Menteri Abdul Rahman Dahlan, tidak harus buat perangai kebudak-budakan hanya kerana beliau iri hati dengan kejayaan Penang dalam pengurangan hutang.
Dalam soal perjanjian penstrukturan semula air Pusat-Pulau Pinang, Abdul Rahman sengaja tidak sebut 5 perkara penting:
1. Kerajaan negeri BN sebelum ini yang bertanggungjawab untuk hutang-hutang kini. Oleh itu, adalah adil hutang tersebut dikembalikan kepada kerajaan pusat BN.
2. Hutang negeri yang diambil alih oleh kerajaan pusat bukan dibuat secara percuma atau ehsan, tetapi melalui pertukaran aset air PBAPP yang diserahkan kepada pusat.
3. Perjanjian penstrukturan semula air juga dimeterai oleh negeri-negeri lain dan bukan oleh Pulau Pinang sahaja.
4. Perjanjian penstrukturan semula air melibatkan penyerahan hak negeri oleh BN kepada kerajaan pusat sebelum 2008. Pada tahun 2005, Perlembagaan telah dipinda di mana “bekalan air dan perkhidmatan” dialih dari Senarai Negeri ke Senarai Bersama.
5. Penang merupakan satu-satunya negeri yang tidak mempunyai bayaran hutang tertunggak pada tahun 2016. ????????????????????????????????
Sekiranya Abdul Rahman Dahlan mengugut untuk menarik balik perjanjian penstrukturan semula air, adakah beliau bersedia untuk berunding kembali kelima-lima perkara di atas?
Sebarkan! ????????????????????????????????
#BeraniKeranaBenar # ILovePenang #Harapan