长高价值高创新(HGHVHI),以促进新技术尤其是数字技术的掌握,并培养企业家精神。发达国家的成功不仅基于对技术的掌握,而且还因为它们是“创业型国家”。如果不知道如何营销,那么生产出最好的产品是没有用的。
这里我想问一下,如果不允许稀土原料出口的话,稀土加工的环保是为了什么?所有环境控制措施能否保证环境特别是生水的安全?事实上,仅仅为了出口而开采稀土就已经污染了环境,甚至导致附近的鱼类死亡,更不用说稀土加工造成的有害影响更大了。
如果稀土加工被认为比核能更具毒性、挑战性和危害性,那么政府是否有接受核能的新计划?希望就涉及国家安全和人民健康的重大问题与各方和利益攸关方认真协商讨论。
我想谈谈槟城的第12大马计划。作为峇眼区国会议员,我非常欢迎槟城人民期待已久的两个项目,即升级槟城国际机场和打造槟城轻快铁。另外,我想请求恢复载车渡轮,让这艘标志性的渡轮能够回归,不是单单因为怀旧,而是因为它是金钱无法替代的国家遗产。事实上,首相也怀念那一艘可以运载汽车的渡轮。
我还想恳请政府考虑在槟城设立一个类似于新山宣布的金融特区,如果可能的话,一个在南,一个在北。由于槟城现在拥有成熟的制造业基础,这将推动北马地区乃至整个国家的服务业快速发展。 15%的税务和“多次入境”签证将吸引高技术工人,并缓解高素质马来西亚人才的外流。
建立可持续的生态系统来促进创新,事缘目前明显缺乏严谨性,特别是在科学技术工程和数学(STEM)学科方面。举例来说,槟州技术发展中心(PSDC)将成为职业技术教育与培训(TVET)扩展计划的基准,但政府不应满足于此,相反,它应该将PSDC发展成为一个强大的高等教育研究中心,为业界产出国家的创新人员、工程师和技术人员。
曾有报道指出,槟州对联邦税务收入的贡献每年约100亿令吉。 迄今吉兰丹州共获批了436个工程项目,价值221.7亿令吉;彭亨州已批准511个项目,价值295亿令吉。 我们应该帮助所有州属,联邦政府也应该关注和支持槟城的发展,因为槟州是国家最大的出口贡献者。 第12大马计划应支持三个更重要的项目:
•建设泛岛一号公路作为替代主要路线,以减少槟城的交通拥堵。
•与霹雳州签署向槟城出售霹雳河水的协议,以保证 2030 年的用水需求。
•在槟城医院和大路后诊所建造新的多层停车场大楼。这两个地方现有的停车位太少了。
一年完成总检察长和检察官之间的分权。
最后,我恳请新任总检察长能够进一步全面地解释有关最近备受瞩目的诸多案件所带来的混乱,因为这仍然不能令包括大马律师公会在内的市民社会满意。我也希望政府能设定一年的期限,完善检控官和总检察长的分权。尽管为此成立了两个专门委员会,但一年的时间足以让公众相信,改革的意图和精神仍在燃烧。
在某些政党大肆玩弄种族情绪和极端主义之际,内阁成员依然能够在这充满挑战的环境中出色地履行职责,我要向他们表示赞赏。致团结政府的所有议员,请谨记“做好事,别做坏事”。
林冠英
峇眼国会议员