MOU antara Persekutuan & PH jana reformasi institusi & selamatkan nyawa: Setiausaha Agung DAP Guan Eng

Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 14.9.2021:

Memorandum Persefahaman (MOU) Antara Kerajaan Persekutuan dan PH Adalah Untuk Menjana Reformasi Institusi Yang Penting Serta Menyelamatkan Nyawa Dan Mata Pencarian Dengan Pelan Pemulihan Ekonomi RM45 Billion Dan Pelan Reset Covid-19 Negara Yang Baru.

MOU antara Kerajaan Persekutuan dan PH dibentuk untuk menjana reformasi institusi yang penting serta menyelamatkan nyawa dan mata pencarian dengan Pelan Pemulihan Ekonomi RM45 bilion dan Pelan Reset COVID-19 Negara yang baru. Pelan Pemulihan Ekonomi bernilai RM45 bilion juga disertai dengan usaha yang belum pernah terjadi sebelum ini untuk mengecualikan faedah selama 3 bulan dalam tempoh moratorium pinjaman bank bagi 50% penduduk terbawah. Saya telah bercakap dengan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz selepas majlis tandatangan perjanjian di Parlimen untuk mempertimbangkan juga PKS.

Dengan kematian harian kedua tertinggi pada 13.9.2021 sebanyak 413, menjadikan jumlah angka kematian kepada 21,124 yang tragis, terdapat keperluan mendesak untuk pendekatan baru bagi menangani peningkatan kematian dan jangkitan yang kini menghampiri 2 juta kes. Keperluan bagi Pelan Reset COVID-19 Negara diakui dalam MOU yang memperuntukkan usaha vaksinasi dipercepatkan bagi mencapai kekebalan kawanan dan pelaksanaan saringan ujian massa Cari, Uji, Kesan, Kuarantin dan Sokongan ditambah Vaksinasi (FTTIS + V) seperti yang disyorkan  oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta memastikan hospital dan perkhidmatan kesihatan kita dikendalikan sepenuhnya dan diperuntukkan dengan katil, ubat-ubatan, dan kemudahan ICU yang mencukupi bagi merawat pesakit yang sakit.

Hospital kita perlu diberi lebih banyak dana dan sumber untuk meningkatkan kadar survival pesakit COVID-19 di hospital awam yang sama atau hampir dengan tahap di hospital swasta. Hanya setelah langkah-langkah ini diambil, kita dapat beralih daripada dasar pembendungan kepada mitigasi dan hidup bersama COVID-19, untuk membenarkan pembukaan semula ekonomi sepenuhnya. Di sinilah Pelan Pemulihan Ekonomi RM45 bilion disertai dengan “pengecualian faedah” dalam tempoh moratorium pinjaman bank diperlukan untuk memperlahankan penutupan perniagaan terutamanya PKS, dan membantu pekerja yang kehilangan pendapatan atau pekerjaan mereka.

Lindungi Anak Muda dan Masa Depan Anak Muda Negara

Reformasi institusi yang paling penting adalah Undang-undang Anti Lompat Parti untuk menghentikan perdagangan atau jual dan beli Ahli Parlimen bagi kepentingan peribadi. Terdapat juga penurunan umur pengundi kepada 18 tahun dan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963. Reformasi Parlimen yang membolehkan Ahli Parlimen memainkan peranan sebenar dalam pengawasan kerajaan serta semak dan imbang adalah turut penting. Reformasi ini akan membolehkan Parlimen menegaskan kembali ketinggian, kedaulatan dan kesucian Parlimen sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai satu cabang kerajaan yang bebas dan tidak terkongkong daripada campur tangan Eksekutif. Garis masa juga telah ditetapkan dengan jelas bagi pelaksanaannya.

Semoga selain menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat, ini juga dapat membantu melindungi anak muda dan masa depan anak muda negara. Sama ada tujuan murni ini akan tercapai bergantung pada pelaksanaannya yang akan dipantau oleh Jawatankuasa Pemandu dengan perwakilan yang sekata melibatkan 5 Menteri daripada kerajaan dan 5 daripada pembangkang. Walaupun MOU telah disepakati, bahagian yang lebih sukar adalah pelaksanaannya. Perjalanannya masih jauh dan keraguan terhadap keikhlasan kerajaan boleh difahami.

