Kerajaan Persekutuan kini dalam perancangan untuk mengambil alih syarikat konsesi tol yang lain sekiranya empat lebuh raya yang diumumkan baru-baru ini berjaya dilaksana.
Menteri Kewangan Sdr Lim Guan Eng berkata, empat lebuh raya berkenaan bakal menjadi projek perintis kepada usaha Kerajaan Persekutuan bagi meringankan bebanan rakyat dengan mengurangkan kadar tol pada waktu-waktu tertentu.
“Pengambilalihan ini adalah sebagai satu projek perintis yang mana pada waktu bukan puncak akan diberikan secara percuma tetapi pada waktu puncak, pengguna perlu membayar caj kesesakan iaitu kadar tol sedia ada.
“Jadi, ia merupakan suatu penambahbaikan yang amat ketara berbanding dahulu dan kelebihannya, apabila kita beli konsesi ini, ia akan dibiayai oleh kadar tol yang dikutip,” kata Sdr Lim kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Cawangan Pulau Pinang, di sini baru-baru ini.
Berita penuh pada Buletin Mutiara: