Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 20.6.2021:
Kenyataan Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang baru-baru ini menunjukkan perbezaan yang mendasari naratif utama Kerajaan PN yang terperangkap dengan perbalahan dalaman dan perpecahan dari dalam serta kehilangan keyakinan dan kepercayaan semua lapisan masyarakat di luar. Pengurusan pandemik COVID-19 yang gagal oleh Kerajaan PN, proses vaksinasi yang perlahan dan kemelesetan ekonomi telah mengakibatkan bukan sahaja kehilangan nyawa tetapi juga kesusahan kewangan bagi rakyat yang kehilangan pekerjaan, perniagaan, dan mata pencarian ekonomi.
Pelaksanaan perintah darurat untuk memerangi COVID-19 pada 12 Januari, tetapi disalahgunakan untuk melarang Parlimen untuk bersidang, telah gagal sama sekali untuk mencegah jumlah rekod tertinggi jangkitan dan kematian. Walaupun titah Yang DiPertuan Agong bahawa Parlimen perlu bersidang secepat mungkin, Kerajaan PN menegaskan sebaliknya, bahawa Parlimen hanya dibenarkan bersidang pada bulan September atau Oktober.
Rais, yang merupakan Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, bercanggah dengan pendirian rasmi Bersatu, dengan menyatakan bahawa Ordinan Darurat 2021 memberi Yang DiPertuan Agong kuasa penuh untuk mengembalikan Parlimen. Rais, memetik Seksyen 14 (1) (b) Ordinan Darurat: “Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong”.
Bagi Hadi pula, menyedari bahawa PN telah kehilangan majoriti parlimen dan sebarang keabsahan politik untuk memerintah sebagai kerajaan selepas titah Yang DiPertuan Agong, dia memainkan isu perkauman dan agama melampau. Hadi memberi amaran kepada para pengundi terhadap pengembalian kuasa kepada PH dengan mendakwa bahawa PH mendedahkan “sikap melampau” terhadap Islam dan pemimpinnya. Hadi jelas berbohong kerana semasa pemerintahan PH, Yang DiPertuan Agong tidak memanggil semua pemimpin parti politik untuk mendapatkan pandangan tidak seperti keadaan sekarang.
Hakikat bahawa pemimpin Bersatu sendiri pun tidak berpegang pada naratif yang sama menunjukkan betapa berpecahnya PN. Bergantung kepada pembohongan berdasarkan kaum dan agama adalah tindakan ekstrimis dan mendedahkan keterdesakan PAS untuk memperalatkan segala cara yang mungkin bagi memulihkan kehilangan kepercayaan antara kerajaan dan pengundi.
Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin tidak patut mencetus krisis perlembagaan dengan mengingkari titah diraja dari Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja untuk mengadakan sidang Parlimen secepat mungkin, melalui penundaan dan pernyataan kosong “diambil maklum”. Perdana Menteri tidak menyebut setelah mengambil maklum titah Diraja, mengenai bagaimana kerajaan akan melakukan tindakan susulan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara. Mahiaddin tidak boleh bertindak secara tidak bertanggungjawab untuk mempertaruhkan krisis perlembagaan dengan Raja-Raja semata-mata untuk mengelakkan sidang Parlimen secepat mungkin.
