Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid – Kuala Lumpur, Malaysia – 2hb Mac 2023:
Pengabaian Bajet 2023 terhadap seni dan muzik menyekat potensi kreatif negara
Malaysia mempunyai warisan budaya yang kaya dan pelbagai yang menjangkau berabad-abad lamanya. Seni dan kraf, muzik, tarian, kesusasteraan dan masakan tradisional negara adalah bukti kekayaan dan kedalaman warisan budaya negara kita yang memberikan rangsangan kepada sektor pelancongan. Dengan mempromosi dan memelihara aset budaya ini, rakyat Malaysia dapat memastikan identiti dan warisan budaya mereka tidak hilang ditelan zaman.
Dari perspektif strategik, mungkin terdapat keperluan untuk mewujudkan nod dan kelompok yang membolehkan penciptaan titik kritis kreatif yang mempunyai faedah ekonomi, sosial dan budaya. Kita mungkin tidak perlu mencipta aset budaya baharu, tetapi hanya mengaturnya dengan lebih baik dan memastikan terdapat hubungan bermakna di peringkat industri yang membolehkan perkara ini berlaku.
Dalam Bajet 2023 baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan bajet RM250 juta untuk sektor pelancongan, manakala RM102 juta diperuntukkan untuk Dana Kandungan Digital bertujuan membantu dan mempromosikan karya baharu dalam industri kreatif, RM25 juta untuk aktiviti warisan dan kebudayaan di peringkat masyarakat, dan RM20 juta untuk program kesenian dan kebudayaan di sekolah yang menggalakkan perpaduan. Bagi sektor yang memacu aktiviti pelancongan, terdapat keperluan besar untuk memperhalusi dan meningkatkan bajet yang diperuntukkan untuk sektor seni dan budaya kreatif.
Bagi mereka dalam industri budaya kreatif yang merangkumi seni, tarian, muzik, teater, filem dan acara, kemampanan dan kemakmuran tidak akan dicapai melalui pemberian wang tunai tetapi melalui program inovatif yang memperkasakan mereka, sebagai permulaan, terdapat keperluan. untuk merangka Dasar Industri Kreatif Negara serta menubuhkan sebuah majlis untuk seni dan muzik semata-mata. Objektif utama adalah untuk menjaga kebajikan artis dan pemain industri, sambil mencari cara yang lebih baik untuk menyelaraskan sistem pelesenan tempatan, yuran hiburan dan rangka kerja undang-undang lain untuk mengurangkan tekanan tidak wajar yang dikenakan ke atas artis tempatan dan membantu memperkasakan mereka.
Keharusan budaya kreatif mungkin pada mulanya muncul sebagai teras lembut atau persisian konsep Malaysia MADANI. Bagaimanapun, memandangkan Malaysia adalah masyarakat yang pelbagai budaya dan sedar budaya, melalui pintu inilah mana-mana masa depan yang mampan mesti dilalui terutamanya kerana rangka kerja MADANI mengiktiraf kepentingan kemampanan, kemakmuran dan inovasi dalam membina masa depan yang berdaya tahan untuk rakyat.
Seni dan budaya Malaysia sememangnya boleh menjadi tarikan hebat untuk pelancong dari seluruh dunia. Dengan mempamerkan warisan budaya negara, Malaysia boleh menarik pengunjung yang berminat untuk mempelajari sejarah, adat resam dan tradisinya. Ini seterusnya dapat membantu meningkatkan ekonomi negara dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu. Untuk menggalakkan pembelajaran dan eksport budaya, adalah penting untuk mempunyai repositori nasional aset budaya kita dalam bentuk digital.
Sudah tiba masanya kita mengiktiraf hubungan simbiotik antara pelancongan dan sektor seni dan budaya kreatif dan melihat bagaimana ia benar-benar memberi kesan kepada ekonomi tempatan. Untuk memahami perkara ini dengan lebih baik, data dan statistik yang lebih komprehensif diperlukan untuk mencapai keputusan dan penyelesaian yang lebih termaklum.
