KM gesa jangan terpengaruh sebaran Jajaran LRT Komtar-Bayan Lepas tidak sahih

Ketua Menteri Sdr Chow Kon Yeow berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan sentiasa menghormati setiap garis panduan hukum hakam (agama) Islam dengan merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang sebelum membuat sebarang keputusan rasmi bagi cadangan tersebut.

“Kerajaan Negeri juga akan mematuhi keputusan dan syarat-syarat yang tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) berhubung Skim Rel Kereta Api ini.

“Oleh itu, saya menggesa supaya tidak terpengaruh dengan sebaran tidak sahih memandangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berusaha membina negeri yang mampan, inklusif dan mengambil kira semua keperluan rakyat sejajar dengan visi dan misi Penang2030,” tegasnya.

Pautan video pada laman Facebook Buletin Mutiara:
https://www.facebook.com/buletinmutiara/videos/377171469573647/

Berita penuh pada Buletin Mutiara:

Scroll to Top