LIM GUAN ENG

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年6月20日在吉隆坡发表的文告:
国会上议院主席莱士雅丁以及伊斯兰党主席哈迪阿旺最近先后发表的声明,提供了大家一项对比研究的素材,透过他们的说词,我们可以看出国盟政府内现在各自表述,尽显内部争论不断和四分五裂,同时在外部方面,亦失去了公众信心和所有阶层的信任。国盟政府在处理疫情上简直是一场灾难,疫苗接种过程非常缓慢,加上经济衰退,不仅导致了生命损失,还造成人们失去工作、生意和经济生计,陷入经济困境。
今年1月12 日颁布的紧急状态本来旨在对抗新冠疫情,但却被滥用来阻止国会的召开,结果不只未能阻断疫情,还让每日确诊人数和死亡病例屡创新高。尽管国家元首已经谕令尽快重新召开国会,可是国盟政府始终认为,国会只能在9月或10月才来召开。
莱士雅丁是森美兰州土团党的领袖,却驳斥了土团党的官方立场,他声称, 2021 年紧急法令赋予国家元首完全的权力来让国会复议。莱士雅丁援引《紧急状态条例》第 14(1)(b) 条:“国会必须在国家元首认为适当的日期内召开、休会或解散”。
至于哈迪,当他意识到国盟已失去议会多数优势和随着国家元首谕令后有关作为政府统治的政治合法性,则开始打种族和宗教极端牌。哈迪警告选民,要反对希盟重新掌权,声称希盟对伊斯兰和其领导人展现出“极端态度”。哈迪显然是在撒谎,因为在希盟执政期间,国家元首并没有像现在这样召见各党党魁以进行磋商。
事实上,就连土团党领袖也无法采用同一说辞,显示了国盟的分裂程度。依靠基于种族和宗教课题的谎言是极端的做法,也曝露了伊斯兰党的急切,想尽一切可能修复政府与选民间的信任赤字。
首相马希亚丁不应该通过拖延方式和毫无意义的“收悉”回应,颠覆国家元首和马来统治者尽快召开国会的王室谕令,从而引发宪政危机。首相在发出“收悉”国家元首谕令声明后,并没有提及政府将如何根据联邦宪法和国家法律来采取后续措施。马希亚丁不应该仅为了避免尽快召开国会,而不负责任地甘冒宪政危机的风险。
林冠英

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 20.6.2021:
The recent statements by Dewan Negara President Rais Yatim and PAS president Abdul Hadi Awang provide a study of contrasts underlying the principal narrative of a besieged PN government riven by internal squabbling and disunity from within as well as losing the public confidence and trust of all stratums of society externally. The PN government’s disastrous handling of the COVID-19 pandemic, the slow vaccination process and the economic recession has resulted not only in loss of lives but also financial hardship on the rakyat who lost their jobs, businesses, and economic livelihood.
An imposition of emergency rule to fight COVID-19 on January 12, but misused to prohibit Parliament from convening, has dramatically failed to prevent the record number of infections and deaths. Despite the King’s command that Parliament should reconvene as soon as possible, the PN government insists otherwise, in that Parliament shall only be allowed to convene in September or October.
Rais , who is the Negeri Sembilan Bersatu chief, contradicted Bersatu’s official position instead, stating that the Emergency Ordinance 2021 gives the King complete authority to recall Parliament. Rais, cited Section 14(1)(b) of the Emergency Ordinance: “Parliament must be called, prorogued or dissolved at a date deemed appropriate by the Yang di-Pertuan Agong”.
As for Hadi, realising that PN has lost its parliamentary majority and any shred of political legitimacy to rule as a government following the King’s command, is playing the race and extremist religious card. Hadi warned voters against PH’s return to power by claiming that PH revealed its “extreme attitude” towards Islam and its leaders. Hadi clearly lied when during PH’s administration the King did not call up all leaders of political parties for consultation unlike the present situation.
The fact that even Bersatu leaders cannot even adopt a common narrative shows how divided PN is. Relying on lies based on race and religion is extremist and exposes the sheer desperation by PAS to exploit whatever means possible to restore the trust deficit between the government and the voters.
Prime Minister Mahiaddin Md Yasin should not precipitate a constitutional crisis by subverting the royal decree from the King and State Rulers to convene Parliament as soon as possible, through delays and meaningless professions of “taken note”. No mention was made by the Prime Minister after taking note of the Royal decree, as to how the government will engage in follow-up measures based on the Federal Constitution and laws of the country. Mahiaddin should not act irresponsibly to risk a constitutional crisis with the Rulers merely to avoid convening Parliament as soon as possible.
LIM GUAN ENG