Kenyataan Media Syerleena Abdul Rashid, Ahli Parlimen Bukit Bendera bertarikh 17hb Februari 2023, Kuala Lumpur:
MAKANAN BERKUALITI RENDAH BUKAN PUNCA AUTISME
Semalam semasa sesi perbahasan parlimen, Dr. Halimah Ali, Ahli Parlimen Kapar telah membuat satu kenyataan pelik yang menyatakan bahawa “makanan berkualiti rendah” akan terdedah kepada penyakit autisme. Beliau berkata “saya tidak ada masalah dengan istilah Rahmah, tetapi saya tidak mahu golongan B40 diberi makanan yang kualiti rendah dan kemungkinan akan menyebabkan mereka terdedah kepada cancer, penyakit autoimun, atau autisme dan sebagainya. (ucapan beliau boleh dirujuk melalui pautan: https://youtu.be/7yX6alZUznY).
Dr. Halimah Ali seorang doktor yang berkhidmat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sebuah Hospital Universiti di Petaling Jaya dan juga klinik awam yang lain. Beliau telah berkhidmat dan mempunyai pengalaman berpuluh-puluh tahun dalam bidang perubatan khususnya dalam sektor kesihatan awam. Oleh sebab itu, kenyataan yang beliau nyatakan itu telah membingungkan orang ramai.
Kenyataan yang dibuat oleh seorang doktor yang berkelulusan dalam bidang perubatan telah menimbulkan banyak persoalan. Walaubagaimanapun adalah penting untuk kita meningkatkan kesedaran autisme dalam kalangan masyarakat supaya kita dapat membantu golongan tersebut.
Autisme atau dikenali sebagai Autism Spectrum Disorder (ASD) merupakan gangguan perkembangan saraf yang menjejaskan interaksi sosial, komunikasi dan tingkah laku seseorang individu. ASD adalah sangat kompleks dan akan kekal sepanjang hayat. Selain itu, keadaan ASD ini akan bertambah teruk dari semasa ke semasa. Walaupun pada sesuatu ketika, gangguan ini jarang berlaku tetapi kelaziman ASD ini telah meningkat sejak bertahun-tahun yang lepas. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dalam 100 kanak-kanak akan ada satu yang mengalami gangguan ini dalam dunia ini.
Walaupun punca sebenar ASD belum dipasti sepenuhnya, tetapi penyelidikan menunjukkan bahawa gabungan faktor genetik dan persekitaran boleh menyumbang kepada perkembangan gangguan ini. Kajian telah menunjukkan bahawa baka tertentu berkait dengan risiko mengembangkan ASD. Selain itu, pendedahan kepada toksin, jangkitan dan faktor persekitaran yang lain semasa mengandung juga antara salah satu faktor mengembangkan ASD.
Oleh sebab itu, pengambilan makanan yang kurang sihat bukan punca autisme.
Tidak ada satu bukti yang kukuh menyatakan pengambilan makanan kurang sihat dan kurang kualiti akan menyebabkan autisme manakala pengambilan makanan yang mempunyai nutrisi yang tinggi adalah penting kepada semua individu termasuk individu autisme. Selain itu, kurangkan pengambilan makanan dan suplemen tertentu juga dapat menguruskan tahap gejala yang ditunjukkan dalam sesetengah individu.
Menurut Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia, autisme atau tingkah laku yang berkaitan dianggarkan berlaku kepada satu daripada 68 bayi yang baru lahir. Ini bermakna setiap tahun Malaysia dianggarkan mempunyai 9000 kanak-kanak menghadapi gangguan ini. Menurut Kementerian Kesihatan, sejak 10 tahun kebelakangan ini jumlah kes ASD meningkat secara mendadak. Menurut laporan kementerian tahun 2021, seramai 589 kanak-kanak bawah 18 tahun menghadapi gangguan ASD dan jumlah ini melonjak sebanyak 500 peratus dari 99 kes pada tahun 2009.
Statistik ini menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini. Pakar-pakar juga mengaitkan kenaikan ini dengan kaedah diagnostik yang berkesan dan kesedaran austisme dalam kalangan masyarakat. Campur tangan di peringkat awal adalah sangat penting, supaya dapat mengurangkan tahap keseriusan dan meningkatkan kehidupan yang lebih berkualiti seseorang individu. Semoga dengan adanya RM1.2 bilion yang telah diperuntukan sejak Oktober tahun lepas oleh mantan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz dapat membantu dalam aspek tertentu seperti membina Taska OKU kepada golongan kanak-kanak yang memerlukan supaya mereka dapat akses untuk intervensi awal dengan lebih mudah.