Walau bagaimanapun, perlu ada moratorium terhadap permainan angka politik, perdagangan politik serta jual beli Ahli Parlimen seperti lembu yang memberi keuntungan kepada ahli politik yang tidak jujur ​​yang mengejar kuasa dan kedudukan dengan mengorbankan krisis sebenar negara iaitu COVID-19 dan kemelesetan ekonomi. DAP menyedari bahawa menandatangani MOU dalam iklim politik semasa bukanlah paling sesuai, lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan lawan politik yang tidak mempunyai sejarah dan komitmen terhadap reformasi politik.

Namun, PH dan DAP bersedia untuk memaksa mereka bagi melaksanakan reformasi ini dan pada masa yang sama mengikuti rancangan kami untuk menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat dengan memanfaatkan ketakutan mereka terhadap kehilangan kuasa melalui satu lagi rampasan kuasa dalaman daripada kerajaan mereka yang sudah berpecah belah. Inilah sebabnya mengapa PH dan DAP enggan menerima jawatan dan kedudukan dengan menyertai kerajaan, memilih untuk tetap menjadi pembangkang bagi memainkan bukan sahaja peranan kita sebagai semak dan imbang, tetapi juga menawarkan alternatif yang sebenar kepada rakyat tentang sebuah kerajaan rakyat yang dibimbing  oleh prinsip, cita-cita dan idea.

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年9月14日在吉隆坡发表文告:

联邦政府与希盟共同签署的谅解备忘录旨在进行重大制度改革,以及通过450亿令吉的经济复苏计划和新的国家冠病重置计划来挽救生命和生计。

联邦政府与希盟共同签署的谅解备忘录旨在进行重大制度改革,以及通过450亿令吉的经济复苏计划和新的国家冠病重置计划来挽救生命和生计。这项450亿令吉的经济复苏计划所做的努力,可说是前所未有,为我国至少50%人口提供银行暂缓还贷免息三个月。在参加了于国会大厦举行的签署仪式后,我与财政部长东姑扎夫鲁会面,希望他也能考虑中小型企业的需要。

我国在2021年9月13日新增413宗死亡病例,是疫情以来第二高纪录,累计死亡病例2万1124宗。我国迫切需要一种新方式来应对不断增加的死亡和即将破200万宗的感染病例。我们需要执行备忘录中制定的国家冠病重置计划,加速疫苗接种率以达到群体免疫,并按照世界卫生组织所建议的,实施大规模的侦查、筛检、追踪、隔离、支持加疫苗接种 (FTTIS+V),并确保我国医院和卫生服务配备足够的加护病房床位、药品和设施来照顾病患。

医院应该获得更多资金和资源,以提高公立医院内冠病患者的生存率,使生存率达到或接近私立医院的水平。只有在采取这些措施之后,我们才能从遏制冠病政策转向缓解和与冠病共存政策,使经济可全面重新开放。这正是为何450亿令吉的经济复苏计划附有银行暂缓还贷免息的措施,以减缓企业,尤其是中小型企业结业的速度,并帮助失去收入或工作的员工。

保护年轻人和他们的未来

最重大的制度改革是提呈反跳槽法,以阻止国会议员为了私人利益而进行的讨价还价或买卖交易。此外,投票年龄将降至18岁,并实施1963年马来西亚协议。国会改革将让国会议员们可发挥其监督和制衡政府的应有作用。这些改革也促使国会可重申其在联邦宪法中的至高地位、主权和神圣性,独立且不受行政干预。备忘录中明确列明实施这些改革的时间表。

希望在挽救生命和生计之余,这也将有助于保护我国年轻人和他们的未来。这些崇高目标能否被实现,乃取决于其执行方式,并由政府和在野党各5名代表所组成的指导委员会负责进行监督。虽然双方已就备忘录达成共识,但执行才是最难的部分。我们还有很长的路要走,而人们对于政府诚意的质疑是可以被理解的。

但是,我国应该要暂停无休止的政治数字游戏、政治交易和收买国会议员的行动。这些行动只有利于追求权力和职位的不诚实政客,从而牺牲了应对新冠疫情和经济衰退这重大国家危机的机会。民主行动党意识到,在当前政治气候下签署这份备忘录并不甚理想,尤其是我们的政治对手并没有政治改革的历史和决心。

