Kerajaan PH setuju benarkan peminjam PTPTN bayar balik hanya selepas gaji bulanan melebihi RM4000

Kenyataan Media Oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng pada 5 Mac 2020 di Kuala Lumpur:

Kerajaan PH Telah Bersetuju Untuk Melaksanakan Janji Dalam Manifesto Pilihan Raya PH Bagi Membenarkan Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Membayar Balik Pinjaman Mereka Hanya Selepas Gaji Bulanan Mereka Melebihi RM4,000/-

Kerajaan PH telah bersetuju untuk melaksanakan janji dalam Manifesto Pilihan Raya Umum PH untuk membenarkan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman mereka hanya selepas gaji bulanan mereka melebihi RM4,000/-. Formula daripada PTPTN dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan ini, memerlukan kerajaan menanggung pinjaman tambahan di atas pinjaman sedia ada yang ditanggung oleh kerajaan untuk membiayai pinjaman PTPTN.

Malangnya, kerajaan PH tumbang sebelum pengumuman rasmi berhubung perkara ini dibuat. Saya berharap, janji untuk membenarkan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman hanya selepas mereka mendapat gaji lebih dari RM4,000 sebulan tetap akan ditunaikan, meskipun kerajaan perlu menanggung pinjaman tambahan.

Sepanjang 21 bulan yang lalu, kerajaan PH telah bekerja keras menunaikan janji-janji manifesto. Berikut adalah antara kejayaannya:

1) Mengurangkan kos sara hidup

  • Penstrukturan semula PLUS menghasilkan penjimatan sebanyak RM42 bilion kepada kerajaan dan pengguna, dengan pengurangan kadar tol di Lebuh Raya Utara Selatan sebanyak 18% untuk kenderaan persendirian, bas dan teksi serta tiada sebarang kenaikan kadar tol sehingga habis baki tempoh konsesi;
  • Penghapusan GST dan digantikan dengan SST;
  • Kejayaan menurunkan kadar inflasi di bawah paras kawalan dari 3.8% pada 2017 kepada 0.7% pada 2019; dan 
  • Penstabilan harga RON95 dengan mengurangkan harga syiling dari RM2.20 seliter kepada RM2.08 seliter

2) Menyediakan perlindungan kesihatan baharu

  • Skim perlindungan kesihatan percuma MySalam bernilai RM2.5 bilion menyediakan bantuan kewangan berjumlah antara RM4,000 hingga RM8,000 secara percuma untuk rakyat Malaysia yang disahkan menghidapi 45 penyakit kritikal dan menerima gaji kurang dari RM100,000 setahun. 

3) Meningkatkan ketelusan dalam kewangan awam

  • penginstitusian tender terbuka di seluruh kerajaan untuk memerangi rasuah dan meningkatkan kecekapan perbelanjaan kerajaan.
  • pengenalan pelaporan fiskal yang lebih telus melalui pendedahan penuh hutang dan liabiliti kerajaan;
  • pemudahan peralihan ke arah perakaunan akruan dari asas tunai pada tahun 2021 untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam kewangan kerajaan; dan
  • pembayaran balik GST yang belum dibayar berjumlah RM19.4 bilion.

4) Pengurusan fiskal yang lebih baik

  • konsolidasi defisit fiskal 3.7% daripada KDNK pada tahun 2018 kepada 3.4% pada tahun 2019;
  • pengekalan penarafan kredit antarabangsa negara pada paras A- / A3 walaupun perlu membayar puluhan bilion ringgit untuk 1MDB, Tabung Haji dan skandal lain yang berkaitan; dan
  • penerusan projek infrastruktur utama berikutan penjimatan lebih RM50 bilion hasil daripada rundingan semula dan rasionalisasi kerja-kerja awam terdahulu seperti LRT3, MRT2, Lebuhraya Pan Borneo dan ECRL.

5) Mewujudkan peluang pekerjaan

  • program #MalaysiaKerja (Malaysia@Work) dengan peruntukan RM6.5 bilion yang akan mewujudkan 350,000 pekerjaan, untuk rakyat Malaysia yang menganggur yang tidak mendapat tawaran pekerjaan selepas 1 tahun mencari kerja, dengan memberi insentif bulanan berjumlah RM500 kepada pekerja dan insentif bulanan berjumlah RM300 kepada majikan untuk tempoh 2 tahun.

6) Pendigitalan

  • Menggalakkan pembayaran digital menerusi penggunaan e-wallet yang inovatif melalui program e-Tunai Rakyat bernilai RM450 juta yang menyediakan wang belanja percuma sebanyak RM30 untuk semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas dan memperoleh pendapatan kurang dari RM100,000 setahun; dan
  • Peruntukan berjumlah RM28.6 bilion dalam bentuk geran, insentif, pinjaman untuk menyediakan rangkaian jalur lebar dan menggalakkan perniagaan terutamanya PKS untuk menyesuaikan diri dengan ekonomi digital.

