Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP Dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 14.2.2022:
Apabila Penggubal Undang-undang Menjadi Pelanggar Undang-Undang – Menteri Tidak Layak Untuk Mentadbir Dan Perlu Mengkaji Semula SOP Bagi Memastikan Keadilan Untuk Semua.
Arahan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin supaya Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein, penyandang Menteri Besar Johor Hasni Mohammad dan Presiden MIC S Vigneswaran dikenakan denda kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 menjadikan usaha kerajaan untuk memerangi gelombang baru varian Omicron COVID-19 satu bahan ketawa. Lebih baik Khairy meletakkan jawatan sekiranya beliau tidak dapat meyakinkan rakan-rakan Kabinetnya sendiri untuk mematuhi SOP COVID-19 yang telah dipersetujui oleh Kabinet.
Khairy harus mengelak persepsi amalan dua darjat apabila BN atau PN dibenarkan mengadakan acara seperti itu yang melanggar pematuhan SOP tanpa diganggu berbanding parti pembangkang atau program komersial atau swasta yang lain. SOP harus dikaji semula untuk memastikan keadilan untuk semua. Tidak ada kepimpinan melalui teladan kerana Hishamuddin sendiri adalah pengerusi Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 yang diamanahkan untuk menggesa pematuhan orang ramai dalam mengurus dan mengumumkan SOP COVID-19.
Perdana Menteri Ismail Sabri perlu campur tangan dan menuntut Hishamuddin dan Hasni meletakkan jawatan dalam kerajaan kerana mempamerkan keangkuhan, penghinaan terbuka terhadap undang-undang dan pelanggaran disiplin Kabinet yang melanggar asas utama kepada tadbir urus dan pentadbiran yang baik. Apabila penggubal undang-undang dengan sengaja dan secara sedar menjadi pelanggar undang-undang, Menteri dan Menteri Besar tidak lagi layak untuk mentadbir.
Apa guna Khairy mengenakan hukuman denda RM1,000 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) kepada Hishamuddin atau Hasni sedangkan ia adalah jumlah yang kecil kepada mereka yang mampu membayar denda waima RM100,000 dengan mudah. Itulah sebabnya meningkatkan denda kepada RM10,000 tidak bermakna bagi individu seperti mereka yang tidak mempunyai rasa akauntabiliti awam dan tanggungjawab peribadi kerana mereka merasakan mereka lebih tinggi daripada undang-undang dan semuanya boleh diselesaikan dengan wang.
Penalti sedemikian adalah kosmetik dengan denda sekadar sandiwara atau drama palsu untuk meredakan kemarahan orang ramai. Denda tidak mencukupi, penggubal undang-undang ini perlu meletakkan jawatan kerana sengaja dan dengan sedar menjadi pelanggar undang-undang. Adakah penganjur serta setiap peserta dalam perhimpunan MIC itu juga akan didenda?
LIM GUAN ENG
民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2022年2月14日在吉隆坡发表文告:
当立法者成为了违法者——部长已不适任,我们需要重审防疫标准作业程序,以允许公平竞争的环境。
卫生部长凯里下达指令,指示违反防疫标准作业程序的国防部长希山慕丁、现任柔佛州务大臣哈斯尼以及国大党主席维尼斯瓦兰处以罚款。这样的事情,完全无情地嘲弄了正在力抗冠病变异株Omicron的政府。如果凯里甚至无法说服自己的内阁同事去遵守内阁所认同的防疫标准作业程序,他或许应该下台谢罪。
凯里应避免给人双重标准的印象,即为何国阵或国盟可以被允许举行此类违反防疫标准作业程序的活动,且不受干扰?反之,反对党、商业或私人活动却不能。有关单位应重新审查防疫标准作业程序, 以提供一个公平竞争的环境。希山慕丁担任四方部长级冠病会议主席,本是受托宣布防疫标准作业程序,并敦促公众遵守有关作业程序,但他自己却没有以身作则。
首相依斯迈沙比里应该介入此事,要求希山慕丁和哈斯尼辞去他们的官职,事缘他们在过程中表现出傲慢的态度,公然蔑视法律和违反内阁纪律,这已违反了善政和好政府的本质。当立法者蓄意成为违法者时,这些部长和州务大臣显然已不适任。
凯里根据 1998 年传染病预防和控制法令(第 342 条法令)向希山慕丁或哈斯尼开出 1000 令吉的罚单,其意义何在?对于那些可以轻易支付 10 万令吉罚款的人来说,这笔钱根本微不足道。对那些心中没有公共责任感和个人责任感的人而言,他们觉得自己凌驾于法律之上,一切都可以用钱解决,因此,将罚款提高到 1万 令吉可以说是毫无意义的。
这样的惩处可说是表面的,罚款只是逢场作戏,用以平息众怒。单单处以罚款是不足够的,这些立法者还必须辞职下台,因为他们蓄意成为违法者。另外,国大党聚会的组织者和每一位参与者,也都会被罚款吗?
林冠英
Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 14.2.2022:
When Lawmakers Becomes Lawbreakers – Ministers Not Fit To Govern And Need To Review The SOPs to Allow A Level Playing Field.
Health Minister Khairy Jamaluddin’s directive that Defence Minister Hishammuddin Hussein, incumbent Johor Menteri Besar Hasni Mohammad and MIC president S Vigneswaran be issued a fine for violating Covid-19 standard operating procedures (SOP) makes a complete mockery of the government’s efforts to combat the new wave of COVID-19 variant Omicron. Khairy might as well resign if he can not even convince his own Cabinet colleagues to comply with the COVID-19 SOPs agreed to by Cabinet.
Khairy should avoid the perception of double-standards when BN or PN are allowed to hold such events breaching SOPs compliance undisturbed compared to opposition parties or other commercial or private functions. The SOPs should be reviewed to allow a level-playing field. There is no leadership by example when Hishamuddin is the chair of the Covid-19 Quartet Ministers’ Meeting entrusted to urge public compliance with managing and announcing Covid SOPs.
Prime Minister Ismail Sabri should step in and demand that Hishamuddin and Hasni resign from their government posts for displaying arrogance, open contempt for the law and a breach of Cabinet discipline that violates the very essence of good governance and administration. When lawmakers deliberately and knowingly become lawbreakers, the Ministers and Menteri Besar are not fit to govern.
What is the point of Khairy issuing a RM1,000 fine under the Prevention and Control of Infectious Disease Act 1998 (Act 342) to Hishamuddin or Hasni when it is a mere pittance to those who can easily afford even RM100,000 fines. That is why increasing fines to RM10,000 is meaningless for such individuals who have no sense of public accountability and personal responsibility when they feel that they are above the law and everything can be resolved with money.
Such penalties are cosmetic with fines merely a fake sandiwara or drama to assuage public anger. A fine is not sufficient, these lawmakers must resign for deliberately and knowingly becoming lawbreakers. Further will the organiser as well as each and every participant in the MIC gathering be fined?
LIM GUAN ENG