
Lebih 500 kediaman rosak di Pulau Pinang akibat ribut susulan Taufan Lekima pada Jumaat lalu, akan menerima bantuan menerusi Tabung Yang Dipertua Negeri (TYT).
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Sdr Phee Boon Poh, berkata pemberian bantuan itu akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Unit Bencana kerajaan negeri.
“Pemilik kediaman terjejas perlu membuat laporan polis dan merakam kerosakan yang berlaku sebagai bukti.
“Selepas itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ketua di setiap kawasan terbabit akan datang memberi bantuan menerusi Tabung TYT.
“Jumlah bantuan akan diberikan adalah kira-kira 10 peratus daripada nilai kerosakan dengan terhad kepada RM5,000 untuk satu kediaman,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Sdr Phee berkata, ketika ini kerajaan negeri sedang mengumpul maklumat bagi mengetahui jumlah sebenar mangsa dan nilai kerosakan akibat ribut berkenaan.
Katanya, jumlah sebenar kerosakan dialami setakat ini dianggarkan melebihi 500 kediaman dan pengumpulan data daripada setiap daerah sedang dilaksanakan.
“Kita masih kumpul maklumat, tetapi saya jangka lebih 500 rumah rosak akibat ribut itu,” katanya.
Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan ribut yang melanda beberapa negeri di kawasan utara Semenanjung berpunca daripada Taufan Lekima yang melanda beberapa wilayah di China.
Kejadian kira kira jam 8 malam Jumaat itu mencatatkan kelajuan ribut kira-kira 28 meter per saat bersamaan 100.8 kilometer sejam.
Artikel daripada Berita Harian: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/08/595208/kerajaan-pulau-pinang-sedia-tabung-bantu-mangsa-ribut
槟州暴风雨:受灾屋主须报警以申请州政府援金
周五晚上受暴风雨吹袭,因而屋子受损的屋主受促向警方投报,以便能获得州政府的援助。
掌管福利、社会关怀和环境事务的槟州行政议员彭文宝同志说,州政府有提供2项天灾相关的援助。
彭同志说,受灾屋主须拍下其屋子受损情况的照片,以申请槟州天灾援助金和州元首基金。
他受询时告诉马新社:“目前我们还在鉴定周五暴风雨的灾民,他们须先报警,才能申请援助金。”
他指出,申请成功者可获最高500令吉的天灾援助金;州元首基金则给予每名受惠者高至10%的损失金额的补助,或不超过5000令吉。
他也说,适逢庆祝哈芝节,当局暂未能准确统计受灾情况,但预计州内超过500间屋子受灾。
在透视大马的新闻:https://www.themalaysianinsight.com/chinese/s/174929