Sun. Jul 21st, 2024

Peguambela Lim Guan Eng(LGE) Gobind Singh Deo(G) memohon Mahkamah Sesyen untuk mengarahkan pihak pendakwaan mematuhi perintah mahkamah agar laporan transkrip mesej penuh Whatsapp antara dua saksi pendakwaan mereka, Zarul Ahmad dan Gnanaraja dikemukakan serta merta. Mesej Whatsapp tersebut diperlukan untuk mendedahkan sepenuhnya perkara apa yang sebenarnya berlaku. Pendakwaraya Wan Shaharuddin(Wan) mengakui terdapat laporan sedemikian tetapi enggan mengemukakannya atas sebab tidak relevan dan teknikal.

G menegaskan bahawa Wan sebelum ini telah bersetuju bahawa ia adalah relevan tetapi kini berkata sebaliknya. G berhujah bahawa mesej itu adalah relevan kerana ia telah dikemukakan di mahkamah sebagai bukti. Bagaimanapun, laporan mesej whatsapp yang dikemukakan tersebut telah dipotong dan tidak penuh. Hanya mesej Whatsapp selepas 18 Ogos 2017 ditunjukkan. Sekiranya mesej Whatsapp ditunjukkan sepenuhnya termasuk sebelum 18 Ogos 2017, mesej tersebut jelas membuktikan bahawa bukti terhadap LGE adalah palsu dan rekaan.

G berkata kita sepatutnya tidak perlu merayu untuk keadilan dengan memastikan perintah mahkamah dikuatkuasakan. Sebaliknya laporan penuh akan menunjukkan bahawa dakwaan pengeluaran penuh mesej WhatsApp adalah pembohongan dan penindasan bukti yang jelas.

Hakim Mahkamah Sesyen berkata beliau keliru mengapa pihak pendakwaan tidak melaksanakan perintahnya. Pegawai penyiasat SPRM telah dipanggil ke mahkamah.

Rekod Peguambela Lim Guan Eng, Gobind Singh Deo(G) Menyoal Balas Saksi Pendakwaan Dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Pada 17.1.2023.
G bertanya kepada saksi pendakwaan SPRM, Wan Firdaus Wan Yusof(F) sama ada mesej Whatsapp sepenuhnya akan termasuk mesej Whatsapp sebelum 18 Ogos 2017. F mengakui mesej itu bermula pada Julai 2017. Bagaimanapun, F tidak mempunyai transkrip penuh mesej itu.

RM2 Juta untuk orang lain, bukan Lim Guan Eng
G membuktikan keperluan untuk laporan penuh dengan merujuk kepada mesej Whatsapp. Pada 18 Ogos 2017, mesej Whatsapp mendakwa ‘coklat’ itu (bernilai RM2 juta) sudah tersedia tanpa menyebut untuk siapa ‘coklat’ itu disediakan. Bagaimanapun pihak pendakwaan mengambarkan ‘coklat’ itu adalah untuk LGE. G mahu transkrip penuh kerana mesej Whatsapp pada 17 Ogos akan menunjukkan bahawa saksi pendakwaan sendiri mengatakan coklat itu (RM2 juta) sebenarnya adalah untuk orang lain dan bukan untuk LGE.

Wan membantah dan terpaksa meminta G mengemukakan permohonan rasmi yang kemudiannya didakwa oleh G sebagai alasan untuk menangguhkan kes. Mengapa perlu menunggu berbulan-bulan untuk permohonan rasmi sedangkan bukti boleh dikemukakan dengan serta-merta?

G mahu memainkan dua pita video prosiding mahkamah di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengukuhkan lagi pemalsuan bukti dan pembohongan terhadap Lim Guan Eng. Mahkamah mengesahkan pihak pendakwaan mengakui bahawa laporan itu tersedia dan memerintahkan supaya mesej Whatsapp penuh dikemukakan di mahkamah esok.


林冠英的辩护律师哥宾星寻求地庭发出指示,要求控方遵守庭令,立即出示两名控方证人即扎鲁和卡纳拉嘉之间完整的 Whatsapp对话抄本报告。 公开有关Whatsapp 内的信息有其必要性,因为这将能全面揭露真相,让大家了解实际发生的事情。检察官旺沙哈鲁丁承认有这样一份报告,但以无关紧要和技术原因拒绝出示。

