Kenyataan media DAP Pulau Pinang bertarikh 30 Ogos 2022:
Majlis Makan Malam “Menuju Kejayaan, Kekalkan Harapan” DAP Pulau Pinang
DAP Pulau Pinang akan mengadakan Majlis Makan Malam pada 4hb September 2022 (Ahad) di Dewan Sekolah Han Chiang, Pulau Pinang. Tema Majlis adalah “Menuju Kejayaan, Kekalkan Harapan”.
Majlis ini bertujuan mengumpul dana sempena persediaan untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 yang akan datang.
Sokongan dan galakan daripada orang ramai amat diperlukan bagi DAP Pulau Pinang untuk meneruskan perjuangan dalam memajukan negeri dan berkhidmat untuk seluruh rakyat Pulau Pinang tanpa mengira kaum dan agama.
Sukacita Jawatankuasa Majlis Makan Malam DAP Pulau Pinang yang dipengerusi oleh Lim Hui Ying (Setiausaha DAP Pulau Pinang) ingin memaklumkan bahawa majlis ini telah menerima sambutan yang menggalakkan. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyokong yang telah menyumbang untuk menjayakan program ini.
Pemimpin-pemimpin DAP dan parti-parti komponen Pakatan Harapan yang akan hadir adalah Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Pengerusi DAP, Lim Guan Eng; Pengerusi DAP Pulau Pinang merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, Nurul Izzah Anwar; Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Dr. Mujahid Yusof Rawa.
Satu lagi Majlis Makan Malam juga akan diadakan di Dewan Ng Yam Huat, Bukit Mertajam pada 8hb Oktober 2022.
Sekian, terima kasih.
DAP Pulau Pinang
槟州民主行动党媒体文告 (2022年8月30日):
槟州民主行动党“坚守希望,迈向成功”晚宴
槟州民主行动党将于 2022 年 9 月 4 日(星期日),在韩江中学礼堂举办“坚守希望,迈向成功”筹款晚宴。
本次晚宴旨在为即将举行的第 15 届大选募资,让槟州民主行动党能够做好准备应对此次更加严峻的全国大选。
民众的支持和鼓励对于槟州民主行动党至关重要,这让我党可以继续努力发展槟州,及不分种族宗教服务所有槟州人民。
槟州民主行动党晚宴筹委会由槟州民主行动党秘书林慧英所领导。筹委会对于此次晚宴所获得热烈支持表示荣幸,并衷心感谢所有支持及协助筹备这次晚宴的人士。
将出席此次晚宴的民主行动党和希盟各成员党领袖包括:民主行动党秘书长陆兆福; 民主行动党全国主席林冠英; 槟州民主行动党主席兼槟州首长曹观友; 民主行动党资深领袖林吉祥; 公正党槟州、吉打和玻璃市州领导理事会主席努鲁依莎以及国家诚信党副主席慕加希。
另一场晚宴也将于 2022 年 10 月 8 日(星期六),在大山脚黄炎发大礼堂举行。
槟州民主行动党