Malaysia tidak mampu tunggu 100 hari untuk perubahan pengurusan pandemik Covid-19: Setiausaha Agung DAP Guan Eng

Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 1.9.2021:

Malaysia Tidak Mampu Menunggu 100 Hari Untuk Perubahan Dalam Pengurusan Pandemik COVID-19

Menteri Kesihatan baharu Khairy Jamaluddin perlu melakukan yang lebih baik daripada pendahulunya beliau dan Kerajaan PN sebelum ini, yang akan diingati kerana ketidakcekapan yang jelas dalam mengawasi kegagalan menyeluruh pertempuran melawan pandemik COVID-19 dengan rekod tertinggi jangkitan dan kematian berjumlah 1,746,254 kes dan 16,664  kematian. Kami percaya bahawa Khairy tidak akan mengulangi kesilapan tidak masuk akal pendahulunya yang menjadikan Malaysia sebagai bahan ketawa di peringkat antarabangsa, daripada minum air suam untuk mengelakkan COVID-19 sehingga keliru selesema Sepanyol dengan “Spanish fly”.

Namun, dengan 1 daripada 18 rakyat Malaysia dijangkiti COVID-19, Khairy perlu bertindak dengan cepat dan tegas. Bukan hanya vaksinasi yang dipercepatkan, malah perlu ada saringan massa untuk strategi Cari, Uji, Kesan, Kuarantin dan Sokong berserta Vaksinasi (FTTIS + V) seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan juga memastikan hospital dan perkhidmatan kesihatan kita  dikendalikan sepenuhnya dan diperuntukkan dengan katil, ubat-ubatan, dan kemudahan ICU yang mencukupi untuk merawat pesakit yang sakit.

Kadar vaksinasi harian pada 31 Ogos telah jatuh di bawah sasarannya iaitu 500,000 dos dengan 336,632 dos pada 29 Ogos, 302,804 dos pada 30 Ogos dan 361,381 dos pada 31 Ogos. Kadar positiviti ujian mencapai tahap tertinggi 17.76% pada 30 Ogos yang lebih daripada 3 kali ganda berbanding paras 5% yang disyorkan oleh WHO. Ini menunjukkan ujian yang tidak mencukupi di seluruh negara dengan hanya 108,503 ujian pada 30 Ogos, dan bahawa jumlah sebenar kes Covid-19 berkemungkinan besar lebih tinggi daripada angka yang dilaporkan. Sebagai langkah pencegahan yang berkesan, saringan massa ujian perlu merangkumi sekurang-kurangnya 1% penduduk negara, atau 320,000 ujian setiap hari.

Kemarahan masyarakat juga ditujukan kepada sokongan buruk yang diberikan kepada pesakit positif COVID-19 daripada segi penjagaan kesihatan dan nasihat. Di United Kingdom, pihak berkuasa yang berkaitan tidak hanya mengambil inisiatif untuk menelefon pesakit COVID-19 setiap hari tetapi juga menawarkan untuk membeli bahan makanan. Sebaliknya, di sini kita menerima aduan tidak putus-putus daripada pesakit COVID-19 bahawa tidak ada maklum balas ke atas permintaan mereka yang terdesak bagi meminta bantuan sama ada untuk memanggil ambulans, katil ICU, pembelian barang keperluan dan makanan, rawatan perubatan atau kemasukan ke pusat kuarantin.

Cabarannya di sini bukan untuk menunjukkan hasil dalam 100 hari seperti yang ditetapkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kerana 100 hari adalah jangka masa yang terlalu lama dalam konteks wabak yang terus berkembang pesat sehingga boleh menyebabkan lebih banyak nyawa hilang dengan sia-sia. Perlu ada pertimbangan mendesak untuk melakukan perubahan tersebut dalam waktu sesingkat mungkin, dengan mengingati pengajaran yang diperoleh daripada pendaftaran vaksin AstraZeneca secara atas talian yang gagal, walaupun telah membelanjakan RM70 juta untuk aplikasi MySejahtera.

