Penang Jalan Teruih ![]()
Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang 2025 berlangsung dengan jayanya, menghimpunkan semangat perjuangan dan perpaduan seluruh pimpinan serta ahli parti.
Pengerusi DAP Pulau Pinang, Sdr Steven Sim Chee Keong 沈志强 , mengimbas kembali perjalanan panjang DAP daripada parti pembangkang sehingga kini menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.
Beliau menegaskan pentingnya mengingati asal-usul perjuangan dan merakamkan penghargaan kepada para pemimpin yang telah berusaha dan berkorban demi rakyat serta parti.
Kejayaan DAP dalam mentadbir Pulau Pinang dan kini turut menyumbang kepada kemajuan negara membuktikan kecekapan, integriti dan keikhlasan kepimpinan parti.
Projek-projek besar yang memanfaatkan Pulau Pinang seperti Mutiara LRT, Naiktaraf Lapangan Terbang Antarabangsa dan Underpass Mount Erskine menjadi bukti nyata hasil kepimpinan DAP dalam kerajaan persekutuan.
Setiausaha Agung DAP, Sdr Anthony Loke Siew Fook , menyeru semua ahli untuk terus bersatu dan bekerjasama dengan semangat juang tinggi demi kemajuan parti dan negeri.
Dalam masa yang sama, beliau menegaskan bahawa pembangkang terus berpolitik sempit dan cuba menghalang pembangunan di Pulau Pinang, walhal projek-projek ini bertujuan membawa manfaat kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Beliau turut mengingatkan agar seluruh jentera DAP bersiap sedia menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Umum pada tahun hadapan.
Terima kasih diucapkan kepada Speaker Konvensyen Sdri Jenny Choy 崔慈恩 dan Timbalan Speaker Sdr Yew Jia Haur atas kepimpinan yang memastikan perjalanan konvensyen berjalan lancar.
DAP harus sentiasa jalan bersama dengan rakyat. Kita jalan seiring, jalan dengan berani, Jalan Teruih!