Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 18.6.2021:
Perdana Menteri Tidak Patut Mencetuskan Krisis Perlembagaan Dengan Mengingkari Titah DiRaja Oleh Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Untuk Mengadakan Sidang Parlimen Secepat Mungkin Melalui Penundaan Dan Pernyataan Kosong “Diambil Maklum”.
Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin tidak patut mencetuskan krisis perlembagaan dengan mengingkari titah DiRaja oleh Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja untuk memanggil Parlimen secepat mungkin, melalui penundaan dan pernyataan kosong “diambil maklum”. Membalas titah diraja melalui Pejabat Perdana Menteri (PMO) adalah sesuatu yang luar biasa, sedangkan adalah wajar bagi Perdana Menteri untuk membalas pernyataan penting itu secara peribadi.
Sama ada Perdana Menteri menunjukkan ketidakpuasannya hanya dia sendiri yang tahu, tetapi kenyataan PMO semalam adalah pernyataan umum panjang yang tidak bermakna dan tidak mempunyai perincian praktikal. PMO tidak menyebut mengenai bagaimana kerajaan akan mengambil tindakan susulan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.
Tambahan pula, tidak jelas bila Parlimen akan dibenarkan untuk bersidang bagi memenuhi syarat yang dititahkan Yang DiPertuan Agong untuk bersidang “secepat mungkin”. Adakah Parlimen akan bersidang tiga atau empat bulan lagi pada bulan September atau Oktober, seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri sebelum titah diraja dan diulang oleh Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan semalam?
Rakyat Malaysia mahu Perdana Menteri menunjukkan kesetiaannya terhadap titah DiRaja dengan segera melaksanakan hasrat Yang DiPertuan Agong agar Parlimen bersidang secepat mungkin. Yang DiPertuan Agong ingin melihat Ahli Parlimen menjalankan peranan mereka yang dipilih untuk membahaskan Pelan Pemulihan Nasional (PPN), bantuan kewangan yang diperlukan untuk mengurangkan penderitaan ekonomi rakyat yang kehilangan pekerjaan, perniagaan dan mata pencarian ekonomi, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan usaha negara memerangi Covid-19.
Perdana Menteri juga perlu melaksanakan hasrat Majlis Raja-Raja bahawa darurat tidak perlu dilanjutkan melebihi tarikh tamat 1 Ogos seperti dijadualkan dan bahawa Putrajaya membenarkan kedua-dua Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bersidang semula. Ketiga-tiga Kerajaan Negeri PH di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan secara terbuka menyatakan kesediaan untuk mematuhi titah DiRaja untuk mengadakan mesyuarat DUN secepat mungkin.
Kerajaan Negeri UMNO juga dijangka akan berbuat sedemikian. Hanya Kerajaan Negeri PAS yang masih bersikap tidak mahu menerima kenyataan dengan berpura-pura bahawa tidak ada apa yang berlaku. Oleh itu, ada risiko jelas berlakunya krisis perlembagaan jika Perdana Menteri dengan degil menolak untuk mematuhi titah DiRaja sama ada melalui taktik penundaan atau hanya berdiam diri dalam bentuk “diambil maklum”.
Parlimen digantung melalui pelaksanaan kuasa darurat yang dikeluarkan atas nama Yang DiPertuan Agong. Sekiranya Yang DiPertuan Agong menghendaki Parlimen bersidang dan Perdana Menteri enggan melakukannya, maka ini mempertikaikan kesahan dan keabsahan pelaksanaan kuasa darurat ini dalam menggantung Parlimen.
Sekiranya Perdana Menteri enggan mematuhi hasrat Yang DiPertuan Agong untuk membatalkan penggantungan Parlimen yang dikeluarkan atas nama Yang DiPertuan Agong, ini adalah serupa dengan Perdana Menteri yang menggunakan nama glamornya Muhyiddin Yassin secara tidak sah dan bukan nama sebenarnya Mahiaddin Md Yasin. Parlimen juga telah mematuhi 3 kriteria untuk dibuka semula di bawah PPN.
Mahiaddin telah mengumumkan bahawa Parlimen dijadualkan dibuka semula hanya jika jumlah kes baharu harian COVID-19 turun di bawah 2,000 dan kadar vaksinasi telah mencapai 40 peratus, katil “mencukupi” di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang tersedia untuk pesakit Covid-19. Setakat ini, tidak ada kes harian COVID-19 yang melibatkan Ahli Parlimen, tidak ada Ahli Parlimen yang menerima rawatan di ICU dan semua Ahli Parlimen telah diberi vaksin sepenuhnya. Mahiaddin tidak mempunyai asas atau alasan untuk tidak membuka semula Parlimen.
