Mengarusperdanakan Kelestarian dari segi Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial ke dalam Perancangan Pembangunan Bersepadu Pulau Pinang untuk Menjadikan Pulau Pinang Negeri Paling Hijau yang DiPacu Oleh Ekonomi Hijau Menjelang 2030

 

Hari Alam Sekitar Sedunia (WED) merupakan satu platform global untuk jangkauan awam bagi menggalakkan kesedaran dan tindakan di seluruh dunia untuk melindungi alam sekitar kita. Ia telah disambut secara meluas di lebih daripada 100 negara pada 5 Jun setiap tahun sejak ia bermula pada tahun 1974. Pada tahun ini, India sebagai tuan rumah dalam usahanya untuk menangani sisa plastik apabila tema WED mengelilingi sekitar – Perangi Pencemaran Plastik (Beat Plastic Pollution). “Sekiranya anda tidak boleh menggunakannya semula, tolakkannya” (“If you can’t reuse it, refuse it”) adalah tindakan utama yang boleh diambil yang datang bersama-sama dengan tema tersebut untuk menangani salah satu cabaran besar alam sekitar pada masa kini dan mengajak semua untuk memikirkan semula pendekatan kita dalam perekaan, penghasilan dan penggunaan produk plastik secara tempatan, nasional dan global demi membendung kadar penggunaan plastik guna sekali yang semakin meningkat.

Meskipun plastik mempunyai banyak kegunaan, kita telah menjadi lebih tergantung kepada plastik guna sekali atau pakai buang yang mendatangkan kesan buruk kepada alam sekitar. Corak kehidupan yang tidak mampan ini menghasilkan sejumlah besar sisa, sebahagian besarnya menyumbang kepada sampah laut, yang telah mencetuskan lautan dan saluran air kita. Ini bukan sekadar masalah penyu laut yang malang mahupun komuniti pesisir pantai yang mesti mengatasi masalah sisa pembungkus yang terdampar di pantai. Masalah ini tidak berlaku di India sahaja. Ini masalah kita semua, di mana-mana saja. Seperti kebanyakan masalah, masalah ini memberi peluang kepada Pulau Pinang untuk memikir semula tentang plastik apabila kita melancarkan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik Percuma” di semua pusat membeli-belah dan pasaraya pada tahun 2009. Pengguna perlu membayar caj 20 sen bagi setiap beg plastik, kutipan caj 20 sen yang dikenakan akan disalurkan untuk pelaksanaan program AES(Agenda Ekonomi Saksama) negeri dalam usaha membasmi kemiskinan di Pulau Pinang. Pengenaan caj beg plastik hanya merupakan langkah kecil untuk meningkatkan kesedaran awam dalam pengurusan sisa buangan yang betul dan mengurangkan sisa plastik. Kita juga telah menyediakan Garis Panduan Penguatkuasaan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Percuma pada tahun 2017.

Dalam perkembangan terbaru mengenai sisa global, negara China sebagai pengimport sisa terbesar di dunia, telah melarang import sisa ke atas 24 kategori sisa pepejal termasuk jenis plastik, kertas dan tekstil tertentu mulai tahun 2018, ia mengakibatkan separuh dunia seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun bergegas mencari tapak pelupusan sampah baru. Larangan tersebut bukan sahaja dapat membersihkan nama China sebagai pencemar utama, malahan menjadi satu titik perubahan untuk mendorong peralihan paradigma dalam cara pengurusan sisa. Minggu yang lepsa, EU telah mengumumkan rancangannya untuk menjadikan semua pembungkus plastik di Eropah kepada bahan boleh dikitar semula menjelang tahun 2030 dan menyingkirkan plastik guna sekali seperti cawan kertas, straw untuk menangani masalah pencemaran.

Saya berharap peristiwa-peristiwa tersebut adalah loceng amaran untuk kerajaan tempatan, penggubal dasar, pelabur, pemain industri dan orang ramai supaya berubah sikap “tidak apa” terhadap masalah sisa kepada sikap prihatin dalam cara menguruskan sisa dengan betul dan fokus pada pembangunan industri kitar semula domestik. Kita sedar masalah kekurangan rawatan sisa dan kemudahan kitar semula semasa pelaksanaan Pengasingan Sisa di Punca. Pada masa ini, kita tidak mempunyai pembeli untuk bahan boleh dikitar semula tertentu seperti kaca, kita tidak mempunyai akses ke kemudahan untuk sisa terjadual tertentu seperti bateri dan tiub lampu terpakai di mana kos pengangkutan adalah berdaya maju dari segi ekonomi. Di bawah ekonomi hijau, ribuan pekerjaaan baru yang bernilai tinggi boleh diwujudkan dalam sektor sisa. Kita harap mengeratkan hubungan dengan Kerajaan Persekutuan untuk membawa Dasar Pengasingan Sisa di Punca di Pulau Pinang dan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dengan meningkatkan pengurusan sisa pepejal, sistem kutipan sampah, kitar semula dan kemudahan rawatan serta kerja pembersihan awam. Hasrat untuk meningkatkan kadar kitar semula tempatan dan nasional hanya akan tercapai apabila sisa baki dan kitar semula dikutip dengan betul dan sisa kitar semula berhenti dibuang ke tapak pelupusan sampah. Kita berharap Kerajaan Persekutuan akan mendalami dasar Pencemar Membayar (Polluters Pay) di seluruh negara dan mewajibkan “pengurusan kitaran hayat produk”(Product Life Cycle) ke atas pengeluar-pengeluar

untuk mengurangkan impak alam sekitar pada peringkat akhir kitaran hayat. Dengan menggabungkan usaha Kerajaan Persekutuan, saya berharap Pulau Pinang dapat menerima pertumbuhan hijau dengan teknologi dan sektor baru.

