Menteri Pengangkutan patut akur dengan hasrat rakyat Pulau Pinang kekalkan perkhidmatan feri: Senator Lim Hui Ying

KENYATAAN MEDIA YB SENATOR LIM HUI YING, AHLI DEWAN NEGARA PADA 28 DISEMBER 2020:

Wee Ka Siong harus berhenti berdolak-dalih, sebaliknya akur dengan hasrat rakyat Pulau Pinang untuk mengekalkan perkhidmatan feri yang telah menjadi ikon negeri ini.

Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong melalui hantaran Facebook milik beliau semalam, mendakwa saya bersetuju dengan rancangannya untuk menghentikan perkhidmatan feri Pulau Pinang dengan berkata kononnya saya menyokong cadangan menggunakan katamaran untuk menggantikan feri yang sedia ada.

Pendirian saya sepertimana dalam ucapan di Dewan Negara sudah jelas: Kekalkan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang ikonik.

Kita tidak bantah pengenalan perkhidmatan katamaran, namun seperti yang dinyatakan dalam perbahasan saya, Kerajaan Persekutuan harus meneruskan perkhidmatan feri ikonik, walaupun dengan kekerapan yang lebih rendah, sebagai perkhidmatan tambahan kepada perkhidmatan katamaran yang baru.

Saya turut menyeru Kerajaan Persekutuan mengekalkan dua buah feri ikonik, berbanding tiga yang sedang beroperasi sekarang, agar sistem pengangkutan air Pulau Pinang yang unik dan bersejarah ini dapat diteruskan walaupun perkhidmatan katamaran mula beroperasi kelak.

Saya juga telah mendesak Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan perkhidmatan feri ikonik selepas 31 Disember 2020, berbeza dengan rancangan mereka untuk menghentikan semua perkhidmatan feri walaupun katamaran belum memulakan operasi.

Ini bukan kali pertama MCA cuba memecahbelahkan kepimpinan DAP dengan penipuan kononnya hanya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menentang pemberhentian perkhidmatan feri ikonik ini. MCA sebelum ini berbohong bahawa Anthony Loke yang membuat keputusan untuk menghentikan perkhidmatan feri semasa Loke menjadi Menteri Pengangkutan. Pembohongan ini telah disangkal sepenuhnya oleh Loke semalam.

Wee dan MCA harus berhenti berdolak-dalih, sehingga terdesak memutarbelitkan kenyataan kami sebagai hujah untuk menyokong rancangannya menghentikan perkhidmatan feri Pulau Pinang. Sebaliknya Menteri Pengangkutan harus akur dengan seruan dan hasrat rakyat Pulau Pinang untuk mengekalkan perkhidmatan feri ikonik, sepertimana yang telah diputuskan oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang lalu, dan disahkan oleh rakan sekerja beliau, yakni Menteri Kewangan Tengku Zafrul. Tengku Zafrul telah mengesahkan di Parlimen bahawa mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, telah mengenakan syarat secara bertulis kepada Penang Port Sdn. Bhd. untuk meneruskan perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang dengan pemberian geran tunai RM30 juta oleh kerajaan persekutuan ketika itu.

Lim Hui Ying
Senator, Dewan Negara


国会上议员兼槟州民主行动党秘书林慧英于2020年12月28日(星期一)所发布的媒体文告:

魏家祥应停止狡辩,并听从槟州人民的意愿,保留富有历史价值的渡轮服务。

交通部长魏家祥昨天在他官方脸书上企图”利用”我的言论来支持他取消现有槟城渡轮服务的计划,并认为我对于双体船来取代现有渡轮服务计划表示同意。

我的立场,正如我在国会上议院所表明的一样非常清晰: 保留槟州富有历史价值的渡轮服务。

对于双体船的运用,没有任何一方是表示反对的。然而在我的致词中我也清楚说明,联邦政府就算降低服务频密度也必须保留现有的渡轮服务,以辅助全新双体船服务的实行。

虽然现阶段有三艘渡轮正在运行,但我呼吁联邦政府至少保存两艘渡轮,以延续槟城独特的海上公共运输服务。槟州独有的渡轮服务体验就算在双体船实施后也应当给予保留。

为此,我也呼吁联邦政府必须在2020年12月31日后继续让现有渡轮服务运作,而不是按照当局原定的规划,那就是完全停止渡轮服务直至双体船投入运作。

这也不是马华第一次通过谎言试图挑拨行动党领袖的言论,并撒谎的声称反对渡轮服务终止的只有民主行动党秘书长林冠英同志。马华公会也声称终止渡轮服务是时任交通部长陆兆福所作出的决定,但这谎言在昨天已被陆兆福同志以理举证的一一反驳。

魏家祥及马华应该停止狡辩,并不要滥用我们的言论进行自我诠释,来捍卫他们停止槟城渡轮服务的计划。交通部长也应该听从槟城民意,正如希盟联邦政府策划般让现有的渡轮服务得以延续。这也是经由财政部长扎夫鲁在国会证实,原任财政部长林冠英同志清楚列明了为槟城港口私人有限公司(PPSB)提供3千万令吉的拨款其中一个首要条件就是要确保现有的渡轮服务得以保留。

林慧英
国会上议员


Press Statement by YB Senator Lim Hui Ying on 28th December 2020:

Wee Ka Siong should stop being defensive and heed Penangites’ call to retain our iconic ferry service

Yesterday, on his Facebook account, Transport Minister Wee Ka Siong tried to “co-opt” me to support his callous plan to terminate the iconic Penang ferry service by saying that I supported the introduction of catamarans to replace the iconic ferries.

My stance, reflected in my speech in the Senate, is very clear: retain the iconic Penang ferry service.

No one is saying that we object to the catamarans. However, and I made it very clear in my speech, the federal government should continue the iconic ferry service, even if at a slightly lower frequency, to complement the new catamaran service.

While three ferries are currently in use, I have called for the federal government to retain at least two of these iconic ferries so that this historic and unique Penang water transport experience can be continued even after the introduction of the catamarans.

In fact, I have also urged the federal government to continue the current iconic ferry service after 31 December 2020 against its original plan to stop all ferry service until the new catamarans arrived.

This is not the first time that MCA is trying to divide DAP leaders with lies that only our Secretary-General Lim Guan Eng is opposed to terminating the iconic Penang ferry service. MCA had also claimed that Anthony Loke had made the decision to terminate the ferry services when Loke was the Transport Minister. MCA’s lies was comprehensively rebutted by Loke yesterday.

Wee and MCA should stop being defensive, desperately finding ways, including, twisting our words, to justify his callous plan to terminate the iconic Penang ferry service. Instead the Transport Minister should heed the call of Penangites to continue our iconic ferry service, according to the original plan of the Pakatan Harapan federal government, as confirmed by his own colleague, Finance Minister Tengku Zafrul. Tengku Zafrul had confirmed in Parliament that the previous Finance Minister Lim Guan Eng had in writing imposed a condition to Penang Port Sdn Bhd that the iconic Penang Ferry Services be continued in exchange for RM30 million cash grant.

Lim Hui Ying
Senator, Dewan Negara

Scroll to Top