Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 24.6.2021:
Belanjawan 2021 Berjumlah RM322.5 Bilion Dan Pakej Rangsangan Ekonomi Berjumlah RM380 Bilion Tidak Cukup Untuk Mengelak Unjuran KDNK 2021 Oleh Bank Dunia Diturunkan Ke 4.5% Dan Memerlukan Suntikan Baru RM45 Bilion Bantuan Kewangan.
Unjuran terbaru Bank Dunia mengenai pertumbuhan KDNK Malaysia untuk tahun 2021 merosot kepada 4.5% berbanding unjuran awal 6-7.5% Kementerian Kewangan sebelum ini, adalah satu lagi petanda penurunan tahap keyakinan orang ramai dan masyarakat antarabangsa terhadap kemampuan Kerajaan PN dalam menguruskan ekonomi. Walaupun membelanjakan RM380 bilion melalui pelbagai pakej rangsangan ekonomi sejak tahun lalu, untuk mengeluarkan ekonomi dari kemelesetan dan memerangi wabak COVID-19, ia telah gagal untuk memberikan kesan ekonomi yang besar. RM380 bilion ini, termasuk RM40 bilion terbaru melalui Pemerkasa Plus RM40 bagi “total lockdown” sekarang, tidak termasuk jumlah terbesar RM322.5 bilion yang diperuntukkan untuk Belanjawan 2021.
Masalah utama pakej rangsangan ekonomi ini adalah bahawa suntikan dana langsung terlalu kecil. Sebagai contoh, pakej kewangan Pemerkasa Plus bernilai RM40 bilion hanya mempunyai suntikan tunai langsung sebanyak RM5 bilion. Suntikan tunai langsung bernilai RM5 bilion ini jauh lebih kecil berbanding dengan kerugian ekonomi harian berjumlah RM1 bilion yang dianggarkan oleh Kementerian Kewangan untuk “total lockdown” sekarang.
Ahli ekonomi Dr Paolo Casadio dan Prof Geoffrey Williams bahkan telah menganggarkan jumlah kos “total lockdown” sekarang dan seterusnya strategi keluar di bawah 4 fasa Pelan Pemulihan Negara berjumlah RM170 bilion. Apa yang diperlukan adalah pakej kewangan langsung sebanyak RM45 bilion untuk disuntikkan ke dalam ekonomi bagi menampung kerugian harian RM1 bilion dan memberikan penampan kecil terhadap RM170 bilion jumlah kerugian yang dijangkakan. Tambahan suntikan tunai langsung berjumlah RM45 bilion masih jauh dari RM100 bilion yang dicadangkan untuk memberikan harapan bagi mencapai pertumbuhan KDNK 7.5% untuk tahun 2021 yang diperlukan bagi mengembalikan ekonomi ke landasan yang betul.
Pekerja dan perniagaan Malaysia, terutamanya PKS sangat memerlukan bantuan, dalam bentuk moratorium pinjaman bank; subsidi sewa, upah dan utiliti; serta geran. Persatuan PKS Malaysia mendedahkan bahawa 100,000 PKS ditutup tahun lalu dan 50,000 lagi dijangka mengalami nasib yang sama. Berita yang sama buruk juga bagi pekerja dengan pengangguran masih tinggi pada 4.6% (743,000) pada bulan April 2021 sementara pengangguran belia antara 15-24 tahun pada 13.7%.
Casadio dan Williams menganggarkan bahawa bagi suku pertama tahun 2021, sebanyak 2.4 juta orang lagi bekerja di bawah potensi dengan mengambil pekerjaan dengan gaji yang lebih rendah, mengambil potongan gaji atau bekerja secara jangka pendek untuk bertahan dari segi kewangan. Apabila lebih daripada 3.1 juta orang menjadi penganggur sepenuhnya atau bekerja dengan gaji yang lebih rendah, ia mengancam kelestarian ekonomi masyarakat kita. Kenaikan bayaran bantuan kebajikan bilamana kepada RM1,000 untuk kumpulan B40, termasuk penganggur, boleh mengubah keadaan.
Kerajaan PN harus mengumumkan pakej rangsangan ekonomi keseluruhan masyarakat yang dapat menyuntik RM45 bilion untuk menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan mata pencarian ekonomi rakyat Malaysia. Berikutan kemungkinan lanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP) lockdown keseluruhan selepas 28 Jun, kerana jangkitan harian tidak turun kepada 4,000 kes selama 7 hari berturut-turut, pakej bantuan kewangan bernilai RM45 bilion ini sangat diperlukan untuk membantu syarikat yang mengalami masalah dan pekerja yang kehilangan pendapatan. PN juga tidak dapat menafikan bahawa kegagalan keseluruhan kerajaan untuk membendung COVID-19 secara tragis telah menyebabkan jumlah tertinggi kes jangkitan dan angka kematian COVID-19 di Malaysia, serta kemelesetan ekonomi yang sedang berlaku.
