Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 9.11.2021:
Kerajaan Pakatan Harapan tidak meluluskan malah tidak pernah mengumumkan pertukaran Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ) bagi Menteri-menteri Persekutuan daripada Proton Perdana 2.4 Premium kepada Toyota Vellfire 2.5L. Ini berlawanan dengan kenyataan Kementerian Kewangan baru-baru ini bahawa cadangan penggantian kereta Proton Perdana kepada kenderaan lain seperti Vellfire sebenarnya telah dipertimbangkan semasa pentadbiran Kerajaan terdahulu tetapi ditangguhkan dan hanya dilaksanakan pada tahun ini.
Selaras dengan prinsip perbelanjaan berjimat cermat dan berhemah, Menteri-Menteri zaman Kerajaan PH telah menggunakan kenderaan Proton Perdana, bukan seperti sekarang yang memakai Toyota Vellfire 2.5 yang lebih mewah. Tidak dapat dipastikan kesahihan sama ada pertukaran KRJ ini dibuat antara lainnya berdasarkan kos sewaan Toyota Vellfire 2.5 lebih rendah berbanding Proton Perdana 2.4 Premium. Kadar sewaan Toyota Vellfire 2.5l didakwa adalah RM4,851.61 sebulan berbanding RM4,854.41 untuk Proton Perdana 2.4.
Kadar kos pajakan Toyota Vellfire yang lebih rendah daripada Proton Perdana 2.4 tidak masuk akal dan tidak munasabah berdasarkan kenyataan Presiden Persatuan Kereta Sewa Malaysia, Farouk Fernandez. Farouk menegaskan bahawa ia tidak masuk akal kerana gagal mengambilkira kenderaan dijual pada harga berbeza kepada kerajaan berbanding entiti swasta kerana kerajaan boleh menjimatkan kos melalui pengecualian duti dan cukai.
Adakah kenderaan jenama lain yang lebih murah dan sepadan dengan kelengkapan kereta Proton Perdana 2.4 Premium dipertimbangkan selain daripada memastikan keutamaan diberikan kepada kereta buatan Malaysia? Demi prinsip akauntabiliti dan ketelusan, Kementerian Kewangan perlu memaklumkan kepada orang ramai sama ada tender terbuka dilaksanakan dan syarikat manakah yang menguruskan penyewaan baru kenderaan rasmi kerajaan Persekutuan.
LIM GUAN ENG

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年11月9日在吉隆坡发表文告:
希盟政府并没有批准或是宣布将部长官车从2.4L宝腾统领换成2.5L丰田Vellfire,这一事实与财政部日前所发声明相反。财政部指其实前朝政府已有在考虑将宝腾统领换成其他车辆,例如Vellfire的建议,只不过这项决定被搁置至到今年才落实。
本着节俭谨慎消费的原则,希盟政府时期的部长们仍使用宝腾统领,而不是像现在的部长般使用更豪华的2.5L丰田Vellfire。我们无法确定政府指2.5L丰田Vellfire的租金比2.4L宝腾统领便宜,因此才更换官车的说法的真实性。政府指出,2.5L丰田Vellfire每月租金为4851令吉61仙,而2.4L宝腾统领的每月租金则是4854令吉41仙。
根据马来西亚汽车租凭协会主席法洛克,他认为丰田Vellfire的租凭费用比2.4L宝腾统领较为便宜,是不合理的情况。法洛克认为,当局没有考量到轿车可以通过免税方式以较低价格卖给政府,进而节省成本。
除了优先考量大马制造的轿车外,政府是否有考虑其他更便宜或与2.4L宝腾统领设备相匹配的汽车品牌?为了维护问责制和透明度,财政部应告知公众,该部是否有进行公开招标,及哪一家公司正在管理联邦政府官车租凭事项。
林冠英