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2020年3月5日在吉隆坡发布的媒体文告:

希盟政府已经同意实施希盟全国大选宣言中的承诺,允许高等教育基金局(PTPTN)的借款人,仅在月薪超过4000令吉时才偿还贷款

希盟政府已经同意实施希盟全国大选宣言中的承诺,允许高等教育基金局(高教基金局)的借款人,仅在月薪超过4000令吉时才偿还贷款。财政部当时已经批准这个方案。

实施这个方案将导致政府需要在现有由政府承担的高教基金局贷款之上,承担额外的贷款。

不幸的是,希盟政府在正式宣布这个方案之前就倒台了。希望这项能够帮助高教基金局借款人仅在他们的每月收入超过4000令吉时才偿还贷款的方案还是会落实,尽管政府将因此承担额外的借贷义务。

在过去的21个月中,希盟政府努力工作以逐步落实并兑现我们在宣言中的承诺。众多的成就包括:

一、降低生活成本

a)重组南北大道公司为政府和消费者节省了420亿令吉,降低南北大道的私家车、巴士和德士过路费18%,并在剩余的合约有效期间不提高过路费;

b)废除消费税(GST)并以销售与服务税(SST)取代;

c)成功控制通货膨胀率,由2017年的3.8%降至2019年的0.7%;以及

d)稳定RON95汽油价格,把顶价由每公升2.20令吉降至2.08令吉。

二、提供新的健康保障

e)25亿令吉的MySalam计划,免费为患上45种重大疾病而年收入少于10万令吉的马来西亚人民,提供4000令吉至8000令吉不等的援助。

三、提高政府财务的透明度

f)将整个政府的公开招标制度化,以打击腐败并提高政府支出的效率;

g)通过全面披露政府的债务和负债义务,引入更加透明的财政报告;

h)最终在2021年完成从现金制会计转变成权责发生制会计,以增加政府财务的透明度和问责制; 以及

i)归还拖欠的194亿令吉消费税退款。

四、更好的财务管理

j)财政赤字从2018年占国内生产总值的3.7%整合到2019年的3.4%;

k)尽管我们必须为一马公司、朝圣基金局和其他相关丑闻而支付数以百亿令吉,但我们仍能将国际信用评级维持在A-/A3的等级; 以及

l)通过重新谈判和合理化先前的公共工程项目而省下超过500亿令吉,进而重启大型基建项目,如轻快铁三线、捷运二线、泛婆罗洲大道和东海岸铁路。

五、创造就业机会

m) 总值65亿令吉的Malaysia @ Work计划,为在觅职1年后仍无法找到工作的马来西亚失业者创造35万个就业机会。在该计划下就业的马来西亚人民可获得每月500令吉的奖励,而雇主将获得每月300令吉的奖励,为期两年。

六、数字化

n) 通过4.5亿令吉的e-Tunai Rakyat计划,鼓励使用创新的电子钱包做数字支付。该计划免费为18岁以上,年收入低于10万令吉的所有人民提供30令吉的购物金额;以及

o)提供286亿令吉的赠款、奖励、贷款以建立宽频网络,并鼓励企业特别是中小型企业适应数字经济。

林冠英


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng On 5 March 2020 In Kuala Lumpur:

PH Government Had Already Agreed To Implement The Pledge In The PH General Election Manifesto To Allow Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Borrowers To Repay Loans Only When Their Monthly Salaries Exceed RM4,000/-

The PH government had already agreed to implement the pledge in the PH General Election Manifesto to allow PTPTN borrowers to repay loans only when their monthly salaries exceed RM4,000/-. This formula by PTPTN and approved by the then Ministry of Finance, will result in the government having to bear additional loans on top of existing ones borne by the government to finance the PTPTN loans.

Unfortunately, the PH government fell before this formal announcement could be made. Hopefully this pledge to help PTPTN borrowers to repay loans only when they earn more than RM4,000 monthly will still be fulfilled, despite the additional loan obligations that is to be incurred by the government.
 
Over the last 21 months, the PH government had worked hard to fulfil and deliver our manifesto promises progressively. Amongst the many achievements are:

1)    Lowering living costs

a)    the restructuring of PLUS resulting in RM42 billion in savings for the government and consumers, with a reduction in toll rates for the North South Highway by 18% for private vehicles, buses and taxies with no toll hikes for the remainder of the concession period;

b)    the abolition of the GST and its replacement with SST;

c)    the success of bringing inflation under control from 3.8% in 2017 to 0.7% in 2019; and

d)    The stabilisation of RON95 by reducing the maximum capped price from RM2.20 per litre to RM2.08 per litre. 

2)    Providing new health protection

e)    the RM2.5 billion MySalam free health protection scheme offering monetary assistance ranging from RM4,000 to RM8,000 for Malaysians free of charge who are suffering from 45 critical illnesses and earn less than RM100,000 yearly.
 
3)    Enhancing transparency in public finance

f)     the institutionalisation of open tender throughout the government to fight corruption and improve the efficiency of government spending;

g)    the introduction of more transparent fiscal reporting through the full disclosure of government debt and liabilities;

h)    the finalisation of the shift towards accrual accounting from cash-basis in 2021 to increase transparency and accountability in government finances; and

i)     the repaying of unpaid GST refunds amounting to RM19.4 billion.
 
4)    Better fiscal management

j)     the consolidation of fiscal deficit from 3.7% of GDP in 2018 to 3.4% in 2019;

k)    the retention of our international credit ratings at A-/A3 despite having to pay tens of billions of Ringgit for 1MDB, Tabung Haji and other related scandals; and

l)     the revival of major infrastructure projects following savings of over RM50 billion from renegotiation and rationalization of previous public works like LRT3, MRT2, Pan Borneo Highways and ECRL.
 
5)    Creating job opportunities

m)  the RM6.5 billion Malaysia@Work program that will create 350,000 jobs, for unemployed Malaysians who cannot secure a job after 1 year of job search, by giving RM500 monthly incentives to workers and RM300 monthly incentives for employers for a period of 2 years.
 
6)    Digitalisation

n)    encouraging digital payments through the innovative use of e-wallets through the RM450 million e-Tunai Rakyat programme that provides RM30 free shopping money for all who are above 18 years old and earning less than RM100,000; and

o)    the provision of RM28.6 billion in grants, incentives, loans to provide broadband networking and encouraging businesses especially SMEs to adapt to the digital economy. 

LIM GUAN ENG

Scroll to Top
Scroll to Top