Kon Yeow dapat undi tertinggi, jadi Pengerusi DAP negeri sehingga 2024

Sdr Chow Kon Yeow yang memperoleh undi tertinggi iaitu 1,211 undi dalam sesi pemilihan 15 ahli jawatankuasa negeri sempena Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2021 kekal dipilih sebagai Pengerusi DAP negeri.

Justeru, dengan rasa rendah diri, beliau merakamkan penghargaan kerana diberi kepercayaan sekali lagi sebagai Pengerusi DAP Negeri dan adalah menjadi nekad serta seruannya bahawa DAP Pulau Pinang perlu menunjukkan kepimpinan serta kekuatan untuk menangani ‘tiga krisis’ iaitu krisis kesihatan awam (akibat pandemik COVID-19), krisis ekonomi dan ketiga adalah krisis politik (ekoran Langkah Sheraton).

Berita:
Chow Kon Yeow dapat undi tertinggi, menjadi Pengerusi DAP negeri sehingga 2024

BAYAN LEPAS – Seperti dijangka, Saudara Chow Kon Yeow mendapat undi tertinggi iaitu 1,211 undi dalam sesi pemilihan 15 ahli jawatankuasa negeri sempena Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2021 pada lewat petang ini.

Semasa membuat pengumuman itu, Pegawai Pemilihan Negeri, Wong May Ing memberitahu bahawa sesi pemilihan kali ini adalah melibatkan 1,552 undi sah sementara baki 56 lain adalah undi rosak.

Setiausaha Agung DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng turut mengikuti acara pengumuman barisan AJK negeri yang baharu berkenaan.

Berikut adalah senarai 15 AJK DAP Negeri Pulau Pinang mengikut kedudukan undi paling banyak:

  1. Chow Kon Yeow (1,211 undi)
  2. Phee Boon Poh (1,041 undi)
  3. Lay Hock Peng (1,038 undi)
  4. Lim Hui Ying (980 undi)
  5. Zairil Khir Johari (920 undi)
  6. Teh Lai Heng (916 undi)
  7. Steven Sim Chee Keong (890 undi)
  8. Jason H’ng Mooi Lye (888 undi)
  9. P. Ramasamy (826 undi)
  10. Soon Lip Chee (811 undi)
  11. Yeoh Soon Hin (773 undi)
  12. Wong Hon Wai (735 undi)
  13. Phee Boon Chee (734 undi)
  14. R.S.N. Rayer (659 undi)
  15. Jagdeep Singh Deo (655 undi)

Selepas kira-kira hampir sejam berlangsungnya mesyuarat pertama AJK DAP negeri yang baharu, Pengerusi Tetap Konvensyen, Ean Yong Hian Wah mengumumkan Kon Yeow kekal dipilih sebagai Pengerusi DAP negeri.

Sementara, Ramasamy ditaklifkan sebagai Timbalan Pengerusi DAP Negeri, diikuti Zairil dan Jagdeep sebagai Naib Pengerusi. Hui Ying kekal sebagai Setiausaha Negeri.

Selain itu, Hian Wah turut mengumumkan pelantikan lima AJK tambahan bagi tempoh pentadbrian tahun 2021 hingga 2024.

Mereka ialah Chong Eng, Lim Siew Khim, Heng Lee Lee, Ramkarpal Singh dan Syerleena Abdul Rashid.

Dalam ucapan ringkas selepas itu, Kon Yeow dengan rasa rendah diri merakamkan penghargaan kerana diberi kepercayaan sekali lagi sebagai Pengerusi DAP Negeri.

“Sebagaimana dalam ucapan alu-aluan saya sebelum ini, kita (DAP Pulau Pinang) mestilah menunjukkan kepimpinan serta kekuatan kita untuk menangani ‘tiga krisis’ iaitu yang pertama adalah krisis kesihatan awam (akibat pandemik COVID-19); yang kedua krisis ekonomi dan ketiga adalah krisis politik (ekoran Langkah Sheraton),” jelasnya yang juga Exco Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi kepada pemberita.


曹观友蝉联火箭槟州主席
吁党员全面备战大选

民主行动党槟州州委改选,曹观友以1211票最高票当选,稍后的复选中,他也蝉联州主席一职。

该党是于周日,举行第55届民主行动党槟州党员代表大会及进行州委改选,当天共发出1608张选票,其中1552张为有效选票,而另外56张则为废票,代表出席率高达76.53%。

上述选举成绩是于下午6时25分正式公布,15名从2021年至2024年候选名单中脱颖而出的包括:

  1. 曹观友 (1211票)
  2. 彭文宝 (1041)
  3. 赖国平 (1038)
  4. 林慧英 (980)
  5. 再里尔 (920)
  6. 郑来兴 (916)
  7. 沈志强 (890)
  8. 方美铼 (888)
  9. 拉玛沙米 (826)
  10. 孙意志 (811)
  11. 杨顺兴 (773)
  12. 黄汉伟 (735)
  13. 彭文志 (734)
  14. 雷尔 (659)
  15. 佳日星 (655)

此外,州署理主席由拉玛沙米担任;州副主席则由再里尔及佳日星担任。至于槟州秘书一职依然由林慧英执掌。

此外,该党也委任5名州委进入团队之中,其中包括章瑛、林秀琴、王丽丽、瑟琳娜及蓝卡巴星。

曹观友在成绩公布后,感谢出席的州代表投予信任一票。

他也强调,槟州民主行动党必须严正看待3大主要危机,即新冠肺炎引发的公共卫生危机、经济危机,以及政治危机。

他吁请党员与新领导层站在同一阵线,携手一起解决上述难题,为国家和人民带来更多福祉。

另一方面,他也也促请党员全面备战来临的大选,以再次获得人民委托。

Scroll to Top
Scroll to Top