Merujuk kepada kenyataan sombong yang dibuat oleh Ahmad Fadhli terhadap Profesor Dr. Mohd Tajuddin Bin Mohd Rasdi dari UCSI, mengenai saranan bahawa “PAS sepatutnya menyediakan kursus mengenai nama keluarga orang Cina kepada ahli-ahlinya,” seolah-olah PAS langsung tidak memahami adat dan budaya bukan Melayu, Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang, Phee Boon Chee, membidas kenyataan tersebut. Beliau menegaskan bahawa jika PAS benar-benar memahami adat dan budaya masyarakat bukan Melayu, maka mengapa parti itu berulang kali membuat kenyataan yang salah dan menyinggung perasaan masyarakat bukan Melayu, khususnya kaum Cina?
Terbaru kenyataan oleh Pengerusi PAS Perak, YB Razman Zakaria, mengenai latar belakang dan nama keluarga Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, sebelumnya, Ahli Parlimen PAS, YB Siti Mastura, yang mengaitkan pemimpin-pemimpin DAP dengan mantan Perdana Menteri Singapura dengan pertalian komunis melalui hubungan “sepupu”. Berdasarkan sejarah PAS yang celupar dan memesongkan fakta, banyak yang telah kalah saman kepada pemimpin-pemimpin DAP.
Phee Boon Chee menegaskan bahawa PAS kini telah menjadi sebuah parti yang tidak bertanggungjawab dalam memelihara hubungan antara kaum. Malah, parti itu tidak lagi bersungguh-sungguh dalam melaksanakan politik matang dan sejahtera, sebaliknya bergantung kepada pembohongan, fitnah, dan kecaman untuk mengekalkan pengaruh politiknya. Beliau menambah, jika PAS benar-benar ikhlas mahu berubah, maka langkah pertama yang boleh diambil adalah dengan memahami asal-usul nama keluarga masyarakat Cina.
Sehubungan dengan itu, DAP Pulau Pinang bersedia mencari dana serta mendapatkan bantuan daripada tokoh budaya terkenal untuk memberikan kursus kepada semua pemimpin dan ahli PAS. Diharapkan dengan usaha ini, segala salah faham serta mitos yang berkaitan dengan budaya nama keluarga masyarakat Cina dapat diselesaikan sekali dan untuk selamanya.