Pulau Pinang, misalnya, terkenal sebagai tempat yang kaya seni, warisan dan budaya. Selama bertahun-tahun, ini adalah penyumbang utama kepada ekonomi tempatan yang diterjemahkan kepada hasil pelancongan. Hubungan simbiotik antara kedua-dua elemen ini perlu diperkasakan melalui perancangan sumber yang berkesan. Justeru, jumlah RM397 juta yang diperuntukkan untuk kedua-dua sektor perlu diperhalusi bagi memastikan lebih banyak perkara boleh dilakukan untuk menambah baik landskap sosioekonomi negara.
Kerajaan harus melakukan segala yang termampu untuk memastikan kemakmuran ekonomi negara dapat dinikmati oleh semua dan bukan segelintir rakyat sahaja. Untuk mencapai matlamat ini, pembangunan program seni dan budaya hiper tempatan akan membawa aktiviti bermakna kepada belia dan menghubungkan mereka dengan generasi yang lebih tua. Inilah yang sepatutnya kita persembahkan kepada pelancong antarabangsa apabila mereka tiba.
Sebagai contoh, semasa wabak, pemuzik termasuk DJ, penyanyi, kumpulan muzik, serta artis, penghibur pentas, pembuat filem dan penganjur acara (termasuk acara khas, konsert, dll.) semuanya terjejas teruk; tidak lupa juga seniman dan seniwati dari komuniti orang kurang upaya (OKU) yang sangat berbakat. Apabila pelawat datang ke Malaysia, penggiat seni dan budaya kreatif inilah yang menjadi “Duta Malaysia” untuk seni dan budaya; kerana mereka juga yang sering dilihat di dalam gambar dan video yang ditemui di media sosial di seluruh dunia. Peranan golongan ini perlu diperkasakan lagi. Walaupun RM25 juta telah diperuntukkan untuk aktiviti warisan dan kebudayaan di peringkat komuniti, lebih banyak lagi perlu disalurkan ke arah inisiatif yang boleh menyokong dan memperkasakan mereka.
Ruang acara juga telah terjejas dengan ketara semasa pandemik. Kita perlu bekerjasama dengan pemilik tempat-tempat ini untuk melakukan lebih banyak lagi. Sebenarnya sudah tiba masanya untuk mewujudkan perkongsian pintar dengan kerajaan, sektor swasta dan mereka yang ingin mengembangkan perniagaan mereka supaya aset-aset ini tidak terjejas dan sememangnya menjana pekerjaan dan pendapatan selaras dengan aspirasi kita untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. RM25 juta yang diperuntukkan untuk menyokong dan mempromosi aktiviti warisan dan kebudayaan adalah penting dalam memastikan perniagaan serta penggiat industri kebudayaan dapat berkembang maju dan bertahan. Persoalannya adakah ia akan memberi kesan apabila dikongsi dengan semua negeri di seluruh negara?
Akhirnya, kita perlu merasionalkan aset budaya semasa untuk membangunkan aset budaya baharu, memperkasakan industri kreatif, dan menjadi pengeksport budaya Malaysia. Sementara kita meneruskan proses ke arah meluluskan Bajet 2023, harapan saya adalah untuk melihat lebih banyak peruntukan yang akan membolehkan masa depan yang lebih berdaya maju dari segi ekonomi, mampan dan berdaya tahan untuk artis dan duta budaya kreatif kita iaitu individu-individu yang mencipta aset budaya serta perniagaan lain dalam industri ini.
SYERLEENA ABDUL RASHID
MP BUKIT BENDERA
ADUN SERI DELIMA
Media Statement by MP Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid – Kuala Lumpur, Malaysia – 2nd March 2023:
Is the Government’s Neglect of Arts and Music Funding Holding Back Our Creative Potential?
Malaysia has a rich and diverse cultural heritage that spans centuries. The country’s traditional arts and crafts, music, dance, literature, and cuisine are a testament to the richness and depth of the country’s cultural heritage which gives a boost to the tourism sector. By promoting and preserving these cultural assets, Malaysians can ensure that their cultural identity and heritage are not lost to time.
