MP Jelutong Rayer lapor polis gesa Najib disiasat pecat AG, TPM pada Julai 2015

Pemimpin-pemimpin DAP Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Najib Razak kerana beliau memudaratkan demokrasi parlimen.

Pada bulan Julai 2015, Najib sebagai perdana menteri telah memecat peguam negara Tan Sri Ghani Patail, timbalan perdana menteri Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin, dan membuat rombakan-rombakan mendadak dengan memecat dan menukar beberapa pengawai-pengawai kanan Polis Diraja Malaysia.

Yang hadir pada pagi ini adalah Sdr RSN Rayer, Sdr Teh Lai Heng, Sdri Lim Siew Khim, Sdr Ong Ah Teong, Sdr Gerald Mak dan Sdr Nicholas Theng.

Kemas kini pada laman Facebook DAP Pulau Pinang: https://www.facebook.com/DAPPulauPinang/posts/10158840132209129


Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer hari ini membuat laporan polis terhadap mantan Perdana Menteri, Najib Razak berhubung peristiwa pemecatan timbalan perdana menteri, peguam negara dan rombakan besar-besaran agensi kerajaan pada Julai 2015.

Beliau merujuk kepada pemecatan bekas peguam negara Abdul Gani Patail dan bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin pada Julai 2015 serta rombakan terhadap beberapa agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Audit Negara.

“Saya ada membaca satu artikel oleh Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang yang menggesa polis menjalankan siasatan berhubung tindakan Najib memecat serta merombak pegawai-pegawai kerajaan pada Julai 2015.

“Berikutan gesaan dibuat beliau (Kit Siang), saya terpanggil untuk membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan kerana jika tiada laporan polis, pihak berkuasa (polis) tidak boleh menjalankan siasatan,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Bernama selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di Pulau Pinang.

Kit Siang dalam kenyataan sebelum ini mendakwa Najib merancang apa yang dipanggilnya sebagai peristiwa Hari Hitam dan Minggu Pemecatan Besar-Besaran melibatkan pemecatan Gani, Muhyiddin dan rombakan agensi kerajaan.

Pemimpin veteran DAP itu mendakwa Najib merancang operasi yang menyerang prinsip demokrasi itu sebagai usaha untuk melenyapkan skandal 1MDB. – Roketkini.com

Berita pada Roketkini: https://www.roketkini.com/2019/06/01/mp-jelutong-lapor-polis-gesa-najib-disiasat-pecat-ag-tpm-pada-julai-2015/

Scroll to Top
Scroll to Top