MySejahtera diminta jelaskan kenapa ramai belum diberi temu janji untuk suntik vaksin: EXCO Chong Eng

KENYATAAN MEDIA YB CHONG ENG, EXCO PEMBANGUNAN SOSIAL DAN HAL EHWAL BUKAN ISLAM NEGERI PULAU PINANG (2/8/21):

MYSEJAHTERA DIMINTA MENJELASKAN KENAPA RAMAI YANG BELUM DIJADUALKAN UNTUK PENYUNTIKAN VAKSIN WALAUPUN MEREKA TELAH DAFTAR DI BULAN FEB DAN MAC

Ahli EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Chong Eng telah menerima sebanyak 4,120 maklum balas daripada penduduk Pulau Pinang yang telah berdaftar dalam sistem MySejahtera bagi mendapatkan vaksin sejak bulan Februari sehingga Mac dalam jangka masa 48 jam dari 2 petang pada 30 Julai sehingga 12 tengahari pada 1 Ogos.

Namun, sehingga kini mereka masih belum menerima tarikh bagi suntikan vaksin setakat hari ini. Hampir kesemua rakyat Pulau Pinang yang telah berdaftar tertanya-tanya kenapa perlu mereka tunggu sekian lama untuk mendapatkan tarikh bagi suntikan vaksin.

Pada masa yang sama, mereka persoal bagaimana kawan/kenalan mereka yang telah berdaftar dalam sistem MySejatera dengan lebih lewat telah diberi suntikan vaksin. Adakah suntikan vaksin ini dijadualkan berdasarkan had umur seseorang ataupun berdasarkan tarikh pendaftaran? Ini merupakan tanda soal yang tertanya-tanya oleh mereka kepada Jabatan yang mengendali sistem MySejahtera dan Kementerian Kesihatan.

Chong Eng, Ahli Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga menyatakan berdasarkan statistik yang dikumpul, hanya empat responden yang berusia 60 tahun ke atas didapati menghantarkan maklum balas. Ini berkemungkinan menunjukkan keutamaan suntikan vaksin hanya diberi kepada golongan yang berumur 60 ke atas.

Statistik yang dikumpul menunjukkan di kalangan 4,120 responden, seramai 107 orang yang  berumur antara  50-60, 2,613 orang berumur antara 30-49 dan 1,396 orang berumur 18-29.

Seramai 2,010 responden berasal dari Daerah Sebarang Perai Tengah, 1,392 dari Daerah Timur Laut, 499 dari Daerah Barat Daya, 142 dari Daerah Seberang Perai Utara dan 77 dari Daerah Seberang Perai Selatan menghantar maklumbalas mereka.

Chong Eng juga menyatakan bahawa keadaan ini boleh dikatakan sebagai suatu fenomena yang melibatkan semua negeri dan bagi negara. Oleh kerana sistem MySejahtera ini dikendalikan di bawah kerajaan pusat, beliau berharap menteri yang berkenaan boleh memberi perhatian terhadap keadaan tersebut. Jika terdapat sebarang perkara yang perlu diperbaiki, maka lakukannya dengan kadar segera.

Chong Eng juga memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah menghantar suatu kertas cadangan kepada Kementerian Kesihatan agar peniaga – peniaga di pasar basah diberi keutamaan suntikan vaksin apabila kluster penjaja dilaporkan di Pasar Bukit Mertajam, golongan ini juga merupakan golongan yang berisiko tinggi kerana mereka berurusan dengan orang ramai. Difahamkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sedang berbincang cadangan tersebut dan besar kemungkinan cadangan tersebut diluluskan.


槟州行政议员兼巴当拉浪区州议员
行动党妇女组全国主席章瑛发表文告(2/8/2021):

章瑛: 2-3月注册仍未被安排接种,48小时4千人回应。请MySejahtera解释。

民主行动党巴当拉浪区州议员章瑛今日发表文稿表示,她的服务中心从7月30日二点至8月1日中午12点,约48小时之内,共收集了4千120个反应。投诉他们在今年2月和3月就已经向MySejahtera 登记接种疫苗,但是迄今未被安排日期与时间接种。

她说这些人都有同样的疑问,为何他们需等那么久。更让他们不能理解的是,有他们认识的人,比他们较后登记,但已获得接种,所以他们都想向 MySejahtera和卫生部要个答案。到底接种疫苗是如何安排的;是先登记先接种,还是根据年龄的安排?

亦是槟州行政议员的章瑛指出,收集所获的资料中只有4个60岁以上的回应,这可能说明绝大部分60岁及以上者都在优先安排下获得接种。

资料显示,50-60岁的登记者有107人,30-49岁者有2613人,及18-29岁者有1396人。其中来自威中县最多, 共2010人,东北县有1392人,西南县499人,威北县142人,威南县77人。

章瑛指出,数据反应出,早登记,还未被安排接种日期是全州的现象,也可能是全国的现象。而负责登记与安排的是 MySejahtera,由中央疫苗接种计划掌管,所以希望有关部长立刻给予关注。若有系统差误,应立刻加以纠正,毕竟人命关天。

此外,章瑛也透露,槟州政府在大山脚市区巴刹爆发新冠病毒传染时,已经建议卫生部优先为所有巴刹小贩接种疫苗,毕竟他们也算是在经济前线,每天接触多人,感传风险较高。据知国家疫苗接种计划已经讨论这个建议及极可能给于批准。


PRESS STATEMENT BY YB CHONG ENG STATE EXECUTIVE COUNCILOR FOR SOCIAL DEVELOPMENT & NON-ISLAMIC RELIGIOUS AFFAIRS (2/8/21):

MYSEJAHTERA URGED TO EXPLAIN 4,000 EARLY BIRDS HAVE YET TO RECEIVE VACCINE APPOINTMENTS DESPITE SIGNING UP IN FEB AND MARCH

In 48 hours from 2pm on 30 July to 12pm on 1 Aug, Padang Lalang state assemblyman Chong Eng’s service centre collected 4,120 replies in a survey that they have not received vaccine appointments despite signing up in February and March.

The common question these people have in mind is why do they have to wait for such a long time. They can’t understand why some of their friends who have registered later than them, have been vaccinated.

They are asking MySejahtera and the Ministry of Health how is the appointment arranged and whether the appointment is given according to age or date of registration.

Chong Eng, who is also an executive councillor, said based on the data collected, only four are 60-year- old. This may be due to the fact that those 60-year-old and above have been prioritised for vaccination.

The data collected also showed that 107 of 4,120 respondents are aged between 50 and 60, 2,613 of them are aged between 30 and 49 while 1,396 are aged between 18 and 29.

Of the 4,120 respondents, 2010 of them are from Central Seberang Perai district, 1,392 from Northeast Penang, 499 from Southwest district, 142 from North Seberang Perai and 77 from South Seberang Perai.

Based on the statistics, Chong Eng said it could be a common phenomenon throughout the entire state and the country that many have signed up early but do not receive vaccine appointment until today.

As the MySejahtera system is rolled out by the Federal Government, she urged the minister and the government to look into the matter and rectify the errors within.

She also revealed that a proposal has been submitted to the Ministry of Health by the state government for hawkers in wet market to be prioritised in inoculation when the Covid-19 cluster was detected at the Bukit Mertajam wet market earlier. The hawkers are considered high risk group as they are dealing with large number of shoppers.

It is learned that the National Covid-19 Immunisation Programme is discussing the proposal and likely to approve it.

Scroll to Top
Scroll to Top