然而,希盟和行动党员愿意尝试迫使他们执行这些改革,同时利用他们害怕再因其零散政府会因另一次内部政变而失去权力的心理,要求他们根据我们所制定的计划来挽救生命和生计。这正是希盟和行动党拒绝加入政府和拒绝职位献议的原因。我们选择继续成为在野党,不仅要发挥我们的制衡作用,同时为人民提供一个真正的替代方案,即一个以原则、理想和理念为指导的人民政府。

林冠英


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 14.9.2021:

Memorandum Of Understanding (MOU) Between The Federal Government And PH Is To Engineer Momentous Institutional Reforms As Well As Save Lives And Livelihoods With An RM45 Billion Economic Turnaround Plan and a new National Covid-19 Reset Plan.

The MOU between the Federal government and PH is designed to engineer momentous institutional reforms as well as save lives and livelihoods with an RM45 billion Economic Turnaround Plan and a new National COVID-19 Reset Plan. The RM45 billion Economic Turnaround Plan would also be accompanied by an unprecedented effort to waive interest for 3 months during the bank loan moratorium period for the lowest 50% of the population. I have spoken to Finance Minister Tengku Zafrul Abdul Aziz after the signing ceremony in Parliament House to consider also SMEs.

With the second highest daily death on 13.9.2021 of 413, bringing the total death toll to a tragic 21,124, there is an urgent need for a fresh approach to deal both with the rising deaths and infections which is now approaching 2 million cases. The need for a COVID-19 National Reset Plan is recognised in the  MOU that provides for both accelerated vaccination to achieve herd immunity and implementation of mass test screening of Find, Test, Trace, Isolate and Support plus vaccination (FTTIS+V) as recommended by the World Health Organisation (WHO) as well as ensure our hospitals and health services are fully manned and funded with sufficient ICU beds, medicines, and facilities to care for sick patients.

Our hospitals should be given more funding and resources to improve the survival rates of COVID-19 patients in public hospitals that are equal or near the levels in private hospitals. Only after these measures are taken can we move from a policy of containment to mitigation and living with COVID-19, to allow a full reopening of the economy. This is where the RM45 Economic Turnaround Plan accompanied by an “interest waiver” during the bank loan moratorium period comes in to slow down business closures especially SMEs, and assist workers losing their incomes or jobs

Protect Our Young and The Future Of Our Young

The most significant institutional reform is the Anti-Hopping Law to stop the horse-trading or buying and selling of MPs for personal gain. There is also a reduction of the voting age to 18 and implementation of the 1963 Malaysia Agreement. The parliamentary reforms allowing MPs to play their rightful role of government oversight as well as check and balance is equally crucial. These reforms will allow Parliament to reassert its supremacy, sovereignty and sanctity of Parliament as provided in the Federal Constitution that is independent and free from the interference of the Executive. Timelines have also been clearly spelled out for its implementation.

Hopefully apart from saving lives and livelihoods, this will also help to protect our young and the future of our young. Whether these noble objectives will be achieved in the set hinges on its execution which will be monitored by a steering committee with equal representation involving 5 Ministers from the government and 5 from the opposition. Whilst the MOU has been agreed upon, the tougher part is in its execution. There is still a long way to go and scepticism about the government’s sincerity is understandable.

However, there should be a moratorium on the endless political numbers game, political horse-trading and buying of MPs like cattle that benefits dishonest politicians seeking power and positions at the expense of dealing with the real national crisis of COVID-19 and economic recession. DAP recognises that the MOU signing in the current political climate is not ideal, more so when dealing with a political opponent that has no history and no commitment towards political reforms.

However, PH and DAP is willing to try to force them to carry out these reforms and at the same time follow our plans to save lives and livelihoods by leveraging on their fears of losing power by another internal coup from their fragmented government. This is the reason PH and DAP refuses to accept posts and positions by joining the government, choosing instead to remain in opposition to play not only our role as check and balance, but to also offer a real alternative to the people of a people’s government guided by principles, ideals, ideas.

LIM GUAN ENG

Scroll to Top
Scroll to Top