MoU antara kerajaan negeri dan LPPKN laksana program saringan mamogram percuma

Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang ditandatangani hari ini bakal memberi manfaat kepada golongan wanita Pulau Pinang.

Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin berkata program ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri di bawah Program Penang Sihat.

“Pelaksanaan program ini adalah kesinambungan sejak tahun 2015 dan sehingga tahun 2018, seramai 11,834 orang wanita berumur 34 tahun ke atas telah disaring secara percuma.

“Kali ini, kita (Kerajaan Negeri bersama-sama LPPKN) menyasarkan wanita yang berumur 35 tahun ke atas untuk mendapat saringan mamogram percuma kerana Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM2.66 juta bagi menjayakan program ini,” ucapnya semasa menghadiri majlis menandatangani memorandum berkenaan di Dewan Pavilion Pusat Keluarga LPPKN tengah hari semalam.

Berita penuh pada Buletin Mutiara:

Scroll to Top
Scroll to Top