From a strategic perspective, there may be a need to create nodes and clusters that enable the creation of a creative tipping point that has economic, social and cultural benefits. We may not need to create new cultural assets, but just better organise them and ensure there is a meaningful relationship at the industry level that allows for this to happen.
In the recent Budget 2023, the Prime Minister announced a RM250 million budget for the tourism sector, while RM102 million allocated for Digital Content Grants aimed to assist and promote new works in the creative industries, RM25 million for heritage and cultural activities at the community level, and RM20 million for arts and cultural programmes in schools that encourage unity. For a sector that drives tourism activities, there is a great need to refine and increase the allocated budget for the arts and creative-culture sector.
For those in the creative-cultural industry that spans arts, dance, music, theatre, films, and events, sustainability and prosperity will not be achieved through cash handouts but rather through innovative programmes that empower them – as a start, there is a need to draft a National Creative Industry Policy as well as setting up a council solely for the arts and music. The main objective is to safeguard the welfare of artistes and industry players, while finding better ways to streamline local licensing systems, entertainment fees and other legal frameworks to reduce undue stress inflicted upon local artists and help empower them.
The creative-cultural imperative may at first appear as a soft core or a peripheral of the Malaysia MADANI concept. However, as Malaysia is a culturally diverse and culturally aware society, it is through this door that any sustainable future must traverse especially as the MADANI framework recognises the importance of sustainability, prosperity, and innovation in building a resilient future for the rakyat.
Malaysia’s arts and culture can indeed be a powerful draw for tourists from around the world. By showcasing the country’s cultural heritage, Malaysia can attract visitors interested in learning about its history, customs, and traditions. This, in turn, can help boost the country’s economy and create new job opportunities. To encourage learning and cultural export, it is important to have a national digital repository of our cultural assets.
It is time we recognise the symbiotic relationship between tourism and the arts and creative culture sectors and see how the latter truly impacts the local economy. To understand this better, more comprehensive data and statistics are required for better informed decisions and solutions.
Penang, for example, is known as a melting pot of arts, heritage and culture. Over the years, these are the major contributors to the local economy which is translated into tourism revenues. The symbiotic relationship between these two elements needs to be empowered through effective resource planning. As such, the total amount of RM397 million allocated for both sectors need to be refined to ensure more can be done to improve the nation’s socioeconomic landscape.
The government must do all it can to ensure that the economic prosperity of the country can be enjoyed by all and not just a small group of people. To achieve this, the development of hyper-local arts and cultural programmes will bring meaningful activities to the youth and link them with the older generations. This is what we should be presenting to international tourists when they arrive.
For example, during the pandemic, musicians including DJs, singers, music bands, as well as artists, stage performers, filmmakers, and event organisers (including special events, concerts, etc.) were all heavily impacted not forgetting the talented persons with disabilities (PWDs) in the same industry. They are our cultural ambassadors that visitors to Malaysia see, and they are the ones who often end up in the photos and videos that find their way onto social media all around the world. The role of these people needs to be further empowered. While RM25 million has been allocated for heritage and cultural activities at the community level, more needs to be channelled towards initiatives that can support and empower them.
Event spaces have also suffered remarkedly during the pandemic. We need to work with the owners of these venues to do more, even as many government agencies look for cost-cutting strategies which include fewer external programmes. It is in fact time now to create smart partnerships with the government, the private sector and those who are looking to grow their businesses so that these assets do not fall into ill repair and indeed generate jobs and income in line with our aspirations to become a high-income nation. The RM25 million allocated to supporting and promoting heritage and cultural activities is imperative in ensuring that businesses as well as those in the cultural industry can thrive and sustain. The question is will it be impactful when shared with all states nationwide?
Ultimately, we need to rationalise our current cultural assets to develop new cultural assets, empower the creative industries, and become the exporter of Malaysian culture. As we go along the process towards approving Budget 2023, my hope is to see more allocations that will enable a more economically viable, sustainable and resilient future for our artists and creative-cultural ambassadors – the individuals who create cultural assets – as well as other businesses within this industry.
SYERLEENA ABDUL RASHID
MP BUKIT BENDERA
ADUN SERI DELIMA