Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 3.2.2021:
Menteri Yang Bertanggungjawab Terhadap Kesihatan, Pelancongan, Kebajikan, Sumber Manusia dan Ekonomi Harus Letak Jawatan Kerana Gagal Menyelamatkan Pekerjaan Dan Perniagaan, Terutama Industri Pelancongan Yang Parah, Dan Kegagalan Yang Jelas Dalam Menguruskan Krisis Kesihatan Awam COVID-19.
Kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional telah mengecewakan rakyat Malaysia dengan gagal mengumumkan sebarang pakej kewangan yang konkrit dan bermakna untuk menyelamatkan ekonomi berikutan pelanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP) dari 4hb kepada 18hb Februari. Walaupun sambutan Tahun Baru Cina akan disambut sunyi dan sangat terkesan, apa yang lebih penting adalah ketiadaan komitmen secara bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan pekerjaan dan perniagaan.
Menteri yang bertanggungjawab terhadap kesihatan, pelancongan, kebajikam, sumber manusia dan ekonomi harus meletakkan jawatan kerana gagal menyelamatkan pekerjaan dan perniagaan, terutama industri pelancongan yang parah, dan kegagalan yang jelas dalam menguruskan krisis kesihatan awam COVID-19. Pada 2hb Februari 2021, Malaysia mencatatkan 222,628 kes, 47,847 kes aktif dan 791 kematian. Kerajaan PN telah berjaya menjadikan Malaysia menjadi negara COVID-19 ASEAN terburuk dari segi per kapita.
Lonjakan tinggi jangkitan COVID-19 ini adalah bukti jelas terhadap kegagalan kerajaan PN yang tidak dipilih untuk mengurus, mengawal dan membendung wabak global ini. Keengganan PN untuk melaksanakan sepenuhnya 3T tidak dapat dimaafkan, yang melibatkan saringan, pengesanan dan rawatan, termasuk semua kontak rapat pesakit positif COVID-19. Daripada mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan mereka, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mencari kesempatan sepenuhnya untuk menjamin survival politik beliau setelah kehilangan majoriti Parlimen beliau, dengan menggantung Parlimen.
Adakah dengan menggantung Parlimen memberi peluang kepada Muhyiddin untuk memungkiri janjinya sehingga krisis kesihatan COVID-19 berakhir, bagi pelanjutan automatik moratorium pinjaman bank (kecuali Kumpulan 20 Teratas), menaikkan bayaran bantuan bulanan kebajikan masyarakat kepada RM1,000 termasuk kepada penganggur, pengeluaran KWSP sendiri, pelepasan sewa atau subsidi untuk kompleks membeli-belah dan bantuan kewangan langsung kepada kumpulan B40, pekerja dan perniagaan?
PN masih tidak sedar dan tidak melakukan apa-apa untuk mengatasi situasi tenat industri pelancongan kita yang kehilangan pendapatan RM100 bilion yang mengejutkan tahun lalu. Pengurus Red Rock Hotel di Pulau Pinang, Jeffrey Lim telah memegang sepanduk dan melaungkan “tiga ringgit, tiga ringgit”, dengan terdesak bagi menjual nasi lemak hotelnya di tepi jalan. Bernama melaporkan Lim mengatakan, “Kami harus bergantung pada hotel untuk bertahan hidup … tidak ada apa-apa bantuan dari kerajaan untuk industri hotel.” Apakah kerajaan tidak berasa malu?
Ini bukan satu-satunya bukti kerajaan PN dan Menteri Kabinet tidak peduli dan tidak cekap. Malaysia kehilangan pelaburan langsung asing (FDI) pada kadar yang lebih buruk daripada ASEAN dan secara global pada tahun 2020, menurut Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD). FDI sebenar Malaysia tahun lalu turun 68%, berbanding penguncupan purata rantau Asean 31% dan penguncupan purata global 42%.
Pada ketika ramai rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan dan perniagaan bukan kerana kesalahan mereka sendiri, Menteri yang gagal melakukan kerja mereka harus diganti. Sama seperti rakyat Malaysia biasa yang didakwa di mahkamah kerana melanggar SOP untuk PKP, seharusnya tidak ada amalan dua darjat terhadap Menteri dan Timbalan Menteri yang tidak boleh dikecualikan daripada didakwa di mahkamah.
LIM GUAN ENG

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年2月3日在吉隆坡发表的文告:
负责卫生、旅游、福利、人力资源和经济的部长必须为他们未能挽救工作机会和企业,尤其是陷于困境中的旅游业,以及在处理新冠肺炎公共卫生危机时的严重无能而引咎辞职。
国盟联邦政府决定将行动限制令(MCO)延长至2月18日,但却未有宣布任何具体和实质的财务方案来挽救经济,令马来西亚人感到沮丧。农历新年庆典将受到严重影响,但更重要的是,政府并没有做到全力以赴以挽救工作机会和企业。
负责卫生、旅游、福利、人力资源和经济的部长必须为他们未能挽救工作机会和企业,尤其是陷于困境中的旅游业,以及在处理新冠肺炎公共卫生危机时的严重无能而引咎辞职。截至2021年2月2日,我国累计22万2628宗新冠病例,活跃病例为4万7847宗,死亡人数达791人。国盟政府成功使我国成为东盟国中人均感染率最高的国家。
非民选的国盟政府未能管理、控制和检测新冠病毒,使得我国新冠确诊病例激增。国盟拒绝全面实施新冠检测、追踪及治疗(3T),包括拒绝检测所有新冠病患近距接触者的决定,是不可被原谅的。首相丹斯里慕尤丁不但没有为政府的失败承担起全部责任,反之在失去国会多数优势后,充分利用这时机来停摆国会以巩固其政治生存。
国会停摆是否给予了慕尤丁违背承诺的机会,直到新冠卫生危机解除为止?这包括了延长自动暂缓还贷款计划(不包含高层的20%)、将福利局援助金提高到每月1000令吉,并让失业人士亦受惠、公积金提款计划、为购物中心提供租金减免或补贴、以及直接经济援助B40群体、打工族和商户。
国盟仍然处在昏迷状态,且无所作为。我国旅游业去年损失了1000亿令吉,令人震惊,但政府却未能解救旅游业所面对的严峻困境。槟城赤石酒店经理林聪明手持牌子,在街边叫卖“三令吉,三令吉”,以此来销售酒店所准备的椰浆饭。《马新社》报道了林聪美的说词,“我们必须依靠酒店来生存……政府对酒店业的帮助不大。”对于这番言论,政府不觉得惭愧吗?
这并不是国盟政府和部长们冷漠和无能的唯一证据。根据联合国贸发会议(UNCTAD),我国去年的外资萎缩高达68%,比起东盟地区平均31%的跌幅,以及全球平均42%的跌幅,我国的跌幅远差于东盟和全球的跌幅。
当许多马来西亚人无辜的失去工作和生意时,那些未能表现的部长们也应该遭到撤换。正如当普通人因违反行动限制令的标准作业程序而被控上庭时,部长和副部长并不应该获双重标准对待而免于被控。
林冠英