LIM GUAN ENG

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年6月18日在吉隆坡发表的文告:
首相马希亚丁不应通过拖延的方式和使用无意义的“收悉”作为回应,颠覆国家元首和马来统治者尽快召开国会的王室御令,从而引发宪政危机。
首相马希亚丁不应通过拖延的方式和使用无意义的“收悉”作为回应,颠覆国家元首和马来统治者尽快召开国会的王室御令,从而引发宪政危机。通过首相办公室来回应王室御令是极不寻常的,因为一般而言,当王室发出重要声明时,首相都会亲自回应。
首相是否透过这样的方式来表达他的不满?唯有他自己才知道。但,昨天的首相办公室所发出的回应是毫无意义的泛泛而谈,里头缺乏实际的细节。 首相办公室并没有提及政府将如何根据联邦宪法和国家法律采取后续行动。
首相办公室的回应当中,也没有就国家元首提出的“尽快”召开国会一事,明确提出何时落实。难道还是一如首相在元首作出王室御令前的说法,国会会在3、4个月后的九月或十月召开?这样的说词,首相署(法律事务)部长达基尤丁也曾在昨天重复了一遍。
马来西亚人都预期首相会表明他对王室的忠诚,立即执行国家元首的王室御令,即尽快召开国会。国家元首希望看见国会议员扮演好民选代表的角色,好好地在国会里辩论国家复苏计划(NRP);给辛苦求存的人民提供的经济援助,因为这些人正失去工作、生意和经济生计;国家免疫计划和国家的抗疫对策。
同样的,首相应落实马来统治者的期望,即紧急状态在8月1日截止后,不应再延长,并且布城必须允许国会和州议会重新召开。槟城、雪兰莪和森美兰的所有三个希盟州政府都已公开宣布准备遵守王室御令,尽快召开州议会。
巫统执政的州属,其州政府预计也会跟随。只有伊斯兰党执政的州政府还在假装什么都没发生,继续把头埋在沙里用鸵鸟心态应对。因此,倘若首相顽固地拒绝遵守王室御令,无论是通过拖延策略,还是以“收悉”回应继续不作为,就有真正的宪政危机的风险。
紧急状态由国家元首的名义来颁布,而国会则在紧急状态下赋予的紧急权力叫停。如今,元首希望召开国会,而首相拒绝执行,那么,行使这项暂停国会的紧急权力之合法性和正当性就会受到质疑。
首相拒绝遵从元首的意愿,撤销以国家元首名义发出的国会暂停令,类似于首相较早前非法使用他的假名慕尤丁,而不是真名马希亚丁一样。除此此外,国会也遵守了国家复苏计划下重新开放的三项标准。
马希亚丁已宣布,只有在每日确诊病例低于 2000宗, 且疫苗接种率达到 40%、加护病房拥有“足够”床位可供冠病患者使用时,国会才会重新开放。如今,国会议员的每日确诊病例为零,没有国会议员在加护病房下接受治疗,且所有国会议员都已完全接种疫苗。马希亚丁没有理由或借口不重新召开国会。
林冠英

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 18.6.2021:
The Prime Minister Should Not Precipitate A Constitutional Crisis By Subverting The Royal Decree From The King And State Rulers To Convene Parliament As Soon As Possible Through Delays And Meaningless Professions Of “Taken Note”.
Prime Minister Mahiaddin Md Yasin should not precipitate a constitutional crisis by subverting the royal decree from the King and State Rulers to convene Parliament as soon as possible, through delays and meaningless professions of “taken note”. Responding to the royal decree through the Prime Minister Office (PMO) is unusual, when it is normal for the Prime Minister to reply personally to such an important pronouncement.
Whether the Prime Minister is demonstrating his dissatisfaction is only known to him, but the PMO statement yesterday is long on meaningless generalities and devoid of practical details. No mention was made by PMO as to how the government will engage in follow-up measures based on the Federal Constitution and laws of the country.
Neither was there any clarity when Parliament will be allowed to convene to fulfil the required condition of the King to convene “as soon as possible”. Is it three or four months later in September or October, as stated by the Prime Minister before the Royal decree and repeated by de facto Law Minister Takiyuddin Hassan yesterday?
Malaysians had expected the Prime Minister to demonstrate his loyalty to the Royal decree by immediately implementing the King’s wish for Parliament to be reconvened as soon as possible. The King wants to see MPs perform their elected role to debate the National Recovery Plan(NRP), the financial aid needed to mitigate the economic suffering of the rakyat losing their jobs, businesses and economic livelihoods, National Immunisation Programme and the country’s Covid-19 response.
Similarly, the Prime Minister should give effect to the wishes of the State Rulers that the state of emergency should not be extended beyond the scheduled August 1 expiry date and that Putrajaya permit both Parliament and State Assemblies to be reconvened. All three PH state governments in Penang, Selangor and Negeri Sembilan have publicly declared their readiness to comply with the Royal decree to hold state assembly meetings as soon as possible.
UMNO state governments are expected to follow suit. Only the PAS state governments adopt an ostrich in the sand approach by pretending that nothing is happening. There is therefore a real risk of a constitutional crisis if the Prime Minister stubbornly refuses to adhere to the royal decree either through delaying tactics or just inaction in the form of “taken note”.
Parliament is suspended through the exercise of emergency powers issued in the name of the King. If the King wishes for Parliament to be convened and the Prime Minister refuses to give effect to this, then this disputes the legality and legitimacy of the exercise of this emergency power suspending Parliament.
For the Prime Minister to refuse to comply with the wishes of the King to revoke the suspension of Parliament that is issued under the King’s name, is analogous to the Prime Minister illegally using his glamour name Muhyiddin Yassin instead of his real name Mahiaddin Md Yasin. Further, Parliament complies with the 3 criteria for reopening under the NRP.
Mahiaddin had announced that Parliament is scheduled to reopen only if the new daily Covid-19 case count falls below 2,000 and the vaccination rate has reached 40 percent, “sufficient” beds at Intensive Care Units (ICU) available to Covid-19 patients. There are zero daily COVID-19 cases involving MPs, no MPs are receiving treatment under ICU and all MPs are fully vaccinated. Mahiaddin has no rationale or excuse not to reopen Parliament.
LIM GUAN ENG