Skim Perlindungan Kesihatan Nasional (mySalam) yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Harapan mendapat penerimaan positif golongan B40.
Ketua Komunikasi Korporat, Bahagian Komunikasi dan Strategi Korporat Kementerian Kewangan, Zakiah Hanum Kassim dipetik Bernama sebagai berkata, sejak ia dilancarkan Januari lepas, kerajaan telah menerima permohonan daripada 2,474 penerima skim melibatkan pembayaran berjumlah RM349,600 bagi tempoh Mac hingga awal Jun.
Menurut beliau, pembayaran itu melibatkan dua jenis pembayaran iaitu bagi faedah hospital dan yang mengalami penyakit kritikal.
Bayaran berkenaan meliputi RM248,000 kepada 737 penerima yang mengalami penyakit kritikal dan RM101,600 lagi dibayar kepada 1,737 penerima bagi pembayaran faedah hospital.
Berita penuh pada Roketkini: