Memacu pelan hala tuju ekonomi 5 tahun Pulau Pinang: Ahli Dewan Undangan Negeri Joshua Woo Sze Zeng

Artikel Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng di Pulau Pinang pada 18 Ogos 2023

Memacu pelan hala tuju ekonomi 5 tahun Pulau Pinang

Seusai pilihan raya negeri di Pulau Pinang baru-baru ini menandakan permulaan fasa baharu bagi negeri ini di bawah gabungan Kerajaan Perpaduan – Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

Sepanjang 15 tahun lalu iaitu sejak tahun 2008, Pulau Pinang telah melalui dua fasa penting dalam membawa negeri ini ke arah kecemerlangan: era ‘reformis’ dari 2008 hingga 2018, dan fasa ‘bervisi’ antara 2018 hingga 2023.

Pada awal pentadbiran, antara tahun 2008 hingga 2018, Pulau Pinang telah diterajui oleh bekas Ketua Menteri Lim Guan Eng, yang melaksanakan beberapa pelan strategi pembangunan reformis. Strategi ini berjaya memulihkan ekonomi negeri, khususnya dalam sektor akuakultur, pelancongan dan perindustrian.

Kemudiannya tahun 2018, dengan asas perubahan yang dilakukan kerajaan negeri, Pakatan Harapan kembali menerajui Pulau Pinang dan diterajui oleh Ketua Menteri sekarang Chow Kon Yeow, Visi Penang 2030 telah dipekenalkan iaitu satu dasar pelan hala tuju 12 tahun untuk negeri ini.

Meskipun begitu, negara kita telah dilanda pelbagai krisis iaitu krisis kesihatan, ekonomi dan politik di antara tempoh sepenggal sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 berlangsung, ekonomi Pulau Pinang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan ketidaktentuan politik di peringkat persekutuan. Namun begitu, kepimpinan Pakatan Harapan di bawah Chow telah menunjukkan keupayaannya untuk memulihkan keyakinan dalam kalangan perniagaan dan pelabur. Bagi tahun 2021, negeri ini telah memperoleh pelaburan pembuatan diluluskan yang tertinggi iaitu sebanyak RM76.2 bilion dan mencatatkan pertumbuhan KDNK tertinggi dalam negara pada tahun 2021 dan 2022

Pilihan raya negeri baru-baru ini terus memberikan mandat baharu, Pulau Pinang kini telah memulakan lembaran baharu dalam perjalanan ekonominya. Kestabilan dan penjajaran politik semasa antara kerajaan negeri dan persekutuan akan memudahkan pertumbuhan yang mampan untuk Pulau Pinang.

Inisiatif yang digariskan dalam Manifesto Perpaduan Pulau Pinang 2023, termasuk Meditech City, GBS by the Sea, Pulau Silikon, LRT Pulau Pinang, Kereta Kabel Bukit Bendera, projek tebatan banjir, dan infrastruktur bekalan air, akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan Pulau Pinang dalam tempoh lima tahun akan datang dan seterusnya.

Projek-projek ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori pertumbuhan: ekosistem berorientasikan industri (terdiri daripada Meditech City, GBS by the Sea, dan Pulau Silikon), jaringan infrastruktur (merangkumi LRT dan Kereta Kabel Bukit Bendera), dan kemudahan awam (meliputi tebatan banjir dan utiliti) .

Secara keseluruhannya usaha ini dirancang bagi terus memacu pembangunan di Pulau Pinang, meletakkannya sebagai negeri pengeksport terkemuka, hab inovasi, destinasi pelancongan popular, dan hab menarik untuk tenaga kerja, perniagaan dan pelabur dalam tempoh lima tahun akan datang dan kedepan. Seterusnya, akan menjadikan Pulau Pinang sebagai tempat yang lebih baik untuk perdagangan dan berdaya huni.

Joshua Woo Sze Zeng
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tikus

Article by the State Assemblyman for Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng in Penang, 18 August 2023:

Driving Penang’s 5-year economic roadmap

The conclusion of the recent state elections in Penang marks the initiation of a new phase for the state under the Pakatan Harapan coalition.

Over the past 15 years since the political tsunami of 2008, Penang has undergone two significant periods: the ‘reformist’ era from 2008 to 2018, and the ‘envisioning’ phase spanning 2018 to 2023.

In the initial decade, spanning 2008 to 2018, Penang was led by the former Chief Minister Lim Guan Eng, who implemented a series of reformist development strategies. These strategies successfully rejuvenated the state’s economy, particularly in the aquaculture, tourism, and industrial sectors.

Following the 2018 general elections, building upon the foundation of reform, the Pakatan Harapan state government, led by the current Chief Minister Chow Kon Yeow, introduced the Penang2030 vision – a 12-year policy roadmap for the state.

However, between 2018 and the 15th general elections, Penang’s economy faced disruption due to the Covid-19 pandemic and was affected by federal political instability. Nonetheless, the Pakatan Harapan leadership under Chow demonstrated its ability to restore confidence among businesses and investors. This effort resulted in the country’s highest GDP growth during the post-pandemic years of 2021 and 2022.

With the recent state elections granting a fresh mandate, Penang now embarks on a new chapter in its economic journey. The present political stability and alignment between the state and federal governments will facilitate sustained growth for Penang.

The initiatives outlined in the Penang Unity Manifesto 2023, including Meditech City, GBS by the Sea, Silicon Island, Penang LRT, Penang Hill Cable Car, flood mitigation projects, and water supply infrastructure, will serve as catalysts for Penang’s growth over the next five years and beyond.

These projects fall into three growth clusters: an industry-oriented ecosystem (comprising Meditech City, GBS by the Sea, and Silicon Island), connectivity infrastructure (encompassing LRT and Penang Hill Cable Car), and liveability facilities (covering flood mitigation and utilities).

Collectively, these endeavours are designed to propel Penang’s development trajectory, positioning it as a leading exporting state, an innovation hub, a popular tourist destination, and an appealing hub for talent, businesses, and investors over the coming five years and beyond. In unison, they will transform Penang into a more favourable place for both commerce and residence.

Joshua Woo Sze Zeng
State Assemblyman for Pulau Tikus

浮罗池滑州议员 胡智胜 文告 | 2023年8月18日

槟州未来五年的经济新篇章

随着州选的结束,槟州将在希望联盟州政府的领导下,续写了一个新的篇章。

自2008年政治海啸后的15年里,槟州经历了两个重要的阶段,既2008年至2018年的“改革”时代,以及2018年至2023年的“展望”阶段。

在最初的十年,槟州在前首席部长林冠英的领导下,实施了一系列的改革发展计划。这些策略成功地恢复了州内的经济,特别是在水产养殖、旅游业和工业领域。

在2018年的全国大选之后,槟州的发展走向已有了稳固的改革基础。由现任首长曹观友所领导的希盟州政府推动了“槟城2030愿景”——一个为期十二年的州内发展大蓝图。

然而,在2018年至第十五届全国大选之间,槟州的经济受到了新冠疫情的重创,也受到了不稳定的联邦政府所影响。尽管如此,在首长曹观友的领导下,槟州政府依然有能力让企业和投资者恢复信心。槟州在后疫情时期的2021年和2022年间,就达到了全国最高的国内生产总值(GDP)增长率。

在最近的州选中再次获得人民的委托后,槟州开始了经济发展的新篇章。稳定的政治,以及州政府和联邦政府之间的配合,将为槟州带来更加可持续的发展。

2023年槟州团结竞选宣言中所提出的发展项目,包括医疗科技城(Meditech City)、海滨国际商业服务中心(GBS by the Sea)、矽谷岛(Silicon Island)、槟城轻快铁、升旗山缆车、防洪项目和治水计划,将成为推动槟州未来五年,乃至更长时间的主要发展因素。

这些项目可被分为三个层面:工业发展(包括医疗科技城、海滨国际商业服务中心和矽谷岛)、交通设施(轻快铁和升旗山缆车)以及生活基础设施(防洪和治水计划)。

以上所提出的各种计划及项目,将会是推动槟州发展的关键因素,将其打造成领先的出口州、创新中心、旅游目的地,以及人才、企业和投资者的聚集地。在国、州政府的多管齐下及互相配合之下,槟州将成为一个更宜居、更繁荣的州属。

胡智胜
浮罗池滑州议员

Scroll to Top
Scroll to Top