Pulau Pinang juga akan mengetatkan pendidikan dan penguatkuasaan alam sekitar kita demi menjayakan pelaksanaan Pengasingan Sisa di Punca (WSAS). Satu-satunya cara untuk memastikan Pulau Pinang tidak memerlukan insinerator dalam 60 tahun yang akan datang adalah dengan WSAS yang berjaya dengan mencapai kadar kitar semula sebanyak 40% atau lebih menjelang 2020.

Pelancaran Jambatan Harapan baru-baru ini membawa kita lebih dekat ke arah menjadi negeri yang rendah karbon dan mesra basikal. Jambatan Harapan merupakan satu-satunya jejantas di negara ini yang direka khas dalam bentuk lingkaran bagi keperluan pejalan kaki serta penunggang basikal, dalam kawasan pembinaan yang terhad untuk menyeberangi lebuh raya. Kita jugga telah melengkapkan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang untuk meningkatkan penyambungan melalui pengangkutan karbon rendah; kita juga telah berjaya menyediakan laluan basikal sepanjang 350km (bahagian pulau – 179km, seberang perai – 171km) di negeri ini.

Kita tidak pernah membenarkan pembalakan di hutan simpan kekal dan kita berasa bangga kerana Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri di Malaysia di mana tidak seinci persegi pun disentuh. Dan kita telah menanam lebih daripada 271,000 pokok baru di Pulau Pinang sejak tahun 2008. Kita tidak akan mempertikaikan janji kita untuk melindungi dan memulihara human simpan kekal kita. Kita sedang di dalam proses untuk mewartakan Bukit Bendera sebagai rizab biosfera Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) di bawah Program Manusia dan Biosfera (MAB) UNESCO. Hutan Simpan Ulu Muda adalah kawasan tadahan air terbesar yang paling penting di wilayah utara, membekalkan sebanyak 80% air mentah harian Pulau Pinang, akan digondolkan sepenuhnya dalam masa 12 tahun sekiranya tiada tindakan diambil untuk menghentikan aktiviti pembalakan. Kini, pengundi-pengundi telak meletakkan kerajaan negeri Pulau Pinang, Kedah dan Kerajaan Persekutuan pada sisi pagar politik yang sama, ia membawa harapan baru kepada Ulu MUda untuk mendapat lebih banyak perlindungan.

Manifesto Pakatan Harapan menyatakan bahawa kita menyokong Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDGs). Dengan sokongan dan kerjasama agensi-agensi kerajaan, masyarakat sivil dan rakyat, kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengarusperdanakan visi untuk menjadikan Pulau Pinang negeri yang lebih “Bersih, Hijau, Selamat, Sihat dan Ceria”. Dalam menyahut cabaran berkaitan isu-isu perubahan iklim global dan peralihan paradigma perkembangan lestari, Agenda Hijau Pulau Pinang (PGA) sedang membangunkan satu rangka kerja dan pelan tindakan yang koheren berdasarkan visi yang dikongsi bersama seperti berikut:

* Menjelang tahun 2030, Pulau Pinang bercita-cita untuk menjadi negeri yang paling hijau di Malaysia dipacu oleh ekonomi hijau, tadbir urus inovatif dengan rakan perkongsian 4P – Public (Awam), Private (Swasta), People (Rakyat) dan Profesional serta pembangunan agenda yang berkemampanan.

* Menjelang tahun 2050, Pulau Pinang akan menjadi sebuah negeri berpendapatan tinggi, penyayang, inklusif, rendah karbon dan berdaya tahan yang menekankan integriti rakyatnya dan alam sekitar, termasuk memperkayakan dan memulihkan budayanya yang kaya dan ekosistem semula jadi.

Dalam tempoh 10 tahun yang lepas, oleh sebab kekurangan sokongan daripada Kerajaan Persekutuan, kita tidak berani bermimpi besar mahupun bercita-cita tinggi. Kita berharap perubahan senario politik ini membawa Pulau Pinang ke puncak yang lebih tinggi, bukan saja dari segi pertumbuhan ekonomi, malah menjadi negeri yang paling hijau di Malaysia. Pada tahun bertransformasi ini, kita menggesa kerajaan, industri, komuniti dan individu untuk datang bersama mencari alternatif yang mampan, mengutamakan polisi, tindakan dan penyelesaian demi kemajuan jangka masa panjang untuk alam sekitar, ekonomi dan masyarakat kita. Marilah kita menjadi penjaga bumi yang lebih baik.

Chow Kon Yeow

Scroll to Top
Scroll to Top