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年9月1日在吉隆坡发表文告:

马来西亚不能再等100天才迎来疫情好转

新任卫生部长凯里需比前任卫生部长和前国盟政府做得更好。后者因为在抗击新冠大流行的失败战役中的无能表现,进而导致我国累计确诊病例174万6254宗及累计死亡病例1万6664宗。我们相信凯里不会重复前任部长的荒谬和失态行为,后者的温水杀冠病论到搞混西班牙流感和西班牙苍蝇,使马来西亚成为国际笑话。

如今,18名马来西亚人之中就有1人感染冠病。凯里需迅速且果断地采取行动,在加速疫苗接种进度的同时,也需按照世界卫生组织所建议的进行大规模的侦查、筛检、追踪、隔离、支持加疫苗接种 (FTTIS+V),并确保我国医院和卫生服务配备足够的加护病房床位、药品和设施来照顾病患。

8月31日的单日接种量低于每日接种50万剂疫苗的目标,其中8月29日接种33万6632剂、8月30日接种30万2804剂以及8月31日接种36万1381剂。而8月30日的冠病确诊阳性率更高达17.76%,创下新高,比世界卫生组织建议的5%高出逾三倍。我国普遍测试不足,于8月30日只检测了10万8503个样本,而实际确诊数量可能远高于所报告的数字。要作为更有效的预防措施,大规模筛检需每日覆盖我国1%人口,或是32万个检测。

对冠病患者的医疗和建议不足,也引发公众努力。在英国,有关当局不仅会每天致电冠病患者,还主动提供购买杂货服务。相比之下,我国却收到冠病患者的绝望申诉,指无论是呼叫救护车、加护病房床位、购买必需品和食物、医疗或入住隔离中心,他们的急切呼救却没有得到回应。

现下的挑战并不在于在首相依斯迈沙比里设定的100天里证明能力,因为在大流行迅速演变的情况下,100天的时间太长了,将导致更多不必要的生命流失。政府需带着最大的紧迫感采取行动,在最短时间内完成修复工作。我们需谨记在耗资7000万令吉设立吾安应用程序后,却出现阿斯利康疫苗网上预约拙劣事件的教训。

林冠英


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 1.9.2021:

Malaysia Cannot Wait 100 Days For A Turnaround In the COVID-19 Pandemic.

New Health Minister Khairy Jamaluddin must do better than this predecessor and the previous PN government, that will be remembered for sheer incompetence in overseeing the comprehensive failure of the battle against COVID-19 pandemic with a record number of infections and deaths totalling 1,746,254 cases and 16,664 deaths. We believe that Khairy would not repeat the ridiculous gaffes of his predecessor that made Malaysia the butt of international jokes, from drinking warm water to prevent COVID-19 to confusing Spanish flu with Spanish fly.

However, with 1 out of 18 Malaysians being infected with COVID-19, Khairy must move quickly and decisively. Not only must vaccination be accelerated there must also be mass test screening of Find, Test, Trace, Isolate and Support plus vaccination (FTTIS+V) as recommended by the World Health Organisation (WHO) as well as ensure our hospitals and health services are fully manned and funded with sufficient ICU beds, medicines, and facilities to care for sick patients.

The daily vaccination dosage on 31 August has dropped below its target of 500,000 doses with 336,632 doses on 29 August, 302,804 doses on 30 August and 361,381 doses on 31 August. The test positivity rate achieved a record high of 17.76% on 30 August which is more than 3 times WHO’s recommended 5%. This indicates widespread under-testing with only 108,503 tests on 30 August, and that the actual number of Covid-19 cases is likely significantly higher than the reported figures. As an effective preventive measure, the mass screening of tests should cover at least 1% of our population, or 320,000 tests daily.

Public anger is also directed at the poor support given to COVID-19 positive patients in terms of health care and advice. In the United Kingdom, the relevant authorities not only took the initiative to call up COVID-19 patients daily but also offered to buy groceries. In contrast, here we receive despairing complaints from COVID-19 patients that there is no response for their desperate cries for help whether in calling for ambulances, ICU beds, purchase of necessities and food, medical treatment or admission to quarantine centres.

The challenge is not to show results within 100 days as set by Prime Minister Ismail Sabri Yaakob because 100 days is too long a period in the context of a rapidly evolving pandemic that can cause more lives to be unnecessarily lost. There must be a sense of utmost urgency to complete the revamp in the shortest possible time, bearing in mind the lessons learnt from the botched on-line registration of AstraZeneca vaccine, despite spending RM70 million on the MySejahtera apps.

LIM GUAN ENG

Scroll to Top
Scroll to Top