Kerajaan Pulau Pinang akan dengar, terima pandangan, berunding dan meneliti cadangan Pen Mutiara berkenaan PSR: KM Chow Kon Yeow

Ketua Menteri Pulau Pinang Sdr Chow Kon Yeow memberi jaminan untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (Pen Mutiara) berhubung pelaksanaan projek tambakan laut di selatan perairan pulau (PSR) Negeri ini.

Dalam pertemuan dengan persatuan berkenaan yang berlangsung di Komtar sebentar tadi, terdapat beberapa isu dibincangkan termasuk cadangan mentransformasikan pemodenan nelayan tradisional Pulau Pinang.

Pengerusi Pen Mutiara, Nazri Ahmad ketika membentangkan cadangan tersebut berkata, perubahan dalam sektor perikanan terutamanya nelayan tradisional perlu diperkasakan seiring dengan pembangunan serta kemajuan negeri.

“Konsep transformasi nelayan moden ini bakal menjadi projek perintis yang mana Pulau Pinang sebagai negeri pertama di Malaysia yang akan mengaplikasikan pemodenan bot bagi nelayan tradisional.

“Penggunaan bot moden lebih besar yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri terkini merupakan alternatif terbaik untuk menyelamatkan industri nelayan sekiranya projek PSR dilaksanakan kelak,” jelas beliau.

Berita penuh pada Buletin Mutiara:

Scroll to Top
Scroll to Top