LIM GUAN ENG

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年6月24日在吉隆坡发表的文告:
总值3225亿令吉的2021年国家预算案,加上3800亿令吉的经济刺激配套,也不能阻止世界银行对我国2021年的国民生产总值预测下调至4.5%。我们需要再注入450亿令吉的财政援助。
较早前,财政部曾预测马来西亚2021年的国内生产总值增长为6-7.5%,而世界银行最新的预测则掉至4.5%。这个迹象显示了公众和国际对国盟政府管理经济能力的信心已经急剧下降。尽管政府自去年以来在各种经济刺激配套中花费了3800亿令吉,企图在对抗新冠疫情之际,也让经济摆脱衰退,但究竟未能对经济产生任何重大的影响。这笔3800亿令吉的拨款,涵盖最近用于全面封锁的400亿令吉(“经济与人民强化配套加强版”),并不在2021年国家预算案之内。今年的国家预算案为3225亿令吉,也是国内史上最高金额的预算案。
这些经济刺激配套的根本问题在于直接注资太少。举例来说,400亿令吉的经济与人民强化配套加强版中,只有50亿令吉的直接现金注入。这50 亿令吉的直接现金注入,与财政部估计的当前全面封锁所造成的每日10 亿令吉的经济损失相比,显得微不足道。
经济学家保罗博士和杰弗里威廉教授甚至估计,目前全面封锁的总成本,加上随后实施的四阶段国家复苏计划下的退场策略,将耗资1700亿令吉。当前所需,是在经济上直接注入450亿令吉,以避免每日10亿令吉的损失,并为预期的1700亿令吉总损失提供小幅缓冲。额外的450亿令吉直接现金注资与之前建议的1000亿令吉相去甚远,这旨在实现2021年国民生产总值的增长能够达致7.5%,为我国经济重回正轨提供一线希望。
马来西亚的工人和企业,尤其是中小企业,迫切需要:银行暂缓贷款的帮助;租金、工资和实用补贴;以及提供各种补助金。马来西亚中小企业协会透露,去年有10万 家中小企业倒闭,预计还有5万家将遭受同样的命运。对于工人来说,也是噩梦连连,2021年4月失业率高达4.6%(74万3000),而 15-24 岁之间的青年失业率为 13.7%。
保罗博士和杰弗里威廉教授估计,在2021年第一季度,还有240万人处于就业不足的状态,即从事较低等的工作,他们面对低薪、被减薪或从事短期工作来求存。超过310万人要么完全失业,要么以较低的工资工作,凡此种种,威胁着我们社会的经济可持续性。把每月给予B40群体以及失业者的援助金增加至1000令吉 至,将会有所作为。
国盟政府必须宣布一项能够涵盖整个社会的经济刺激配套,注资450 亿令吉,用以挽救大马人的工作、生意和经济生计。当前的全面封锁可能在6月28日结束之后再度延长,毕竟现在的每日确诊人数尚未连续 7 天降至4000人以下,因此,我们迫切需要这项450亿令吉的经济援助配套来帮助陷入困境的公司和流离失所的工人。即使是 国盟 也不能否认,整个政府未能遏制新冠疫情,已导致马来西亚的确诊病例和死亡人数屡创新高,以及随之而来的经济衰退。
林冠英

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 24.6.2021:
Budget 2021 Of RM322.5 Billion And Economic Stimulus Packages Totalling RM380 Billion Inadequate To Prevent The 2021 Projected GDP By World Bank To Slip To 4.5% And Requires A Fresh Injection Of RM45 Billion In Financial Aid.
The World Bank’s latest projection of Malaysia’s GDP growth for 2021 to slip to 4.5 % as compared to the Finance Ministry’s earlier 6-7.5%, is another sign of spiralling drop of public and international confidence in the PN’s government ability to manage the economy. Despite spending RM380 billion in various economic stimulus packages since last year, to lift the economy out of the recession and battle the COVID-19 pandemic, it has failed to make any significant economic impact. This RM380 billion, including the latest RM40 billion Permerkasa Plus for the current total lockdown, does not include the record RM322.5 billion allocated for the 2021 Budget.
The basic problem with these economic stimulus packages is that the direct fund injection is too small. For instance, the RM40 billion Pemerkasa Plus financial package has a mere RM5 billion in direct cash injection. This RM5 billion in direct cash injection pales into comparison to the RM1 billion in daily economic losses estimated by the Finance Ministry for the current total lockdown.
Economists Dr Paolo Casadio and Prof Geoffrey Williams had even estimated the total cost of the current full lockdown and the ensuing exit strategy under the 4-phase National Recovery Plan to be RM170 billion. What is required is a direct financial package of RM45 billion to be injected into the economy to stave off the RM1 billion daily losses and provide a small buffer against the expected RM170 billion in total losses. An additional RM45 billion in direct cash injection is far from the RM100 billion proposed to provide a glimmer of hope of achieving the 7.5% GDP growth for 2021 needed to get the economy back on track.
Malaysian workers and businesses, especially SMEs urgently need help, in the form of bank loan moratorium; rental, wage and utility subsidies; as well as grants. The SME Association of Malaysia disclosed that 100,000 SMEs closed last year and 50,000 more are expected to suffer the same fate. For workers the news is equally dire with unemployment still high at 4.6%(743,000) in April 2021 whilst youth unemployment between 15-24 is at 13.7%.
Casadio and Williams estimated that for the first quarter of 2021, another 2.4 million people were under-employed taking inferior jobs on lower pay, taking pay cuts or working on a short-term basis to survive financially. For more than 3.1 million people to be either fully unemployed or working for less pay, threatens the economic sustainability of our society. An increase in monthly welfare payments to RM1,000 to B40, including the unemployed, will make the difference.
The PN government must announce a whole-of-society economic stimulus package that can inject RM45 billion to save jobs, businesses and economic livelihood of Malaysians. Following the likely extension of the current total lockdown movement control order (MCO) after June 28, since daily infections have not dropped to 4,000 for a consecutive 7 days, this RM45 billion financial aid package is desperately needed to assist distressed companies and displaced workers. Even PN cannot deny that the whole-of-government’s failure to contain COVID-19 has tragically led to Malaysia’s record number of COVID-19 cases and deaths, and the ensuing economic recession.
LIM GUAN ENG