哥宾星反驳道,旺沙哈鲁丁之前同意这与案件有关,但现在又说不相关。 哥宾星指出,这些信息必然是与案件有关的,否则它不会在法庭上作为证据被引用。无论如何,检方先前提交的 Whatsapp 信息报告被拦截了,而且已经不完整。如今仅生成 2017 年 8 月 18 日之后的 Whatsapp 信息。如果 这些Whatsapp 信息是完整无缺的,并涵盖2017 年 8 月 18 日之前的信息,那么,此Whatsapp 信息将能清楚地证明,所谓针对林冠英的证据都是杜撰及捏造的。

哥宾星说,我们委实不必仅仅为了确保法院命令得到执行而乞求正义。 哥宾星表示,完整的报告将表明,所谓的whasapp信息是一个谎言和明显的隐匿证据。

地庭也表示,她对检方为何不执行她的命令而感到困惑。另,反贪会调查官亦被传唤到证人席。

林冠英的辩护律师哥宾星于 2023 年 1 月 17 日在吉隆坡地庭盘问来自马来西亚反贪污委员会(MACC)控方证人之叙述。
哥宾星询问反贪会控方证人旺菲道斯有关Whatsapp 的信息是否完整,包括 涵盖2017 年 8 月 18 日之前的信息。旺菲道斯承认相关信息是从 2017 年 7 月开始的。但是,旺菲道斯并没有相关信息的完整记录.

200万令吉不是给林冠英的,而是给别人的。
哥宾星举证,完整的Whatsapp信息报告,对案情是息息相关的。2017 年 8 月 18 日,Whatsapp 信息声称巧克力(200 万令吉)已经准备好,但没有提及巧克力是给谁的。然而,检方却对此大做文章,声称巧克力是为林冠英而准备的。哥宾星想要完整的文字记录,因为 8 月 17 日的 Whatsapp信息显示出控方证人自己说巧克力(200 万令吉)是给别人的,而不是给林冠英的。

旺菲道斯反对并要求哥宾星提交正式申请,而哥宾星则称这是一种拖延手段。既然可以立即提交证据,为什么还要提出正式申请耗费几个月来等待呢?

哥宾星想要播放两段莎亚南高等法院法庭诉讼的录影,进一步坐实那些对林冠英的伪造证据和谎言。法院确认检方承认该报告可用,并下令明天在法庭上出示完整的 Whatsapp 信息。


Lim Guan Eng’s(LGE) Defence Counsel Gobind Singh Deo(G) seek the Sessions Court to direct the prosecution to comply with the court order that requires the transcript report of the full Whatsapp messages between their two prosecution witnesses Zarul Ahmad and Gnanaraja to be produced immediately. The Whatsapp messages are necessary for the full expose of the truth of what actually happened. Prosecutor Wan Shaharuddin(Wan) conceded that there is such a report but refused to produce them on irrelevancy and technical reasons.

G rebutted that Wan had previously agreed that it was relevant but now say otherwise. G said that the messages was relevant or else it would not have been adduced in court as evidence. However, the report of whatsapp messages submitted by the prosecution was truncated and not in full. Only whatsapp messages after 18 August 2017 were produced. If the whatsapp messages were produced in full including before 18 August 2017, the whatsapp messages would clearly prove that the evidence against LGE was an invention and fabricated.

G said that we do not have to beg for justice merely to secure the enforcement of the court order. G said that the full report will show that the full production of whasapp messages are a lie and a clear suppression of evidence.

The Sessions Court said she is confused as to why the prosecution is not enforcing her order. The MACC investigating officer is called to the stand.

Account Of Lim Guan Eng’s Defence Counsel Gobind Singh Deo(G) Cross Examining Prosecution Witness From The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) At The Kuala Lumpur Sessions Court On 17.1.2023.
G asked the MACC prosecution witness Wan Firdaus Wan Yusof(F) whether the whatsapp messages in full would include Whatsapp messages before 18 August 2017. F conceded that the messages started in July 2017. However, F did not have the full transcript of the messages.

RM2 Million was meant for someone else not Lim Guan Eng
G proves relevancy of the need for the full report by referring to the whatsapp messages. On 18 August 2017, the whatsapp messages alleged that the chocolate(of RM 2 million) is ready without mentioning who the chocolate is for. However the prosecution made a song and dance about the chocolate was meant for LGE. G wanted the full transcript because the whatsapp message on 17 August will show that the prosecution witness themselves said that the chocolate(RM2 million) was meant for someone else and not for LGE.

Wan objected and resorted to asking G to submit a formal application which G said was a delaying device. Why wait for months for the formal application when the evidence can be tendered immediately?

G wanted to play two video tapes of a court proceedings in Shah Alam High Court that further reinforced the fabrication of evidence and lie against Lim Guan Eng. The court affirmed the prosecution admitted that the report is available and ordered that the full whatsapp messages be produced in court tomorrow.