Kenyataan Media (George Town, 8 Januari 2021):
Kerajaan Negeri Sedia Mempertimbangkan Pengambilalihan Feri Ikonik Sekiranya SPPP Sudi “Menghadiahkannya” Kepada Negeri Pulau Pinang
Pada 1 Januari 2021 yang lalu, perkhidmatan bot penumpang laju antara Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth dan Swettenham Pier Cruise Terminal, George Town telah bermula lantas menggantikan perkhidmatan feri ikonik yang sudah lama terkenal sebagai salah satu lambang simbolik Negeri Pulau Pinang.
Sementara bot laju ini hanya untuk kegunaan penumpang sahaja, penunggang motosikal masih lagi boleh menggunakan perkhidmatan sebuah feri ikonik yang dikekalkan buat sementara waktu sehingga ketibaan pengangkut kenderaan (vehicle transporter) yang dijangka sampai pada pertengahan 2022. Dalam erti kata lain, perkhidmatan feri ikonik ini hanyalah sementara dan “menunggu masa” sebelum digantikan dengan pengangkut kenderaan baharu.
Kerajaan Negeri amat memahami sentimen rakyat Pulau Pinang yang rata-rata tidak setuju dengan penamatan perkhidmatan feri ikonik. Oleh itu, sebagai usaha untuk memelihara kesinambungan feri tersebut, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 6 Januari telah membuat ketetapan bahawa sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak berminat untuk meneruskan perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang, maka Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan pengambilalihan pemilikan feri-feri tersebut.
Memandangkan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) tidak mempunyai rancangan masa depan untuk mengekalkan feri-feri ikonik sebagai mod pengangkutan, maka Kerajaan Negeri ingin mencadangkan agar feri-feri tersebut diberikan sebagai “hadiah” kepada rakyat dan Negeri Pulau Pinang.
Justeru, saya akan berhubung dengan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang selaku pihak berkuasa dalam perkara ini untuk membincangkan cadangan Kerajaan Negeri ini.
Zairil Khir Johari
EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan
Negeri Pulau Pinang

槟州基设与交通事务委员会主席再里尔1月8日文告:
只要槟州港口委员会愿意把管理权“赠送”给州政府,州政府准备考虑接管标志性渡轮
槟州政府准备接管槟州标志性渡轮。再里尔表示将会与槟州港口委员会商讨此事。
他希望中央政府,能把标志性渡轮“赠送”给槟州和槟州人民。“既然槟州港口委员会和槟码头有限公司已没保留标志性渡轮,成为代步交通工具的计划,那么槟州政府想要建议,就把渡轮当’礼物’送给我们。”
他说,槟州政府非常了解槟州人民不认同终结标志性渡轮服务的情感。为此,于本月6日的槟州行政议会已通过,如果中央政府已没兴趣继续槟标志性渡轮服务,那么槟州政府将会考虑拿回渡轮管理权。
他说,本月1日,往来北海苏丹阿都哈林和槟岛瑞典咸码头的快艇已正式投入运作,取代槟州标志性渡轮服务。
“现阶段,快艇已正式投入运载乘客;只剩下一艘标志性渡轮提供暂时性的运载摩托车服务,一直到2022年中。换言之,标志性渡轮服务只属暂时性,同时也是在’等时间’,被双体船取代。”