Selain peningkatan kelaziman autisme, dalam kalangan masyarakat Malaysia masih terdapat stigma dan kesedaran yang rendah mengenai gangguan ini. Ramai orang masih mempunyai salah tanggapan terhadap autisme, yang membawa kepada sikap negatif dan diskriminasi terhadap individu yang mempunyai keadaan ini. Stigma ini sangat berbahaya kerana ia mengakibatkan kurang sokongan dan dorongan kepada golongan autisme dan menyebabkan mereka sukar untuk mengakses sumber yang mereka perlukan.
Pendidikan dan kesedaran adalah dua faktor penting untuk membantu mereka. Kempen kesedaran awam, jangkauan masyarakat, dan membanyakkan kursus kesihatan kepada pendidik dapat bantu mengurangkan stigma yang sedia ada. Selain itu, memberi sumber dan bantuan kepada keluarga atau pengasuh supaya dapat mengurangkan beban mereka semasa menjaga kanak-kanak yang menghadapi gangguan ini. Kita tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan dan seharusnya mewujudkan persekitaran yang lebih inklusif kepada semua termasuk individu autisme di Malaysia.
SYERLEENA ABDUL RASHID
AHLI PARLIMEN BUKIT BENDERA
ADUN SERI DELIMA
Press statement by MP Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid – Kuala Lumpur, Malaysia – 17th February 2023:
No, bad food does not cause autism
During the parliamentary debate held yesterday, MP Kapar, Dr Halimah Ali, made a rather peculiar statement regarding how supposedly “low quality food” causes autism. She was quoted saying “As much as I support the Menu Rahmah movement, I don’t want the B40 group to be exposed to diseases like cancer, autoimmune diseases, or autism.” (her full speech can be seen here: https://youtu.be/7yX6alZUznY)
What makes this statement even more puzzling is that Dr Halimah, a doctor who served in Hospital Universiti, Petaling Jaya, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang as well as other government clinics, has decades of service within the government health system under her belt and this positive attribute indicates a wealth of experience and expertise in the field.
Such a statement coming from someone qualified within the medical field certainly raises a lot of questions but one fact remains – there is a dire need of creating more awareness towards autism and understanding how we, as a society can help.
Autism, also known as Autism Spectrum Disorder (ASD), is a neurodevelopmental disorder that affects an individual’s social interaction, communication, and behavior. ASD is a complex and lifelong condition, and its symptoms can range from mild to severe. While it was once considered a rare disorder, the prevalence of ASD has been increasing over the years. According to the World Health Organisation, it is estimated about one in 100 children has autism, worldwide.
While the exact causes of ASD are not yet fully understood, research suggests that a combination of genetic and environmental factors may contribute to the development of the disorder. Studies have shown that certain genes may be linked to the risk of developing ASD, and exposure to toxins, infections, and other environmental factors during pregnancy may also play a role.
But no, consumption of bad food does not cause autism.
There is absolutely no evidence to suggest that poor diet or bad food causes autism and while good nutrition is important for everyone, including individuals with autism, dietary interventions, such as eliminating certain foods or supplements, may help manage some levels of symptoms exhibited in some individuals.
The National Society of Autism Malaysia (NASOM) states that autism and its associated behaviors have been estimated to occur in as many as 1 in 68 newborns, which means that approximately 9000 children in Malaysia are born with autism every year. Additionally, Health Ministry data shows that in the past 10 years, the number of ASD diagnoses has increased greatly. Based on the ministry’s 2021 report, 589 children under 18 were diagnosed with ASD, a staggering 500 per cent jump from just 99 in 2009.
This is a significant increase from previous years, and experts attribute this rise to improved diagnostic methods and increased awareness of the disorder. Early intervention is crucial in managing autism, as it can improve outcomes and enhance the quality of life for individuals with the condition. Hopefully, the RM1.2 billion allocation pledged earlier this October by Former Finance Minister Tengku Zafrul Aziz, can provide some level of assistance – increasing the number of new OKU taskas can provide special needs children much needed access to early intervention programs.
Despite the increasing prevalence of autism, there is still a great deal of stigma and low awareness surrounding the disorder in Malaysia. Many people still hold misconceptions about autism, leading to negative attitudes and discrimination towards individuals with the condition. This stigma is dangerous because it results in a lack of support and services for people with autism, making it difficult for them to access the resources they need to thrive.
Education and awareness are two other important factors that can help. Public awareness campaigns, community outreach, and increasing training for healthcare providers and educators, can help remove the social stigma that exists. Additionally, providing support and resources for families and caregivers can help to reduce the burden of caring for a loved one with autism. We can no longer deny or continue to ignore the importance of creating a more inclusive and supportive environment for everyone, and this includes individuals with autism in Malaysia.
SYERLEENA ABDUL RASHID
MP BUKIT BENDERA
ADUN SERI DELIMA