Dalam menggalakkan aktiviti riadah melalui sukan sepak takraw, Ahli Parlimen Jelutong, Sdr R.S.N Rayer membiayai RM27,800 bagi menaik taraf gelanggang sepak takraw di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Sungai dekat Sungai Pinang di sini baru-baru ini.
Sdr Rayer dalam ucapannya memberitahu bahawa naik taraf yang dibiayai sepenuhnya oleh beliau itu mampu menggalakkan penyertaan anak muda dalam aktiviti-aktiviti sihat.
“Projek ini secara tidak langsung mampu menyumbang aktiviti sihat buat belia dan menghindarkan mereka dari terlibat aktiviti sosial yang tidak sihat.
“Dari situ kita mampu lahirkan generasi muda yang berguna kepada negeri khususnya Pulau Pinang, mungkin juga dari sini kita dapat cungkil bakat-bakat muda dalam sukan sepak takraw ini sendiri,” ujarnya sejurus merasmikan projek naik taraf gelanggang tersebut baru-baru ini.
Berita penuh pada Buletin Mutiara: